Sunday, April 28, 2013

PR Ada 2.8 Juta Kaki Politik, BN Cuma Ada 1 Juta


Dipercayai 70 hingga 80% dari mereka yang pro-pembangkang, aktif menulis blog, menjalankan perang saraf dalam media sosial dan blog serta mengutuk pemerintah secara terbuka dalam perbualan sesama teman dan keluarga berdasarkan isu yang disuap oleh 'kilang' mereka.

Ini kerana. rata-rata penyokong pembangkang terdiri dari masyarakat bandar yang melihat sambungan internet di rumah adalah satu kemestian. Tambahan pula untuk meluahkan kebencian dan menikmati kemeriahan alam hina menghina saban siang dan malam.

Sementara itu pula, dipercayai 70 - 80% dari mereka yang pro-pemerintah bersikap berdiam diri, berlagak neutral dan bersikap enggan terjerat pertelingkahan mulut dengan teman atau keluarga di alam nyata dan alam media sosial ,yang berfahaman politik bertentangan oleh kerana sifat agresif kumpulan besar tersebut telah mecipta halangan untuk kebebasan menyatakan sokongan.

Jumlah ini kecil kerana faktor tersebut dan juga faktor ketidakpedulian golongan luar bandar terhadap media sosial dan rasa ketidakpentingan untuk melayan puak penentang yang fanatik-fanatik belaka.

Rejim pembangkang tanpa segan silu memaparkan sudut limbah kempen mereka contohnya sehingga sanggup menyerang Facebook Michelle Yeoh dengan hinaan kotor dan buta pekerti kerana aktres antarabangsa itu menyeru sokongan untuk Najib Razak.

Pemimpin pembangkang pula, walaupun mempunyai ramai penyokong yang kecoh, 'hidung tinggi', provokatif dan jaguh keyboard di mana-mana sehingga majoriti rakyat hanya diam dan memerhatikan, tidak pernah sekalipun mengeluarkan nasihat yang menyentuh akhlak penyokong mereka sendiri walaupun berkelakuan biadap dan mencipta fitnah-fitnah.

Jika pada PRU12 BN mendapat 4.082 juta undi popular berbanding PR yang mendapat 3.796 juta, bermakna terdapat hanya terdapat lebih kurang 1 juta aktivis politik pro-pemerintah di tersebar di mana-mana dalam negara ini berbanding kira-kira 2.8 juta di pihak pembangkang.

Tidak hairanlah mereka kelihatan kuat di dunia maya, media sosial dan di kedai kopi dan penyokong pembangkang yang telah membentuk pola berfikir di atas paksi kebencian,  mereka tidak akan ada rasa perlu untuk menghormati pilihan orang lain kerana mereka sendiri berpendapat bahawa mereka tidak memerlukan penghormatan dari sesiapa. Sifat menonjol diri mereka ini bertitik tolak demi kelihatan ramai di persada sosial.


2 comments:

  1. Harus di ingat mereka yang pro kerajaan hanya berdiam diri, itu tidak bermakna rakyat sekarang buta dari melihat yang nyata. Kerana fitnah yang bertubi-tubilah dari para blogger pro pembangkang menyebabkan rakyat dah mula tersedar mana yang betul dan mana yang salah.

    Sentiasa menyalahkan UMNO/BN juga menyebabkan rakyat tersentak dari lamunan tidurnya. Allah Maha Mengetahui dan Melihat, Allah juga punya perancangan yang tersendiri.

    Cuba kita ulang sejarah, DS Anuar yang hanya selangkah akan menjadi PM Malaysia Yang kelima,akhirnya kecundang dan hanya Menjadi PM Malaysia dalam mimpi sahaja (PM Malaysia dalam penantian).

    Saya tidak pernah dengar pun yang UMNO/BN ada projek 222 ia itu minta derma untuk pilihan raya sekurang-kurangnya menderma RM222 seorang atau lebih!..

    Begitu juga dengan PAS yang dengan Tin Milonya?... Apa cerita ni!...

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Yes bro..mulut orang yang menentang ni pedas dan keji.lagi susah nak cakap bila sebut pasal berapa elaun sebulan?terus jadi dua2 pihak pun senyap.hehe pada pandangan aku salah satu kenapa rakyat merungut tidak lain kerana hutang.No1 punca.cukai kenderaan salah satu bebanan kepada rakyat dari dulu lagi.bayaran dikenakan tidak sepadan dengan barang yang diterima.kenapa tidak ubah dari sekarang?zaman 'kutip modal' itu sudah lama berlalu.kenapa lagi berterusan?kalau tak nak berhutang kumpul duit dan terpaksa pakai sampah dari negara orang.kenapa bila presiden kita minat kereta tesla dan lain brand dipertikaikan?cuba anda pertikaikan kereta anda dan bos anda.berani?anda juga mampu jika berusaha.fahami situasi berbeza serta kemampuan anda.itu saja.bila guna teksi hampir 93% semua caj sesuka hati dan biadab terutama sekali sekitar bandar.perkara di atas ni jika diperbetulkan pasti ada pihak tidak berpuas hati.so sampai bila harus kesilapan ini berterusan?jika terlalu kerap dan terpaksa berjimat juga beri tekanan pada diri.tidak hairan orang pintar malaysia tidak mahu pulang negara sendiri.hutang menjadikan punca wang ringgit kita jatuh.ini harus diperbetulkan.duit bukan segalanya tapi kita perlukan duit untuk teruskan hidup.keluar dulu negara orang baru kita faham.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).