Saturday, May 16, 2015

Tiga hakim ditembak mati selepas Morsi dihukum mati

Tiga hakim yang dalam perjalanan menaiki bas di tembak mati beberapa jam selepas hukuman mati dijatuhkan ke atas Morsi , bekas Presiden Mesir yang dipilih rakyat yang kemudian ditahan.

Tidak dipastikan sama ada ia mempunyai kaitan dengan penjatuhan hukuman mati ke atas Morsi.


2012


Three Egyptian judges 'shot dead in Sinai' hours after Mohamed Morsi sentenced to death

It was unclear whether the reported murders were linked to the sentencing

By LIZZIE DEARDEN
Saturday 16 May 2015
Three Egyptian judges have reportedly been shot dead hours after deposed former president Mohamed Morsi was sentenced to death.
Police told the AFP news agency the three judges were travelling on a bus in the city of al-Arish, Sinai, when it was attacked by gunmen.
Several other people were also said to be injured.

Tun M isytihar tidak sokong Najib di Ipoh

Ketibaan Tun M di Tower Regency Grand Ballroom, Ipoh pada jam 3:40 petang dalam rapat umum Bicara Negara dipenuhi kira-kira 2,000 hadirin disambut oleh ramai penyokong beliau.

Tun M terharu dengan kehadiran atas inisiatif sendiri para hadirin. 

Tun M berbicara tentang sejarah penjajahan, pembentukan Malaysia.

Beliau menceritakan tentang kejayaan BN menyatukan bangsa-bangsa dengan menyindir penindasan Myanmar ke atad Rohingya.

Beliau memuji Tunku yang berundur dengan rela dan Tun Razak yang berjaya membangunkan luar bandar.

Tun M menceritakan tentang pengalihan kuasa dari Tun Lah ke Tok Jib dan berbicara tentang termakan budi Tun Razak.

Beliau menyindir tentang kononnya Tok Jib itu kaya. Padahal bapanya tidak mengumpul harta.

Justeru pemborosan yang berlaku dikecam.


Tun M membidas tunduknya Tok Jib ke atas Singapura isu High Speed Rail dan tentang kos pemborosan pembinaan landasan keretapi berkembar yang kos yang menjadi tinggi.

Beliau menceritakan pemberhentian DEB yang sebelum turut mengkayakan Cina dan menaikkan ekonomi orang Melayu namun ekuiti Melayu masih belum sampai.

Beliau menceritakan sokongan Cina pada tahun 1999 adalah berdasarkan kemampuan kerajaan menangani krisis matawang walaupun Melayu banyak sokong Anwar.

Beliau menyindir lagu im4u bagaikan ayam for u dan memaksa sokongan dengan cara dibuat-buat.

Beliau menyentuh soal BR1M dengan kononnya Tok Jib memiliki mentaliti "Cash Is King". 

Sokongan orang Cina tak berpaksikan sedemikian dan sikap merasuah tidak diterima. Ia menjadikan Malaysia negara penyogok wang merasuah rakyat antara 10 terbesar di dunia.

Perbelanjaan isteri PM yang semakin mengada-ada dewasa ini menimbul perasaan marah kerana dahulunya tidak begitu.

Tun M menyebut gajinya sehingga RM20,000 dahulu cukup untuk menanggung hidup sebagai Perdana Menteri dan mempersoalkan harga mahal seperti beg Hermes RM100K itu wang apa?

Tun M menceritakan tentang penggunaan wang 1MDB yang dihabiskan untuk janakuasa yang tidak sewajarnya serta pelaburan Petrosaudi dan membelanjakan wang dengan membabi buta dan kononnya terdapat pelaburan di Argentina dan Turkmenistan yang didapati tiada.

Lanjutan itu diceritakan tentang penyimpanan wang di Pulau Caymen yang kononnya kemudian di bawa ke Singapura kononnya Bank Negara menyukarkan bawa balik wang. 


Beliau mempersoalkan tentang kadar faedah tinggi yang dibayar untuk pinjaman serta tentang nilai RM14 billion hingga RM20 billion wang 1MDB yang tidak dapat dikesan.

Tun M menjangkakan BN akan kalah jika Tok Jib masih memimpin UMNO pada PRU14. 

Beliau menceritakan kejayaan UMNO masa lampau yang kini tidak disokong oleh bukan orang UMNO. 

Beliau membidas Tok Jib yang tidak bertemu rakyat di desa-desa dan menjangkakan Tok Jib akan menyebabkan kekalahan BN pada PRU14. 

Tun M mengharap agar orang UMNO menggugurkan Tok Jib pada pemilihan UMNO agar memberi UMNO peluang untuk tidak lenyap selepas kalah PRU14.

Tun M mengisytiharkan bahawa dia tidak lagi menyokong Tok Jib lanjutan suratnya kepada Tok Jib berhubung perkara tersebut.

Beliau membidas langkah Tok Jib mengambil 'penasihat British' yang seperti membawa negara ke era penjajah.

Ia mengakibatkan ramai petinggi perkhidmatan awam yang bersara dan menyertai pembangkang kerana sikap penasihat-penasihat pentadbiran kerajaan Tok Jib.

Tun juga menceritakan bahawa Speaker Dewan Rakyat telah menemuinya dan menyatakan bahawa beliau telah meletak jawatan.

Laungan menyuruh Tun M menyertai Pakatan disindir dengan beliau menyebut di sana juga ada yang tak kena lalu mengalih menceritakan tentang pencerobohan di Sabah.

Beliau membidas saranan beliau ke Tok Jib untuk membeli drone bagi menjaga sempadan tidak dilayan tetapi membeli pesawat dengan belanja besar.

Beliau menyindir dirinya sendiri yang memilih Tok Jib menjadi PM atas gaya fizikalnya yang kononnya meyakinkan.

Beliau menceritakan tentang pembaziran dalam private party di Kazakhstan bersempena perkahwinan anak Tok Jib dulu.

Beliau mengulangi keyakinan bahawa pimpinan Tok Jib akan membuatkan UMNO kalah dan tiada lagi pembela bangsa.

Tun M menggesa orang UMNO berbuat sesuatu untuk menggugurkan Tok Jib dari jawatan Presiden UMNO.

Beliau menamatkan pidato pada jam 5:15 petang.



Dalam sesi soal jawab, isi penting berdasarkan soalan yang disampaikan beliau adalah;

1. Akar umbi supaya menyampaikan kepada ketua bahagian bahawa mereka akan hilang sokongan sekiranya masih menyokong Tok Jib.

2. Menyebut 42 billion 1MDB tidak hilang. Tetapi bentuk hutang yang merugikan.

3. Saranan beliau berdebat dengan Tok Jib beliau sambut.

4. Tun menjelaskan parlimen boleh menjatuhkan Tok Jib dengan undi tidak percaya. Beliau menyebut ahli UMNO takut dan menjaga kepentingan diri. 

5. Tun tidak menghiraukan sekiranya beliau dipecat keahlian kerana telah dipecat UMNO sebelum ini.

6. Soalan berhubung siapa syor layak mengganti Tok Jib tidak berjawab kerana masa tamat.





Sejarah Rohingya dan peranan Malaysia

Rohingya merupakan penduduk berketurunan Bengal yang mendiami seberang sempadan Bangladesh - Burma. Malang bermula apabila kedudukan mereka di letakkan British dalam wilayah Burma yang pernah mereka takluki.

Burma yang mengamalkan asimilasi agama menegakkan Buddha jenis paling jahat kerana dikepalai oleh sami Buddha yang menjadi tunjang penghasut pengusiran dengan cara pembunuhan dan telah dikupas oleh majalah Time satu ketika dahulu. Tiada nilai-nilai baik ajaran Buddha yang ada pada jenis ini yang umpama syaitan berjiwa binatang pemangsa.


Rohingya adalah penduduk wilayah utara Rakhine atau dahulu dikenali sebagai Arakan. Perang Inggeris - Burma pada tahun 1826 membawa kepada penaklukan Arakan dan berlaku penghijrahan dari Benggala yang merupakan jajahan British masuk ke wilyah tersebut untuk memenuhi keperluan perladangan dan pembangunan di kawasan tersebut. 

Memang terdapat ramai orang dari Benggala mendiami Arakan sebelum itu tetapi signifikasi pertambahan penduduk berlaku semasa pendudukan Inggeris. Kumpulan ini menggunakan bahasa Rohingya yang berbeza dengan bahasa Bengali tetapi masih dalam rumpun yang sama. 



Ini membuatkan banyak antropologis menyimpulkan bahawa Rohingya merupakan antara etnik asli di wilayah tersebut.

Rohingya serata dunia berjumlah tidak sampai 2 juta orang. Ini adalah kurang dari penduduk Kelantan dan Terengganu digabungkan. Tetapi mereka menjadi etnik paling tertindas di dunia. 

Lebih 50% daripada mereka telah menjadi pelarian di negara asing. 400,000 di Arab Saudi, 300,000 di Bangladesh, 200,000 di Pakistan, 100,000 di Thailand dan 40,000 di Malaysia.

Ya. Malaysia tidak menampung sebanyak Arab Saudi. Bahkah tidak sebanyak Thailand yang merupakan negara dominan Buddha.


Malangnya rakyat negara
 ini yang baru merasakan sedikit kemodenan beserta kehidupan yang mencukupi bagi golongan pertengahan, sudah berlagak sombong. Ini banyak disebabkan oleh sikap kurang mengkaji walaupun telefon pintar di tangan. Lebih baik bermedia sosial dari mengkaji. Dan tunggu apa yang disogokkan untuk ditelan.



Akibatnya mereka tidak tahu apa sebenar yang belaku serta puncanya. Mereka malah hilang sifat ihsan akibat diselaputi lendir politik dan rasa tidak mahu ikut campur.


Lalu ini membawa kepada campurmulut orang agama yang mentakrifkan dengan cara yang mudah disensasikan media pengadu domba.


Malah orang Islam sendiri di negara ini memandang enteng dan menunjukkan rasa hina tanpa empati terhadap krisis yang melanda saudara seagama mereka.


Krisis Rohingya seharusnya diselesaikan oleh United Kingdom kerana merekalah membawa ramai pemestautin dari Bengal masuk dan bercampur menjadi etnik Rohingya di Arakan. Negara Komanwel seperti Malaysia seharusnya memainkan peranan besar dalam mendesak Arakan diperhatikan kerana seperti Inggeris membawa masuk orang Cina ke Semenanjung, mereka kini menjadi warganegara Malaysia, Rohingya perlu diiktiraf sebagai warganegara Myanmar!

Kerajaan Myanmar yang dipimpin orang Burma hari ini tidak mengiktiraf Rohingya sebagai warganegara.

Hari ini, negara dipermalukan oleh dunia akibat tindakan mengusir pelarian Rohingya yang tiba berkapal-kapal dengan jumlah hampir 7,000 orang kerana dibuat oleh sebuah negara Komanwel, negara Islam malah pengerusi ASEAN yang turut dianggotai Myanmar.



Kita dipertanyakan mengapa tidak didaratkan, dipagar diberi perlindungan sementara dengan memaksa bantuan negara Islam atau UNHCR dan menekan Myanmar supaya menerima dan memberikan hak sewajarnya sebagai warganegara kepada Rohingya sebelum dihantar pulang dan diselia badan antarabangsa  dalam penstrukturan semula masyarakatnya.

Manakah telur kita untuk mengetengahkan sesuatu seperti ini dengan kuasa kita sebagai pengerusi ASEAN?

Anwar Ibrahim dilihat terus menyanjungi Aung San Su Kyi dan Najib Razak masih mesra menjabati Thein Sein. Mengapa kita tiba-tiba menjadi negara zalim?

 Takutlah kalau-kalau ada azab akan turun.