Tuesday, August 19, 2014

Video: Azmin Ali restui Wan Azizah jadi MB Selangor


Azmin Ali dalam satu sidang media semalam berkata dia akur dengan keputusan pucuk pimpinan partinya untuk menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini memberi pencerahan bahawa dia memberi laluan kepada Wan Azizah dan memberi tamparan terhadap keistimewaan anak negeri dalam mengetuai kuasa eksekutif negeri.

Besar kemungkinan Azmin Ali sedia maklum bahawa dia sendiri bernombor kad pengenalan 71 bukannya 10 / 41 / 42 / 43 / 44.


Menambahkan lagi kecacatan untuk rakyat Selangor, Wan Azizah bukan sahaja orang luar, malah pengundi luar.

Kecacatan ini dijunjung PAS PKR dan DAP bagi apa? Tentu sekali bagi memalukan rakyat Selangor. Seolah tiada Jawa Rawa Banjar Bengkulu Kampar atau Minang yang lahir di Selangor yang layak memimpin negeri.

Lebih teruk percaturan ini disokong oleh 'penghijrah luar' ke negeri Selangor. Mana suara anak negeri?


Walaupun teman lahir di Johor, dan tinggal di Perak bermula sewaktu berumur 3 bulan, teman terima hakikat bahawa teman tidak dapat keistimewaan yang didapati oleh anak Perak. Sebab teman tak tamak macam  belaan dalam Pakatan Rakyat. 

Rakyat Selangor yang enggan bangkit menentang rampasan negeri oleh orang luar ini tentu sekali mengiyakan bahawa kalangan mereka memang tidak layak menjadi Menteri Besar. 

Namun kita tahu Selangor adalah antara negeri dengan kadar naturalisasi pendatang asing tertinggi terutamanya dari Indonesia. Signifikasi mereka memuncak dengan terpilihnya penjual buah asal Indonesia, Zuraida Kamarudin sebagai Ahli Parlimen Ampang.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).