Akhirnya Khairy Jamaluddin dilantik sebagai menteri penuh. Ketika ucapan tahniah mencurah-curah masuk di laman Twitter dari sekutu mahu pun musuh dalam politik ke atas Khairy Jamaluddin, sindiran ke atas Anwar Ibrahim juga mencurah-curah masuk.
"Menteri Jalanraya Dan Stadium", "Menteri Demonstrasi", "Menteri Kesusahan Awam", "Menteri Kacau Ganggu" dan "Menteri Saman Menyaman" adalah antara lawak-lawak yang tersebar di alam maya menyindir Anwar Ibrahim.
Tahniah juga kepada calon undian teman pada PRU13 lalu, Ahmad Husni Hanadzlah yang dikekalkan portfolio Menteri Kewangan II .
Bagi Khairy Jamaluddin, tugas pertama yang perlu dihadapi oleh beliau tentulah bagi memastikan Festival Belia Putrajaya 2013 berjalan dengan cemerlang.
Tahniah juga atas perlantikan wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak yang jelas melakar sejarah tersendiri dengan jumlah yang signifikan dan ini amat dialu-alukan teman secara peribadi.
Tanggungjawab paling berat pula terletak di bahu Zahid Hamidi yang terpaksa berhadapan kumpulan sakit jiwa yang bertegas mahu menggulingkan kerajaan walaupun tidak mendapat sambutan Pakatan Rakyat.
Manakala perlantikan S. Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan dilihat mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat India yang selepas ini. Tentulah mereka mempunyai akses kesihatan yang lebih baik lagi berbanding sebelum ini di mana perkhidmatan kesihatan percuma di negara ini dimanfaatkan oleh kaum Cina sehabis mungkin.
P Waythamoorthy yang teman selalu hentam dulu pun telah mendapat jawatan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Justifikasi ini tentulah hanya PM Najib yang mengerti.
Walaupun tidak ada atau belum ada wakil MCA dan Gerakan di dalam Kabinet Berimbang ini, secara keseluruhannya, rakyat yang memilih BN berpuas hati dengan barisan yang dipertonjolkan ini.
Pun begitu, setiap akhbar chauvinis perlu dipantau satu persatu bagi melihat reaksi mereka kerana diramalkan laporan yang berunsur hasutan perkauman melampau pasti memuncak selepas ini.
2014 ni boleh la bapak peliwat ni bertanding di Indonesia sebagai bapak Presiden pula, guna je manifesto 'turun harga minyak' kat sane. Malaysia dah tolak pemimpin seperti anda...moga jadi bapak presiden di samping jambu2 dari indon macam sukma
ReplyDeleteJAKARTA - Pemerintah Indonesia mengambil risiko kehilangan populariti menjelang pilihan raya 2014 berikutan rancangannya mahu mengurangkan subsidi minyak di negara berkenaan.
Sebelum ini pakar-pakar ekonomi bimbang subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan menjejaskan ekonomi Indonesia.
Rancangan untuk menaikkan harga petrol dan diesel itu adalah yang pertama sejak lima tahun lalu.
Menteri Tenaga, Jero Wacik mengumumkan seminggu lalu bahawa pelan tersebut akan menyaksikan harga petrol untuk kereta persendirian meningkat lebih 40 peratus.
Kenaikan itu akan mula berkuat kuasa pada bulan depan.
Harga petrol di Indonesia ketika ini kekal pada 4,500 rupiah (RM1.40) seliter atau separuh daripada harga pasaran semasa sekali gus antara yang termurah di Asia. Di bawah pelan baharu tersebut, harga petrol untuk kereta persendirian dijangka naik sekitar 6,500 rupiah (RM2.03) seliter.
Pemerintah Indonesia berharap dapat mengekang kemarahan rakyat dengan mengekalkan subsidi penuh petrol dan diesel untuk motosikal serta pengangkutan awam.
Namun, rancangan itu telah membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan 240 juta rakyat di negara itu.
"Masalahnya, jika harga minyak naik, harga barangan lain seperti daging dan gandum akan turut meningkat," kata seorang penjual mi di sini.
Subsidi minyak menjadi masalah kepada banyak negara di Asia termasuk India dan Malaysia yang berdepan tekanan untuk mengekalkan subsidi yang tinggi di sebalik kenaikan harga minyak global.
Harga minyak mentah bagi penghantaran Jun 2013 jatuh 1 sen AS$89.18 (RM272.17) setong di Bursa Mercantile New York manakala di bursa hadapan ICE, London, minyak mentah Brent meningkat 62 sen untuk diniagakan pada harga AS$100.93 (RM308.03) setong. - Agensi
RM1.40 seliter itu RON88 yang dipanggil Premium. rakyat indonesia tersedar bahawa pemerintah mereka menipu apabila membandingkan minyak mereka lebih murah dari Malaysia padahal pemerintah tidak mendedahkan bahawa bandingan itu dibuat dengan RON95 yang dijual di Malaysia dengan harga RM1.90 seliter. Harga RON95 yang dipanggil Pertamax Plus di Indonesia ialah RM3.05 seliter.
ReplyDeleteSemenjak aku mengundi bulan dan bintang... Aku asyik kena tipu jer.. Menyampah la plak...
ReplyDeleteKalau diikut bapak peliwat tu, RON95 (Pertamax Plus) di Indonesia masih dikira murah dari Malaysia. Petrol di Malaysia ni ADALAH HARGA PETROL YANG PALING MAHAL DI DUNIA.
ReplyDeleteAlasan peliwat tu cukup mudah, masa dia jadi Menteri Kewangan dulu, harga petrol hanya sekitar RM1.10 seliter. Jadi kalau dia jadi PM, harga petrol boleh dia letak jadi RM1.00 seliter. Tapi mungkin pakai RON88 je la kot, atau yang lebih rendah grednya....
Itu sebab harga kereta pun boleh diturunkan kata peliwat tu, rakyat tak perlu pakai kereta yang guna petrol gred tinggi, pakai RON80 cukup la. Kereta yang murah rakyat boleh beli siap dengan subsidi dari 'kerajaan peliwat' mungkin TATA NANO je. Minyak murah, harga pun murah. Peliwat sanggup jual dengan harga OTR RM10,000 sebiji bagi kereta baru. Bukankah itu kereta yang paling murah di Malaysia setakat ni, kereta Proton pun kalah, jadi tertunai janji peliwat pada rakyat. Hehe...