Thursday, May 16, 2013

HINDRAF? Mengapa Tidak KIMMA Atau IPF?

Tak tahulah apa justifikasi PM Najib. Tetapi teman selalu fikirkan tentang kesetiakawanan dalam mendasari kepercayaan.

Melantik seorang persona-non-grata pada PRU 2008 sebagai Timbalan Menteri JPM pasca PRU 2013 dinilai kebanyakan orang sebagai sesuatu yang pelik.

Ini membuatkan dari 51 orang yang termasuk dalam senarai kabinet baru ini, 1 orang teman tak puas hati. Si Predisen HINDRAF ini.

Bermakna teman cuma 98% puas hati sahaja. Pun begitu kalau diikutkan sistem penilaian peperiksaan di negara ini, 98% masih dikira A.

Tapi kesetiakawanan yang mendasari kepercayaan tentulah membuatkan kita terfikir, mana lagi rakan-rakan BN yang lain? Sudah habiskah? Sudah lari kah?

Daripada kepala HINDRAF, lebih baik pemimpin Kongres India Muslim Malaysia KIMMA atau pemimpin IPF.

Mungkin alasan tersendiri seperti parti rakan BN itu belum direjuvenikasi itu menjadi ukuran.

TETAPI TAHUKAH NAJIB BAHAWA RAMAI INDIA DALAM M.I.C JUGA TIDAK BERAPA SUKA DENGAN HINDRAF INI? KERANA MEREKA MELIHAT HINDRAF MENGGUNAKAN AGAMA HINDU UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. HINDRAF MENGHENTAM M.I.C SETERUKNYA BEBERAPA KETIKA LALU. 

Kalau teman jadi PM, yang lama jadi sahabat akan didahulukan. Yang baru jadi sahabat, teruskan bersahabat sehingga tahap kesetiakawanan itu dapat diukur sematangnya. Kalau mahu lihat perubahan perlakuan organisasi ini, berilah tempoh 10 tahun. Bukan 2 atau 3 tahun.

Mungkin sebab tu teman tak jadi PM. Haha.

8 comments:

  1. ENTAHLAH..X PAHAM SI NAJIB NI.

    ReplyDelete
  2. tu lah.. kita dok hentam hindraf dari awal.. tiba2 langkahku terhenti.. terpana..

    ReplyDelete
  3. Presiden pertubuhan haram pun boleh ada kedudukan dalam kabinet..

    apa hal najib ni???

    nak cari pasal ker..???

    jangan buat aku beralih arah !!

    ReplyDelete
  4. Bercakap pasal Hindraf semua orang tidak faham kenapa PM lantik wakilnya sebagai TimMenteri tapi kita juga harus berinsaf diri dan serahkan saja keputusan itu kepada PM .

    Juga ada orang berkata , kenapa tidak Kimma atau Ipf dan kenapa dia bukan aku..

    Soal nya kita harus melihat kehadapan siapa Hindraf dan apa akan jadi kepada MIC jika orang lari ke Hindraf siapa untung jika Hindraf lari ke Pakatan , jika diperincikan Ipf adalah serpihan Mic dan Kimma cuma mewakili kaum India Muslim yang ahli tidak mencecah lebih 50ooo orang dan jika orang India nak lari dari Mic cuma ada Ipf atau Hindraf yang nampak lebih agresif dari segi penonjolan dikacamata kaum India

    maka sebab itu lah PM pilih pemimpin mereka..

    kalau tidak puas hati dan nak tau lebih lanjut tanya lah kepada PM sendiri.. orang lain memang tidak tahu apa sebaba kenapa dan mengapa.

    ReplyDelete
  5. kan najib dah ada persefahaman sebelum PRU13..nie kut salah satu dr perjanjian dia...mungkin bagi kita ingat sekdara perjanjian untuk meningkatkan tarak kaum india...sahaja ..mungkin...
    http://www.malaysiakini.com/news/227272

    ReplyDelete
  6. dengan adanya artikel2 mcm ni.. tentu mendorong pm akan bagi explanation.. xyah susah hati pecah kepala.. tugas kita bertanya.. play our role je.. nama pun media alternatip

    ReplyDelete
  7. kalau lah alasannya masharakat india beralih kepada hinraf, kenapa tidak lantik sahaja wakil DAP? kerana masharakat cina beralih ke DAP. atau lantik juga pengerusi dong zong

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera.

    Mohon pihak tuan dapat memasukkan laman portal Berita Pahang dalam senarai blog list tuan.

    Kerjasama tuan sangat - sangat kami hargai. Terima kasih.

    http://bpunp.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).