Thursday, May 30, 2013

Singapura Bidas Pakatan Rakyat

Selepas Global Research membuat u-turn berikutan ditipu Pakatan Rakyat kononnya mereka akan menang , nampaknya Singapura juga melakukan hal yang serupa. Terbaharu, negara  singa duyung tersebut memberi amaran keras ke atas pembangkang di negara ini yang cuba mencampuri ehwal negara tersebut berikutan penangkapan gundik-gundik demonstrasi mereka yang ditahan di Taman Merlion atas dakwaan tidak mengendahkan amaran polis supaya menghentikan perhimpunan haram.

Jangan guna Ahli Parlimen, parti

SINGAPURA 29 Mei - Kerajaan Singapura menegaskan untuk menolak sebarang campur tangan daripada mana-mana Ahli Parlimen ataupun parti-parti politik Malaysia berhubung tindakan yang diambil ke atas rakyat negara itu yang berdemonstrasi baru-baru ini.

Kenyataan itu dibuat ekoran beberapa pesalah rakyat Malaysia dipercayai cuba menggunakan Ahli Parlimen atau pun parti politik mereka untuk mengemukakan petisyen terhadap hukuman yang dikenakan.

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat tengah malam tadi memaklumkan, tindakan membabitkan pihak luar merupakan cubaan untuk mendapatkan layanan istimewa dan lebih kepada mempolitikkan lagi apa yang dilihat sebagai isu undang-undang dan ketenteraman domestik di Singapura.

"Inilah sebabnya mengapa kami menentang kuat isu dan politik dari luar dibawa ke negara ini.

"Singapura menghargai hubungan bilateral dengan negara jiran berdasarkan amalan saling menghormati dan prinsip tidak campur tangan dalam urusan negara lain," tambah kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, Singapura tidak campur tangan dalam urusan domestik negara lain dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak asing campur tangan dalam hal ehwal dalamannya.

"Adalah jelas beberapa rakyat Malaysia yang menyertai dua perhimpunan haram di Merlion Park dengan sengaja mengendahkan amaran polis.

"Mereka telah melanggar undang-undang negara ini dan bakal dikenakan hukuman yang sewajarnya," katanya. - BERNAMA


2 comments:

  1. padan muka kao setannnnn!!!! marah benar spore sebab tertipu oleh anwar kononnya pakatan boleh membentuk kerajaan....hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Cakap je.. tapi pemimpin pembangkang seperti Lim Guan eng dan Lim Kit Siang dialu-alukan datang ke singapore juga?? Untuk ape?? Untuk menarik pelaburan?? Bukan, jawapannya untuk bertemu mentor mereka di singapork tu jugak...

    Dalam tegas sebenarnya ada usaha untuk ubah kerajaan Malaysia melalui pintu belakang..

    Singapork: Yahudi di Asia Tenggara.. berhati-hati..

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).