Wednesday, May 15, 2013

Mentaliti Rakyat Filipina Lebih Bagus Dari Malaysia?

Mereka mempunyai 52 juta pengundi berbanding kita, 13 juta sahaja. Belum ada huru-hara. Belum ada rakyat Filipina penyokong pembangkang mengadu sepeti orang bodoh di Facebook Obama merengek kerana kekalahan.

Mereka berkedudukan 2 kali ganda terkebelakang dari kita dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tiada jerit pekik rasuah. Tidak ada yang mencari-cari media asing untuk mengadu terdapatnya rasuah.

Mereka mempunyai kertas undi sebesar kertas A4 dengan senarai calon seperti menu restoran. Kiraan undi melibatkan puluhan juta lembaran undi dari ribuan pulau.

Mereka merupakan negara ribuan pulau yang terpisah-pisah. Tiada isu kotak undi masuk laut. 

Maka tertunggu-tunggulah kita bilakah pembangkang Filipina akan mengheret rakyatnya turun ke jalanraya menuduh berlaku penipuan dan rasuah dalam pilihanraya apabila pakatan pimpinan Benigno Aquino menang besar dalam Pilihanraya Pertengahan Penggal 2 hari lalu.

Atau tidak malukah kita apabila dengan bongkak mendakwa mentaliti kita lebih maju dari Filipina padahal kini terbukti tidak?

Ya. Negara kita memang kelihatan agak maju. Hasil pemerintah yang berfikiran maju. Tetapi rakyat kita belum tentu berfikiran maju.

Dengan mudah membuntuti penipuan pembangkang seperti penganut ajaran sesat mempertahankan sembahan mereka. Orang seperti ini yang sanggup merengek ke luar negara wajar sahajalah DIBUANG NEGARA.

Hanya 13 juta pengundi. Hanya 330,000 km persegi. Dengan puluhan badan pemerhati. Hingga kertas undi dikira berkali-kali. Sehingga kecoh sana sini. Sehingga rakyat ditahan sebab memiliki wajah Bangla. 

Sepatutnya kita tidaklah seteruk ini. Tetapi dengan adanya pemimpin pembangkang yang baghal, penyokong pembangkang yang racist, maka ramai rakyat yang ikut menjadi baghal.

Pada sudut ini, kita berada pada kategori yang hina lagi memalukan dari rakyat negara yang kita selalu anggap sedikit mundur dari kita.

Apapun, tahniah kepada Benigno  Aquino kerana nampaknya rakyat Filipina menyokong beliau walapun dasar memihak kepada Malaysia dalam insiden Lahad Datu yang lalu cuba digunakan oleh pembangkang negara tersebut untuk menyusutkan popularitinya.


No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).