Monday, April 29, 2013

Asal-Usul Perkataan 'Macai' - Dulu Melayu Menentang, Kini Melayu Mempopularkan

Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.

Sensitiviti ini lama kelamaan dilupakan oleh orang Melayu sendiri. Melayu mudah lupa. Tetapi orang Cina tidak melupakannya.

Ini diawali oleh sikap orang Melayu yang sesetengahnya tidak suka mendengar perkataan Malaicai (馬來仔) digunakan oleh orang Cina  sesama mereka terutama di tempat kerja bagi merujuk kepada pekerja Melayu kerana orang Melayu ini lebih suka dirujuk dengan nama mereka.

Perkataan "Cai" (仔) mengikut lidah Kantonis pula membawa maksud 'si kecil, si muda , atau binatang yang muda'. Slang Kantonis juga menggunakan perkataan ini untuk memberi maksud budak lelaki atau anak lelaki.

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Perkataan 'Macai' (馬仔) yang kita selalu dengar dan perkataan 'budak Melayu' (Malaicai - 馬來仔) yang kita tidak suka dengar dari mulut orang Cina, dilihat berkongsi karekter yang sama namun dibezakan dengan dengan perkataan 'Lai' (來) yang ditiadakan.

Apabila perkataan 'Ma' (馬) telah diketahui menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia selain maksud asalnya yakni 'kuda' dan apabila tiada perkataan Macai (馬仔) wujud dalam kamus Cina di Tanah Besar Cina, jelas sekali perkataan ini berorientasikan maksud tempatan yakni dalam konteks perkaitannya dengan perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞).

Maka, ringkasannya, perkataan "Macai" (馬仔) itu sendiri membawa dua erti yakni pada bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, iala membawa maksud 'budak yang diperkudakan' manakala dari segi istilah, ia membawa maksud 'budak Melayu'. Penggunaan perkataan ini di Malaysia tidak memisahkan kedua-dua maksud ini.

Hari ini, sangatlah memalukan apabila kita mendapati anak-anak Melayu 'memacai' sesama mereka sendiri tanpa mengetahui makna serta asal usul datangnya perkataan tersebut yang pada awalnya merupakan kata yang dianggap menghina bangsa mereka.

Padahal bangsa Cina di negara ini amat berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini bimbang ia mengguris sensitiviti orang Melayu yang mengerti.

Untuk rekod, perkataan Macai di atas tiada kena mengena dengan ejensi nombor ramalan Damacai (大马彩) yang berbunyi 'Taimachoi' dalam Kantonis yang membawa maksud "Himpunan Besar Warna-Warni Kuda".

Perkataan kewujudan perkataan Cina ini juga tiada kena mengena dengan asal muasal perkataan "Pencacai" yang dipopularkan oleh P Ramlee dalam filem Tiga Abdul yang lebih kurang bermaksud kuli pengampu.

Perkataan pencacai mungkin bermaksud lebih kurang dengan macai. Tetapi perkataan macai membawa konotasi buruk terhadap bangsa Melayu sendiri apabila ia memberi peluang pihak lain tertawa dalam diam.

39 comments:

  1. "Macai" sebenarnya terhasil daripada slanga bahasa Melayu yang disebut dalam filem2 klasik khasnya lakonan P. Ramlee tahun 60-an.

    Ia bermula dengan "pencacai" yang disebut oleh P. Ramlee kepada seorang watak dalam filem 3 Abdul (1964) iaitu watak bapa mertua yang dilakon oleh Ahmad Nisfu sebagai Sadiq Segaraga.

    Dalam filem 3 Abdul itu, P Ramlee menggelar Sadiq Segaraga sebagai "pencacai tua".

    Namun begitu perkataan "macai" merupakan perubahan ejaan yang dibuat oleh remaja daripada perkataan "pencacai". Perkataan itu diubah ikut kreativiti mereka.

    Perkataan "macai" tak wujud di China kerana ia memang perkataan yang terhasil melalui slanga filem Melayu tahun 60-an, "pencacai".

    ReplyDelete
  2. Macai

    M - mempercayai
    A - Apaje
    C - Cakap
    A - Anwar
    I - Ibrahim

    ....

    ReplyDelete
  3. Saya org cina, macai (马仔) maksudnye "pengikut" dalam kantonese, bukan "budak yg diperkudakan", harap tuan jgn salah faham. Ia tiada dalam kamus tanah besar cina krn istilah ini hanye digunakan kat kawasan Canton, HK dan Macau. Kantonese merupakan bahasa kampung bagi bahasa cina seperti bahasa jawa, jadi x hairan istilah ni dicatat dalam kamus tanah besar cina.

    klau tengok drama HK pun blh nampak penggunaan perkataan ni, jd ia tiada kaitan dengan sebarang penghinaan... dan saye minta maaf jika tuan rase tak senang hati...

    ReplyDelete
  4. pembetulan
    jadi x hairan istilah ni (x der) dicatat dalam kamus tanah besar cina.

    ReplyDelete
  5. Penjelasan paling tepat, bukan cacai,pencacai...tak ada kena mengena dengan p.ramlee

    Perkataan ipoh mali (cantonese)
    ma_cai - anak kuda (pawn dalam chess) maksudnya budak

    contoh:
    Taiko (big brother, boss)
    Macai (budak, pengikut taiko)

    btw, berlagak = lansi(cantonese) bukan langsi (director bodoh rtak betulkan , skrg semua org cakap "langsi"

    ReplyDelete
  6. 大马彩'Taimachoi' dalam Kantonis membawa maksud "Cabutan Malaysia".

    Colloq:
    大马 = Big Malaysia (Tanah Malaysia)

    ReplyDelete
  7. 馬仔 Macai langsung bukan maksud Melayu, macai = pengikut


    馬來 Malay 仔 Boy - tak ada hina menghina langsung, memang perkataan tepat untuk eja budak melayu

    ReplyDelete
  8. Macai ini asalnya dari perkataan PENCACAI IAITU TUKANG ANGKAT TAIK dalam filem P Ramlee tidak ada kena mengena dengan perkataan Cina.

    ReplyDelete
  9. Rileklah admin.. Janganlah sampai menghasut pulak... Saya sendiri pun tak pernah dengar cerita versi ini.

    Perkataan "ma" & "macai" memang wujud di tanah besar cina lah....

    Ia adalah perkataan bahasa Kantonis, bukan Mandarin.

    Macai berperkataan "Anak Kuda" yang bermaksud pengikut ataupun "anak buah".

    Disebabkan perkataan macai sering digunakan oleh kongsi gelap. Ia juga sinonim dengan "anak buah samseng".

    Memang sesuai untuk digunakan untuk partisan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knowledge di kolej xsama dengan luar.kena faham betul2.ibarat fashion.kita tidak faham maksud tersirat melainkan bertanya orang yang jujur.jawapan anda jumpa nanti macam yang admin sebutkan tu.so tidak hairan ramai orang melayu yang mengutuk bangsa lain menyebut slang seperti kedah dan kelantan.mereka juga tidak faham melainkan jumpa orang yang jujur.

      Delete
  10. Tak best guna istilah macai ni lebih molek guna istilah " Barua"

    ReplyDelete
  11. Macai kpd Abang Besar or ketua gengster mmg berbaloi and bernilai or berguna juga kpd Abang Besar ttp Kalau Macai kpd BN ni tak berguna langsung serta menyerlahkan KEBODOHAN Macai itu sendiri dan pemimpin nya sekali!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. macai tiada kena mengena dengan bahasa cina, orang cina sendiri tidak boleh menerangkan maksud macai, macai berasal dari perkataan "macam pencacai" , setelah dipendekkan, jadilah "macai"

    -orang muda-

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum w.b.t....saya sebagai Islam dan seorang melayu ingin bersuara..bagi org cina yg komen post ni saya tak taw la depa ni bodoh ataupun saja nak rosakkan minda org melayu..sebabnya bila saya google translatekan word (馬仔) tu..akan keluar jwapan 'budak kuda'..jika anda tidak percaya boleh cuba..org cina yg komen depa nafikan perkataan tu sebagai pengikut supaya kita org melayu nak trus cakap melayu sama melayu kuda kuda...bkn dr petikan p ramlee ke apa...harap anda org melayu sedar....post ni mmg betul...dan orang yg tidak dijanjikan syurga adalah Oslam yg berpecah belah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. google translate tu selalu dicomplaint apabila diguna oleh ahli kerajaan untuk membuat translate bahasa melayu ke bahasa cina,sebab dia tak dapat translate maksud yang betul. yang tak betul nak percaya,yang betul tak nak percaya pula..kalau ada ahli kerajaan kat sini,betul betul jangan guna google translate.keputusannya= translate yang salah.

      Delete
    2. Ko da la xtau bahase cina, lpas tu nk aja org pkataan cina guna google translate..bangang ke ape..cuba ko amek satu karangan, pastu translate kn ke english guna google translate..x ke btrabur jadinya??

      Delete
  14. Budak kuda = cowboy. Ok, macai parti x = cowboy parti x..so apa masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak kuda = horse boy..
      G blaja bahasa inggeris balik ok..tq

      Delete
  15. Anonymous said...
    Bro... adakah kemungkinan MH370 ini akibat dr dendam US kepada Tun M dan Malaysia yang berjaya mendapat projek minyak di Sudan?

    Apakah ada kaitan dgn perjanjian minyak Petronas dan Shell di Sabah dan Sarawak?

    Apakah Malaysia akan kehilangan Kepulauan Spratly dan Pulau Perak?

    Apakah Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia?

    Maklumat diterim begini:Tahniah petronas..dpt 30% blok minyak disabah..70% amerika..so clue disini 3 for Malaysia. 7 for amerika..penamat MH370...rundingan tamat. Besok for serawak minyak pulak. Republic of china melopong disitu. Nampak tak game disitu. Nnt hujung2 Najib disalahkan...

    ReplyDelete
  16. perkataan asalnya ialah penchachai angkat najis...

    ntah kutu mana ntah yang ubah jadik macai pastu hangpa yang dah tua bangka ni terpengaruh dengan depa pasai pa?

    ReplyDelete
  17. Nak bincang tentang bahasa kena tau bnyk hal. Bahasa bukan dpt difahami dengan kamus dan google translate. Untuk memahami bahasa kena tau, laras bahasa, sosiolingiustik, slanga, kreol, konotasi dan sebagainya. Pendapat penulis blog ini ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  18. Kalau nak disangkutkan dgn bahasa cina kena tengok tone dia. Perkataan ma ada banyak makna tertakluk kepada bagaimana ia diguna kan dan bagaimana intonasi ia di perkatakan. Jangan terus buat google translate dan terus percaya. Google tu banyak tak betul lagi. Macai = pengikut. Itu saja. Pegawai kerajaan harap dapat terus belajar bahasa Inggeris dengan betul supaya tak digelakkan apabila membuat translation menggunakan Google Translate. Sekurang-kurangnya buat proof reading dengan mereka yang lebih baik dalam pemahaman Bahasa Inggeris. Kita harus terus belajar sampai ke tua. Ambil tindakan untuk meneruskan pembelajaran. Banyak membaca dan juga gunakan apa yg ada di internet. Free ajer.

    ReplyDelete
  19. http://cikgurozikasim.blogspot.com/2015/04/macai-apa-maksud-macai.html

    ReplyDelete
  20. Rleks2. kita berteduh bawah satu bumbung ada langit juga ...Berpijak bawah telapak kaki ada tanah bumi juga ... Bernafas udara yang sama juga : hehehe

    ReplyDelete
  21. Macai is a word from Cantonese, means pengikut, although it wasn't able to be found in dictionary, but we used in a lot since long time ago

    ReplyDelete
  22. Ini ke terjemahan “macai” ?
    Elok stop penggunaannya. Memalukan 😡😡😡

    ReplyDelete
  23. macai = budak Melayu saja,
    ma → Melayu
    cai → budak lelaki
    tiada sebarang hinaan.

    ReplyDelete
  24. Google Translate boleh pakai ke? Ia translate satu perkataan demi satu perkataan, oleh itu u dapat Budak Kuda. Hal ini kerana perkataan Ma memang bermaksud kuda, tetapi, dalam konteks ini ia tidak bermaksud kuda. Macai digunakan oleh untuk panggil pengikut gangster, perkataan ini popular dalam kalangan penutur Canton.

    Malai-cai = Budak Melayu. Malai-cai = boleh difaham sebagai "kuda datang anak", tetapi sebenarnya Malai ialah translation Malay (Malay tu baca sama dgn Malai kan?). Cai pula bermaksud anak. Oleh itu, Malai-cai, itu bermaksud Anak/Pemuda Melayu.

    ReplyDelete
  25. Aku suka makan kucai,tapi kucai yang aku tanam sendiri.

    ReplyDelete
  26. Hello my friend, this is no longer Tanah Melayu, but Malaysia ❤️

    ReplyDelete
  27. Macai tu pengikut dlm Cantonese (Hong Kong, Guang Dong, Malaysia)... Tengok lah Chan Ho Nam😂.. Leng Cai... Google translate pulak omg... Aduh, terlebih pandai dlm Cantonese pulak sedangkan ramai Cina non Cantonese pun x erti.. cuba translate 人马... Nnt buat cerita "orang kuda centaur " pulak.. Tp faham ke maksud dia...? Tun Mahathir= 马哈迪, Obama=奥巴马,Najib = 纳吉 direct translate berdasarkan pronunciation jer dan akan berbeza mengikut tempat sbb tidak standardise .. Belum lg hakka, teo chew, hokkian, foo chow dan banyak lg.. Get out from the well...

    ReplyDelete
  28. Kalo Macai dilahir di Tanah Melayu , Hong Kong tu curi idea dari kita tau.. Dalam MOVIE Cantonese Hong Kong banyak kali sebut tau, kena tuntut Hak Cipta made in Malaysia...

    ReplyDelete
  29. ada keluarga Cina yang Surname 马... Mah Hon Soon Timb Menteri, Mah Siew Keong, Cheng Ho,,Jack Ma马云,Boss Tencent 马化腾

    ReplyDelete
  30. Macai - pengikut-pengikut tanpa otak kepada kumpulan berniat jahat. (Ma=kuda ; cai=boy)

    Malaicai - Malay boy (Malai=Malay ; cai=boy)

    ReplyDelete
  31. Selama ni ingat maksud macai ialah orang suruhan / orang kanan

    ReplyDelete
  32. I have to point out that the explanation is misleading. "Macai" is a urban language means either follower, team mates. on the other hand, "Damacai" means Malaysian.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).