Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu hampir siap di Medan. Ia akan menggantikan Lapangan Terbang Polonia. Menurut orang sebelah, kewujudan lapangan terbang baru ini bakal mematikan KLIA. Apakah benar?
Laporan media Indonesia menunjukkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan memilih Kuala Namu sebagai hab serantaunya.
Setelah berusaha keras menandingi Changi, wujud pula Kuala Namu yang terletak dalam radius yang sama. Biarpun berada di seberang Selat Melaka, ia merupakan lapangan terbang antarabangsa pengapit utara bagi KLIA manakala Changi menjadi pengapit di Selatan.
Mungkinkah telahan mereka bahawa KLIA akan dimatikan oleh KNIA itu benar?
Mungkin sahaja benar jika KLIA tidak mempertingkatkan lagi upaya mereka untuk betul-betul menjadikan lapangan terbang tersebut kompeten dan unggul melebihi mana-mana lapangan terbang yang ada di rantau ini.
Tetapi barang harus diingat, KLIA berada di tanah besar Asia manakala Kuala Namu berada di atas sebuah pulau yakni Sumatera.
Dan pembangkang di negara ini seharusnya memuji Tun Mahathir atas pembinaan KLIA 15 tahun lalu kerana untuk membina lapangan terbang seperti KLIA hari ini, kosnya telah meningkat 3 kali ganda. Apatah pula jika dibina di masa depan.
Dek kerana kos, pembangunan Kuala Namu International Airport telah memakan waktu yang cukup panjang.
No comments:
Post a Comment