Amat kelakar bila dipertanyakan kepada macai Pakatan Rakyat soal mana kerja-kerja kebajikan peringkat domestik dan antarabangsa yang dilakukan oleh agen-agen Pakatan Rakyat bagi menunjukkan mereka tidak kalah hebat dari pihak yang mereka mahu tumbangkan, Barisan Nasional.
Jawapan mereka "apa yang dilakukan oleh UMNO tidak akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat". Maka lihatlah apa yang telah mereka lakukan selain dari apa yang UMNO pernah lakukan.
Maka tidak ada lagi keihsanan seperti ini jika mereka berkuasa kerana apa yang UMNO pernah lakukan mereka tidak akan lakukan.
Membantu umat Kristian yang menjadi mangsa taufan di Filipina.
Paling jelas, apa yang mereka mampu lakukan tidak lain hanyalah porak peranda dan kucar kacir.
Contoh ketara ialah menaikkan seorang pemilih negeri lain yang memenangi kerusi di sebuah negeri lain hasil sokongan PENDATANG dan kini merebut kerusi Menteri Besar negeri tersebut dari tangan anak tempatan melalui mandat 30 orang. Bukan dari mandat 2 juta pemilih di Selangor yang tentu sekali mengundi menolak slogan 'Sayangi Selangor' kerana sayangnya mereka kepada Khalid Ibrahim.
UMNO memerintah , mempunyai kewangan dari kerajaan dan yang paling penting mereka mahu menunjuk nunjuk konon nya merekalah wira sejagat....setiap kali membantu mereka akan mendapat laba , sebab itu lah mereka seolah olah rajin membantu padahal mereka hendak kan keuntungan,,,itu lah UMNO..
ReplyDeleteItu di mata pencacai Al-Juburi, tapi dalam penglihatan Allah takde siapa yang tahu.
ReplyDeleteJangan asyik melalak je, tapi pemimpin sendiri tak pernah nak turun bantu atau tolong, malah sanggup berkata akan jaga keselamatan Israel... cukup keparat manusia pilihan PR tu..!!!!!!!