Wednesday, August 20, 2014

Dokumen 'Langkah Kajang' berkait komplot memusnahkan ekonomi negara demi kemenangan Pakatan Rakyat tersebar
















Pun begitu, Pengarah Komunikasi PKR menafikan dokumen tersebut sebagai sahih.


KUALA LUMPUR 20 OGOS: Sebaran dokumen berkaitan 'Langkah Kajang' kononnya ditulis oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli adalah palsu dan fitnah.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mengesahkan demikian ekoran beberapa panggilan dan notifikasi yang diterima beliau pagi ini berhubung dokumen palsu itu.

Fahmi"Saya mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan fitnah.

"Malah, sesiapa sahaja boleh membaca laman blog Rafizi sekitar waktu 'Langkah Kajang' dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama 'Serampang Kajang': http://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/," katanya dalam kenyataan.

Justeru, KEADILAN mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik.

"Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh-musuh politik KEADILAN enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," kata Fahmi.

2 comments:

  1. sape yg kenal PKR... parti penipu rakyat... dah kantoi pun masih nak menipu...

    ReplyDelete
  2. Fahmi PEMBOHONG BESAR kononnya rafizi menamakan strategi ini sebagai 'Serampang Kajang'

    Jika dilihat kepada pautan ke blog Rafizi yang Fahmi berikan ia bertarikh 30 Januari 2014, tetapi dalam blog yang sama bertarikh 7 Ogos 2014, Rafizi telah menulis perkara berikut:

    "Rundingan menyelesaikan tuntutan hutang di luar mahkamah dipercepatkan selepas KEADILAN mengumumkan Kajang Move pada 28 Januari 2014. Sebelum pengumuman dibuat, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah terlebih dahulu dimaklumkan keputusan dan permintaan parti pada 26 Januari 2014 supaya beliau berundur dan beliau menyatakan persetujuan kepada keputusan parti itu"


    MEMANG SAH PENCACAI DAN PEMIMPIN PKR ADALAH PEMBOHONG DAN PENIPU RAKYAT YANG NYATA... KANTOI..!!!!!!!!

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).