Thursday, October 09, 2014

Timbalan Menteri Pendidikan Indonesia 'hina' budaya Iban, tuduh ia milik Indonesia



Timbalan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Dr. Weindu Nuryanti, dengan angkuh menyebut bahawa budaya orang Iban (Sea Dayak) atau disamaratakan sebagai Dayak di Indonesia, sebagai budaya tiruan oleh Malaysia dari apa yang ada di Indonesia.

Ini berikutan penemuannya di Frankfurt Book Fair di Jerman yang mana booth Malaysia memakai tema hiasan etnik Iban dan dia yang mungkin kurang arif dengan fakta persekitaran rantau negaranya sendiri dengan angkuh menyebut " Orang akan ketawa melihat hiasan itu kerana itu kepunyaan Indonesia".

Ia seumpama menyebut bahawa orang Iban di Sarawak tidak layak mempertahankan budaya mereka kerana budaya mereka itu milik Indonesia, oleh seorang menteri Indonesia.

Padahal, dunia sendiri mengetahui bahawa Kalimantan (Borneo), selain dari di dalam Malaysia, telah tercemar oleh budaya pendatang melalui proses transmigrasi, sedangkan kawasan pulau tersebut di dalam Malaysia masih utuh tradisi setempat kerana transmigrasi adalah tidak dibenarkan berlaku.

Jauh sebelum itu, Menteri Kehutanan Indonesia pernah menyebut bahawa mudah untuk mengesan penyeludupan kayu meranti di Malaysia kerana pohon meranti hanya tumbuh di Indonesia. 

Kita tidak mempertikaikan tahap pengetahuan menteri-menteri Indonesia hari ini tetapi memikirkan bagaimanakah mereka boleh dilantik menjadi ahli kabinet?

Di sebalik tuduhan ramai orang Indonesia bahawa negara Malaysia hanya pandai mengakui budaya orang lain, apa kurangnya Indonesia. Terlebih lagi, tanpa ilmu dan dalil yang wajar. Lebih buruk, oleh mereka yang bergelar menteri.

Kenyataan Weindu ternyata menjadi kecaman ke atasnya oleh pembaca di laporan berita tersebut.

Rabu, 08/10/2014 18:17 WIB

Laporan dari Jerman

Malaysia Tampil dengan 'Penari Dayak' di FBF, Bagaimana Indonesia?


Frankfurt - Sebanyak 102 negara bersaing dalam Frankfurt Book Fair (FBF) 2014 di Frankfurt, Jerman. Negara-negara peserta saling menonjolkan keunikan dari masing-masing biliknya untuk menarik perhatian minat pengunjung.

Salah satu bilik yang mencolok adalah bilik milik Malaysia. Malaysia tampil dengan backdrop berupa foto penari Dayak dengan tema 'University in Diversity' yang dipajang di boothnya. Padahal, Dayak merupakan kebudayaan asli Indonesia dari Kalimantan.

Backdrop tersebut memiliki ukuran sekitar 3 x 2,5 meter. Bilik Malaysia ini terletak tidak jauh dengan booth Indonesia.

Berbeda dengan Malaysia yang menampilkan 'seni budaya asli' mereka, Indonesia justru tampil 'datar' dengan backdrop berupa rak-rak buku yang mirip dengan perpustakaan. Tidak ada ornamen atau backdrop yang menonjolkan ciri khas dari Indonesia.

Wamendikbud Bidang Kebudayaan Dr Wiendu Nuryanti mengaku tidak mempermasalahkan hal itu. Dia berkilah, dunia sudah tahu Dayak merupakan suku asli Indonesia di Kalimantan.

"Orang yang melihat mungkin ketawa. 'lho itu kan punya Indonesia'," kata Wiendu di lokasi, Rabu (8/10/2014).

FBF merupakan ajang pameran buku internasional yang sangat penting dalam pemasaran buku. Dalam ajang ini, nama Indonesia dipertaruhkan.

Program tahunan yang digelar Jerman selama berabad-abad ini diikuti oleh ratusan negara dari seluruh belahan dunia. Indonesia, memiliki kesempatan menjadi tamu kehormatan pada FBF tahun 2015 nanti.

Dalam FBF 2014 ini, Indonesia membawa sejumlah buku karya anak negeri yang beberapa di antaranya sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dan Jerman, seperti buku 'Tan Malaka'.



6 comments:

  1. Dayak kalimantan pun kalau boleh nak duduk di Malaysia. Ada apa di Kalimantan serba serbinya susah.

    Menteri ni dulu kerjanya aktivis berdemo dijalanan mengutuk kerajaan sebelumnya. Setelah menjadi menteri apa pun dia tak tahu...sama sepesen dengan puak Pakatan Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. dari rencana asal, nampaknya mak menteri itu kemaluan setelah dikatakan booth indonesia kelihatan mendatar tidak menarik lalu beliau cari jalan keluar cara bodoh dgn menyimpulkan dayak itu hanya ujud di kalimantan.

    ReplyDelete
  3. konklusi mudah kepada cara berfikir menteri indonesia ini. menteri tersebut bukanpun ahli akademik, malah mungkin juga tidak pernah menjelajah ke pulau borneo dimana terletaknya kalimantan - (indonesia), sabah dan sarawak - (malaysia). nampaknya dengan sekali pandang sahaja terus merumus bahawa budaya iban hanya kepunyaan penduduk kalimantan sedangkan faktor geografi kependudukan dikesampingkan. tidak apalah, jangan terlalu berkira dengan orang malas dan bodoh ini, kerana untuk menjadi menteri di indonesia tidak perlu bersekolahpun, asalkan dikenali dan popular pada asalnya.

    ReplyDelete
  4. Dr. kangkong, sepesen dengan Dr. ajis bebiri di sini.....

    ReplyDelete
  5. berbudaya sangatkah indon? setiap apa yang dada di Malaysia semua ditiru dari mereka. merompak menyamun tanpa rasa takut di negara orang itu juga adakah budaya mereka? tidak hormat undang undang Negara juga budaya mereka kan? konon sangat menjaga adat tradisi tapi jika jumpa mat saleh bukan main nak ajak kawin. tak takut hilang identity bangsa pulak? lepas tu ngaku rupa bangsa dia cantik, ye lah dah kacukan ce pergi ke pedalaman korang lihat rupa paras bangsa dia. kita tak payah menghina kerana ini ciptaan Allah namun melihat sikap angkuh indon yang mengakui memiliki segala kelebihan dari Malaysia, kita pun naik meluat.

    ReplyDelete
  6. jerebu memang sah indon punye so ambil la balik dengan kadar segera

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).