Depresi tropika yang belum diberi nama semalam kini telah dinamakan Jangmi setelah ia dinaikkan kategori kepada ribut tropika.
Ribut tropika Jangmi ini terbentuk di penghujung Disember di mana pergerakan sebarang ribut tropika atau taufan di Pasifik Barat pada waktu begini, adalah arah barat.
Ini bermakna depresi tropika yang terjadi di selatan Filipina, kira-kira 1500 km sebelah barat tempat kebiasaannya taufan yang selalu menerjang Filipina mula terbentuk ini, mampu untuk melalui Laut China Selatan untuk sampai ke Semenanjung di samping memberi kesan kepada negeri Sabah sendiri.
Namun, unjuran 5 hari yang dibuat oleh Weather Underground ini tidak meramalkan ribut kategori ini untuk meningkat kepada kategori taufan memandangkan suhu air laut yang sejuk di Laut China Selatan tidak membantu menjadikan ribut tropika ini memburuk kepada taufan atau taufan-super.
Walaubagaimanapun, pemantauan berterusan perlu dilakukan.
Harapnya pihak blogger dapat menghebahkan kepada semua NGO yang hendak beri bantuan supaya menyelaraskan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diketuai oleh Pegawai Daerah yang berkenaan melalui Setiausaha Keselamatan Daerah supaya tidak timbul kejadian seperti tahun lepas di mana ada kampung yang dapat bantuan sampai 4 ke 5 kali, tetapi ada kampung yang hanya dapat bantuan JKM sahaja hingga menyebabkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana menyangka bantuan NGO itu adalah bantuan dari kerajaan.
ReplyDeleteSemoga para NGO dapat memberikan kerjasama kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang hanya melihat orang lain saja dapat tapi dia tak dapat.
Ini bukanlah untuk pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana nak merampas bahan itu dari pihak NGO, tetapi untuk penyelarasan supaya tidak timbul isu rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang ketinggalan.
Ini disebabkan NGO tidak mempunyai maklumat kawasan mana yang dah dapat sampai dua tiga kali, dan kawasan mana yang tak dapat lagi, hanya dapat dari JKM sahaja.
Oleh itu, berilah kerjasama untuk memudahkan kerja. Sekian, terima kasih.