Setelah Anwar bersegera menolak penggulingan kerajaan , Kit Siang segera menolak Arab Spring, terbaharu, Karpal Singh membuat laporan polis bagi membantah rancangan juak-juak sampah demonstrasi Pakatan Rakyat si Haris Ibrahim, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Tian Chua yang beria-ia mahu menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat melalui tindakan kekerasan beramai-ramai?
Tidak, dia membuat laporan polis ke atas seorang ahli akademik Melayu yang menyebut sekolah vernakular punca pepecahan kaum. Ceh!
Tidak, dia membuat laporan polis ke atas seorang ahli akademik Melayu yang menyebut sekolah vernakular punca pepecahan kaum. Ceh!
Nampaknya Menteri KDN yang baru tidak perlu berfikir panjang. KPN baru juga tidak perlu berfikir panjang. Jangan sampai empat ekor manusia sawan penggugat keselamatan itu yang membuka langkah panjang. Tangkap mereka dan tirai besikan untuk jangkawaktu yang agak panjang.
Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee.
Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.
Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).
Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus.
“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH.
Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini.
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman.
“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya.
Terdahulu, Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee di sini terhadap kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum ‘Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Ahad lalu.
Kenapa dap yg dulu menghentam gomen tak percaya polis tiba2 leh buat laporan polis? Mesti ada hidden agenda ni......
ReplyDeleteSalam sejahtera.
ReplyDeleteMohon pihak tuan dapat memasukkan laman portal Berita Pahang dalam senarai blog list tuan.
Kerjasama tuan sangat - sangat kami hargai. Terima kasih.
http://bpunp.blogspot.com/