Monday, September 30, 2013

Saranan Ketua Dewan Ulamak Pas agar hubungan dengan PKR dan DAP dikaji semula disokong ahli Pas.


(NST) - Saranan supaya Pas mengkaji semula kerjasama dalam pembangkang bersama Pakatan Rakyat terus mendapat momentum walaupun dicemuh oleh Timbalan Presiden parti itu Mohammad Sabu.

Ahli Pas Cawangan Permatang Binjal Mahzan Zahid mempertahankan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib yang menyeru agar dibuat penilaian semula kerjasama Pas dalam Pakatan berikutan kemerosotan sokongan untuk parti itu dalam pilihan raya umum lepas.

"Saya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa saranan (bagi Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR ) adalah idea yang kurang baik.

" Harun adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan dihormati oleh ramai orang dalam parti".


" Saranan yang dibuat oleh Harun Taib adalah ikhlas.Apa yang dia mahu lakukan adalah supaya Pas mendapatkan lebih banyak sokongan daripada sekutu dan musuh ," kata beliau semalam.

Mohammad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu,gagal untuk mengekalkan  pengaruh beliau selepas beliau hilang kerusi Parlimen Pendang dalam Pilihan Raya Umum ke-13,memberitahu sebuah portal berita baru-baru ini bahawa saranan untuk Pas mengkaji semula kerjasama dalam pembangkang sebagai " Satu tindakan Kurang Bijak "(bukan tindakan yang bijak ).

Mahzan mendakwa terdapat "sedikit ketegangan" antara Pas dan sekutu pembangkang di beberapa negeri dan semua ini harus dihentikan.

" Sudah tiba masanya Pas (pemimpin ) untuk mengkaji idea ini untuk survival politik parti itu ."

Keretakan  dalam pakatan pembangkang mula kelihatan selepas saranan Harun Taib dua minggu lalu.

Beliau berkata,prinsip Pas telah dikompromi demi menjaga hati rakan kongsi dalam Pakatan menyebabkan prestasi buruk Pas dalam PRU lalu.

Akhir akhir ini ramai ahli-ahli parti di peringkat cawangan telah menyatakan sokongan terbuka untuk Harun.

2 comments:

  1. PERGI MAMPOS LAH PAS SUNDDAL DAP DAN PKR!!

    ReplyDelete
  2. Tahaluf sesat !
    Yg dah termakan candu dunia tentu sukar melepaskannya !

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).