Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu - Lapangan Terbang Kebanggaan Negeri Seberang - yang terletak hanya 200 km dari KLIA diwawarkan di Indonesia sebagai ancaman kepada KLIA dan KLIA2. Dikhabarkan Asiana Airlines dari Korea mahu menjadikannya hab penerbangan syarikat tersebut di rantau ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu akan beroperasi 25 Julai ini setelah mula dirancang untuk dibina pada tahun 1991. Ikuti imbasan laporan pertama blog ini mengenai Kuala Namu.
Ahad, Disember 02, 2012
KLIA Diancam Kuala Namu?
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu hampir siap di Medan. Ia akan menggantikan Lapangan Terbang Polonia. Menurut orang sebelah, kewujudan lapangan terbang baru ini bakal mematikan KLIA. Apakah benar?
Laporan media Indonesia menunjukkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan memilih Kuala Namu sebagai hab serantaunya.
Setelah berusaha keras menandingi Changi, wujud pula Kuala Namu yang terletak dalam radius yang sama. Biarpun berada di seberang Selat Melaka, ia merupakan lapangan terbang antarabangsa pengapit utara bagi KLIA manakala Changi menjadi pengapit di Selatan.
Mungkinkah telahan mereka bahawa KLIA akan dimatikan oleh KNIA itu benar?
Mungkin sahaja benar jika KLIA tidak mempertingkatkan lagi upaya mereka untuk betul-betul menjadikan lapangan terbang tersebut kompeten dan unggul melebihi mana-mana lapangan terbang yang ada di rantau ini.
Tetapi barang harus diingat, KLIA berada di tanah besar Asia manakala Kuala Namu berada di atas sebuah pulau yakni Sumatera.
Dan pembangkang di negara ini seharusnya memuji Tun Mahathir atas pembinaan KLIA 15 tahun lalu kerana untuk membina lapangan terbang seperti KLIA hari ini, kosnya telah meningkat 3 kali ganda. Apatah pula jika dibina di masa depan.
Dek kerana kos, pembangunan Kuala Namu International Airport telah memakan waktu yang cukup panjang.
Firefly operasi di Lapangan Terbang Kuala Namu mulai 25 Julai
KUALA LUMPUR 18 Julai - Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, mengumumkan ia akan memindahkan operasinya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu pada 25 Julai.
Penerbangan Firefly dari Subang SkyPark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Medan, akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu.
Lapangan terbang itu terletak di wilayah selatan Deli Serdang di Sumatera utara, kira-kira 45 km dari pusat bandar Medan.
Firefly berkata, penumpang dari dan ke Medan mulai 25 Julai ke atas, akan dimaklumkan mengenai butiran penerbangan terkini masing-masing selain kod baharu lapangan terbang, minggu ini.
Penumpang diingatkan supaya memastikan e-mel dan butiran telefon mudah alih masing-masing dikemas kini dan aktif untuk menerima makluman itu.
Laman web yang memaparkan maklumat terperinci itu boleh dilayari di www.fireflyz.com.my atau di twitter.com/flyfirefly, katanya. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130718/ek_15/Firefly-operasi-di-Lapangan-Terbang-Kuala-Namu-mulai-25-Julai#ixzz2ZP6KffkT
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).