Tuesday, August 19, 2014

Macai PR berkhayal soal Khalid dan Pakatan Rakyat



Lihatlah kedunguan penyokong PR yang berleluasa berkait isu Selangor melalui komen yang disokong membuta tuli di The Malaysian Insider . Salah satunya ialah dengan cuba mengatakan bahawa permohonan maaf Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor adalah bukti Pakatan Rakyat merupakan parti yang terbaik dengan contoh-contoh sikap yang tiada pada ahli politik UMNO.

Masalahnya, Khalid Ibrahim bukan lagi dari kalangan Pakatan Rakyat dan ini menjelaskan bahawa Khalid berbuat demikian hanya setelah dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Sesungguhnya Pakatan Rakyat tidak ada nilai-nilai ini.

Blog ini tetap tidak berkenan dengan Khalid Ibrahim setelah sikapnya yang membuatkan pengguna bekalan air di Selangor menghadapi masalah, tetapi jauh sekali untuk menyokong rampasan sesebuah negeri oleh bukan anak negeri. 



4 comments:

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).