Friday, October 10, 2014

Maki-maki polis denda cuma RM100

Pepatah Melayu Perak ada menyebut, " bagai red indian dapat pistol". Ia bermaksud  seperti seorang yang dahulunya tiada apa-apa menjadi angkuh setelah mendapat sesuatu. Sama seperti "Datuk" yang entah mana datang kekayaan hidupnya, menjadi angkuh dan menganggap undang-undang negara ini ciptaan bapaknya. Mana punya negeri la yang boleh endorse Datukship dia ni?Jika tidak mahu hidup dengan undang-undang negara ini, sila berambus ke tanah asal usul sana. Tetapi undang-undang negara ini kelakar juga. Denda RM100 je? Patutlah kutu degil senang-senang berbiadap dengan penegak hukum.



Tertuduh bergelar 'Datuk' didenda

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 9 Okt. - Gara-gara menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota polis selepas ditahan kerana menaiki kereta bercermin gelap, tiga lelaki masing-masing didenda RM100 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Ketiga-tiga tertuduh terbabit termasuk seorang pemborong kayu yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk' ketika ditahan iaitu V. Vegnesvaran, 33, bersama dua rakannya, pekebun sayur, N. Jega Thesan dan pekerja di firma guaman, A. Jaiprakash masing-masing berusia 32 tahun dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd. Salim.

Mereka didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan peronda polis yang menahan mereka atas kesalahan memasang cermin kereta gelap di tepi jalan Plaza Tol UPM menghala ke Serdang pada pukul 4 pagi,Isnin lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, B. Uma Devi mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Kesemua tertuduh masing-masing yang tidak diwakili peguam turut diperintahkan dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda RM100 hari ini.

Dalam prosiding berasingan, Vegnesvaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghalang polis daripada menjalankan tugas dengan tidak memberhentikan kereta ketika diminta berbuat demikian pada hari kejadian.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kilometer 303, Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur di sini pada pukul 3.20 pagi.

Pertuduhan terhadap Vegnesvaran dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 5 November ini.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pasukan peronda polis cuba menahan sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipandu Vegnesvaran kerana bercermin gelap namun sebaliknya dia enggan memberhentikan kenderaan dan memecut dengan kelajuan 240 kilometer sejam walaupun berkali-kali diberikan amaran.

Tindakan itu menyebabkan berlaku adegan mengejar antara polis dan kereta terbabit, namun akhirnya mereka berjaya dipintas oleh kereta peronda polis lain di berhampiran Plaza Tol UPM.

Ketiga-tiga tertuduh menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang mengarahkan mereka keluar daripada kereta manakala seorang daripadanya mengaku dirinya bergelar 'Datuk'.


8 comments:

  1. TUDUHAN lain ?
    MEMANDU laju.
    HALANG TUGAS.
    CERMIN gelap.
    Maki polis banyak kali.
    Heading kepala polis.
    RAKAMAN TUGAS polis.
    LUDAH polis.

    Hmmmmm TAK FAHAM .

    ReplyDelete
  2. Ada yang tak kena dgn mahkamah kita...buang karen je lah ! really tak puas hati....betol tak ?

    ReplyDelete
  3. klu nak hukum pesalah/penjenayah ni,ikut cara negara jiran.denda rm100 je?arak diaorg pun rm200 sehari.

    ReplyDelete
  4. Nilai maruah polis cuma rm100 betul ke???

    ReplyDelete
  5. Mahkamah lebih paria dari keling 3 ekor tu.

    ReplyDelete
  6. Kalau baca nama pendakwa raya, maka fahamlah kenapa pertuduhan dibuat dibwh seksyen yg hukumannya minimum. Dan ketua pendakwaraya duduk kat opis blh pulak approved timbalan pendakwaraya india ni kenakan akta kecil.

    ReplyDelete
  7. Jangan2 timbalan pendakwaraya makan tepi..

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).