Friday, January 18, 2013

Sinar Harian : Fulus Dan Jerlus ?

Bukan  tiada siapa yang tak tahu bahawa bangsa yang menggerak Sinar Harian ini bukan main lagi menjilat Khir Toyo semasa dia sedang berkuasa. Merata-rata fuction yang ada Khir Toyo , di situlah ada mereka.

Tetapi kerana ingin menjadi media perdana seandainya DAP berkuasa, Sinar Harian pun mempelajari teknik sesumpah bertukar warna. Sehinggakan gambar muka depan sempena HKR kelmarin pun bukan main lagi menggunakan gambar ubahsuai.

Walaupun teman tidaklah minat dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian, tetapi hakikatnya teman lebih menyampah dengan Sinar Harian yang bertugas menjilat tanpa pegangan.

Tolong bezakan akhbar-akhbar dengan naskah-naskah jenama Harakah, Roket dan Suara Keadilan kerana itu selayaknya tisu jamban.

Serentak dengan kejatuhan Khir Toyo yang dikhabarkan diperdajal oleh kawan-kawan sendiri, teman juga dengar cerita tentang perasaan ada udang di sebalik mi kuala sepetang yang terhidang di Karangkraf. 

Teman tak tuduh. Teman rasa-rasa je. Empunya diri lah yang perlu menafikan. Kalau nak selak lebih banyak lagi, nanti ada yang panas telur. Nasihat teman, kalau nak tulus dan telus, anda sendiri tahu bagaimana untuk jadi tulus dan telus melalui patah perkataan anda.  Anda para editor bukan baru dalam dunia kewartawanan. Kecuali anda lupa anda semua lulusan entah mana.

Turut tersebar ialah kaedah Sinar Harian memuatkan berita. Tulus ke fulus? Cukup jijik. Baca di sini 

Andai Selangor jatuh kembali ke tangan BN, tidak dapat tidak, Sinar Harian akan kembali menukar warnanya. 

Lihat sahajalah kelak.




No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).