Ketika ini unjuran komputer analisis Weather Underground menunjukkan Ribut Tropika Jangmi diramal menuju ke negeri Kelantan.
Tempoh ketibaan dijangka dalam masa 7 hari dengan situasi ribut tropika itu telah turun kategori kepada depresi tropika.
Walaubagaimanapun, unjuran ini mampu berubah dari masa ke semasa.
Ribut tropika Jangmi ini terbentuk di penghujung Disember di mana pergerakan sebarang ribut tropika atau taufan di Pasifik Barat pada waktu begini, adalah arah barat.
Ini bermakna depresi tropika yang terjadi di selatan Filipina, kira-kira 1500 km sebelah barat tempat kebiasaannya taufan yang selalu menerjang Filipina mula terbentuk ini, mampu untuk melalui Laut China Selatan untuk sampai ke Semenanjung di samping memberi kesan kepada negeri Sabah sendiri.
Namun, unjuran 5 hari yang dibuat oleh Weather Underground ini tidak meramalkan ribut kategori ini untuk meningkat kepada kategori taufan memandangkan suhu air laut yang sejuk di Laut China Selatan tidak membantu menjadikan ribut tropika ini memburuk kepada taufan atau taufan-super.
Walaubagaimanapun, pemantauan berterusan perlu dilakukan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).