Monday, September 30, 2013

Ringgit Jatuh Atau Dolar Mengukuh?




Mereka memarahi ahli politik atas sebab apa? Menyuruh ahli politik mengambil 'kebijakan' supaya mengawal mereka berbelanja ke luar negara secara mandatori dan melakukan kerahan tenaga ke atas rakyatnya bagi mengharamkan tenaga kerja asing?

Status FB di atas dikutip secara rawak dan ia bermaksud menunjukkan seteruk mana minda yang dijangkiti penyakit jenis Malayan Oppopotamusirosis

Penyakit  ini juga disebut Penyakit Badak Pembangkang jenis Malaya. Gurau je.

Ahli ekonomi Malaysia terbilang ANTARA PALING BIJAK DI DUNIA kerana menguruskan negara yang mempunyai aliran keluar matawang berjumlah berbillion ringgit sebulan kesan penggantungan kepada tenaga kerja asing dan kesan lemak rakyat bersubsidinya yang tidak rasa bersalah berbelanja ke luar negara dengan gah menggunakan wang yang asalnya diperolehi dalam bentuk ringgit - NAMUN SEHINGGA KINI MASIH BERJAYA MENSTABILKAN RINGGIT.

Kalau tak faham, baca la lagi dan lagi. Ramai pelancong Scandinavia sependapat dalam soal tanggungjawab untuk tidak merosakkan enjin ekonomi negara sendiri dengan mengurangkan perbelanjaan ketika melancong. Justeru mungkin itu dijadikan alasan mengapa ramai mereka memilih backpacking.

Tetapi orang kita megah jika berjaya membawa RM10,000 ke Bandung. Itu sekadar contohlah. 

Soalnya kita perlu lihatlah juga tanggungjawab kita sebenarnya di mana dan pada apa. 

RINGGIT JATUH APABILA IA JATUH BERBANDING SEMUA MATAWANG SERANTAU. JIKA HANYA DOLLAR YANG NAIK MAKA BUKAN KEJATUHAN RINGGIT NAMA DIA. ITU PENGUKUHAN DOLLAR. 

Penderita Malayan Oppopotamusirosis inilah yang akan tetap tuduh kerajaan bersalah dalam isu ini.

Mengapa salah sendiri kerap dibias ke kerajaan? Adakah itu cara yang dianjur Islam berkait apa yang mereka patut pertanggungjawabkan kelak ketika dosa pahala dihitung, duit yang didapati itu dari mana dan dibelanjakan untuk apa? Adakah entiti kerajaan itu menjawab penafian?


1 comment:

  1. Najib jadi PM, kesusutan ringgit paling teruk berbanding 1 dollar US pun baru RM3.33. Tapi Menteri Kewangan Malaysia PALING PANDAI dari 1991 hingga 1998 pula menyebabkan ringgit dari RM2.50 menjadi RM4.73 berbanding 1 dollar US. Itu satu fakta dan juga satu sejarah hitam buat Malaysia....!!!!

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).