Wednesday, July 26, 2017

Mahathir, 92, diangkat mengepalai Pakatan Harapan, apa kata dunia?

Jika Najib Razak sendiri penulis merasakan sudah agak terlajak umurnya untuk terus memimpin kerajaan, apatah pula Mahathir Mohamad.

'Para layak bersara' ini seharusnya sudah siap bersedia untuk berehat dan menikmati hari-hari persaraan dengan tenang dan tidak lagi atas nama apa jua sekalipun, mencampuri corak tadbir urus sang pengganti apatah lagi apabila yang mencampuri itu juga ketika mendapat takhta eksekutif negara dahulu, membawa corak pentadbiran sendiri yang jauh lebih radikal dari pemimpin hari ini.

Lebih teruk, pada usia kurang 8 tahun mencecah 100, kobaran untuk kembali masuk ke gelanggang yang ditinggalkannya 14 tahun lalu menjadi-jadi. Modalnya sangat mudah. Selamatkan negara ini dari terus merudum dari segi apa, bagaimana, mengapa serta bila, jangan ditanya. Jawapannya sinis metafora Mahathirism dengan gaya angkuh dalam nada merendah diri.

Mengandalkan popularitinya yang dirasakan masih seperti pada hari beliau meninggalkan Perdana Putra pada 31 Oktober 2003, Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk menentang Perdana Menteri yang beliau sendiri aturkan pemasyhurannya.



Penulis merupakan pengagum Mahathir Mohamad sejak menjinakkan diri dalam politik pada usia 17 tahun. Ketika itu Menara Berkembar Petronas baru tertegak separuh. 13 tahun kemudian, ketika beliau keluar UMNO dan menulis blog, penulis masih belum menjadi ahli mana-mana parti dan sentiasa kagum dengan penulisannya.

Kejayaan Presiden baharu UMNO yang dididik Mahathir sendiri dalam membentuk kerajaan pada tahun 2013 - walaupun kemasukan semula beliau ke dalam UMNO tidak mengembalikan mandat dua pertiga yang hilang akibat permainannya pada tahun 2008 -  melegakan penulis yang mengikuti jejak Mahathir memasuki semula UMNO dengan menjadi turut serta akhirnya menjadi ahli UMNO.

Tetapi kini, apabila beliau sendiri yang 'menghalalkan' persemendaan tanpa cinta demi sebuah matlamat, penulis melihat kekaguman dan sanjungan yang dipikul bertahun-tahun khas untuk seorang negarawan ulung dihakis oleh tindak-tanduk menjengkelkan oleh si mantan sanjungan ini.

Tidaklah diketahui sama ada 1MDB sebenarnya hanyalah merupakan alasan sementara sedang dipopularkan pembangkang bagi mengukuhkan alasan untuk Mahathir berpaling tadah. Jika barisan pemain 1MDB itu dari kalangan darah daging beliau, keadaan tentu sama sekali berbeza.

Jika isu hutang negara yang meningkat gara-gara kejatuhan ringgit iaitu mencecah 70% dari GDP pada awal tahun ini, bagaimana pula ketika ringgit stabil dalam zaman pemerintahan beliau, hutang negara berada pada paras 80% daripada GDP pada tahun 1990. Malah sejak 1986 angkanya melebihi 70%.

Jika isu akaun semasa negara yang susut dari USD 39.4 billion pada tahun 2008 kepada USD 7.7 billion tahun ini, bagaimana pula dalam tempoh 22 tahun pemerintahannya baki akaun semasa negara berada pada paras negatif untuk 13 tahun kewangan. Beliau juga bersara meninggalkan akaun semasa negara hanya pada nilai USD 13 billion. Yang bertanggungjawab meningkatkan jumlah di dalam akaun semasa negara adalah Pak Lah,  PM gantiannya yang kemudian dibenci olehnya.

Jika isu GST yang dipermainkan, nampaknya beliau hanya mahukan sokongan kalangan akal pendek. Ini kerana untuk meletakkan situasi ekonomi hari ini seperti zaman pemerintahannya, adalah seperti bekas pengemudi bas mini yang mempertikaikan kos penyelenggaraan bas Scania yang kini ditumpanginya dengan membandingkan kos menyelenggara bas mini melalui pengalamannya sebelum itu.

Apakah pendapatan di zamannya mampu menanggung saiz ekonomi hari ini? Masih belum puaskah khayalan Wawasan 2020 beliau yang diunjurkan lalu tanpa segan silu menunding jari ke pemimpin terkemudian kerana kononnya menjadi antara punca kegagalan wawasannya.

Bayangkan ketika beliau melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991, GDP Malaysia adalah pada RM 128 billion. Pada saat beliau melepaskan jawatan 12 tahun kemudian, GDP menokok 227% kepada RM 419 billion dan menokok 204% kepada RM1,274 billion pada tahun 2015.  Ya, jika tukaran USD ke Ringgit masih sama seperti tahun 1991 hingga ke tahun 2020, GDP pada tahun 2020 berada pada paras USD 600 billion dan GDP per kapita adalah sekitar USD 18,000. Bukankah itu sudah menepati wawasannya?

Jika beliau ada berkecenderungan membandingkan dengan kejayaan Korea Selatan meninggalkan kita, tanyalah diri sendiri mengapa dari 1982 hingga 2003, GDP Korea Selatan melonjak 373% sedangkan Malaysia hanya mampu melonjak 107%. Mungkinkah kerana mereka dipimpin 4 presiden dalam tempoh tersebut berbanding kita cuma satu?

Tanya juga mengapa ditahun 1982 semasa GDP Korea Selatan berada pada paras kita di tahun 1999, mereka telah mampu berusahasama membina Jambatan Pulau Pinang. Apa yang syarikat kita telah bina di negara lain pada tahun 1999?

Dari tahun 2003 hingga 2015, GDP Korea Selatan hanya meningkat 130% berbanding kita 204%. Ternyata titik tumpu pemerkasaan ekonomi mereka berada pada garis masa awal pemerintahan Mahathir yang ketika itu sibuk bersepak terajang di arena politik parti dan politik tempatan.

Pun begitu, saiz ekonomi negara hari ini lebih dua kali ganda besarnya dari ketika beliau melepaskan jawatan walaupun seharusnya direncat oleh drama-drama politik yang turut dicampuri beliau tanpa pernah prihatin dengan cabaran global dewasa ini antara lain kejatuhan harga minyak, harga komoditi utama, nilai ringgit dan ancaman pengganas.

Pada indikasi-indikasi ekonomi dan unjuran-unjuran badan ekonomi dunia, tiada tanda-tanda adanya kecacatan kritikal ke atas perkembangan ekonomi negara ini berbanding jika diungkit prestasi dekad pertama pemerintahan Mahathir.

Mujur sahaja sepanjang pemerintahannya, belum wujud media sosial yang jika tidak, nescaya usia pemerintahannya tamat semasa krisis UMNO 1988.

Mahathir tidak boleh berterusan terperangkap dalam zaman yang sudah terlalu lama berlalu. Buat masa ini, kepercayaan penulis diletakkan di Unit Perancang Ekonomi kerana hakikat yang jelas ialah, belum ada satu pun dari kalangan pembangkang yang mampu meyakinkan golongan yang berhati-hati dalam menetapkan sokongan. 

Paling tidak, sebuah belanjawan bayangan yang lengkap dan tidak identikal dengan kekurangan pemerintah sedia ada. Malah, 'negarawan ulung' pakar ekonomi yang mendabik dada tidak tunduk kepada IMF dahulu pun tidak mampu memberi nilai tambah pada pakatan yang hidup bermodalkan serangan peribadi dan manipulasi persepsi dan hari ini menggaru kepala melihat kepesatan ekonomi Korea Selatan yang meminjam dan melangsaikan hutang IMF saat terkena krisis ekonomi 1998.




2 comments:

  1. Makin HINA si spesis TERORIS PENJAJAH ZioNAZI (Zionis NAZI) CANNIBAL Madey KITOL-si DIKTATOR PARASIT/PENYANGAK/PENYAMAQ/PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH/LANUN anak BERANAK KEPARAT berIJAZAH JAMBAN amat RASIS-si PENJILAT JAMBAN si TERORIS PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL BerSHIT-DAPjuboq BABI KURAP RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD-NA*O/CIA ni!

    Tengoklah PAKATAN HarapanHOMO si madey KITOL ni memang sebenaqnya diMILIKI si spesis PENJAJAH Kafir Harbi HOMO/PORNO Zionis DAPjuboq BABI tu - yg. amat BENCI pd. ISLAM/umatnya terutamanya BANGSA Orang Asal/Indigenous (BUMIPUTERA) Islam/Melayu kita serta NEGARA ISLAM kita ni! JIJIKnya spesis madey KITOL ANAK BERANAK haram jadah ni!!

    Lihat di - https://theflyingkick.blogspot.com/2017/07/semakin-jelas-pakatan-harapan-adalah.html :

    SEMAKIN JELAS, PAKATAN HARAPAN ADALAH MILIK MUTLAK DAP-KIT SIANG DENGAN PERLANTIKAN TONY PUA DAN GOBIND SINGH DEO!!!

    Tuesday, July 25, 2017

    Semakin jelas, siapa dan parti mana yang sebenarnya menerajui Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir.

    Tepat sebagaimana yang dikatakan, DAP tidak akan membiarkan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan di mana hanya Lim Guan Eng, Chong Chien Jen dan M.Kulasegaran sahaja yang menjadi pengawal kepada Mahathir, Wan Azizah (Anwar Ibrahim), Muhyiddin, Mukhriz dan Azmin Ali. Biarpun di belakang Pakatan Harapan itu ada tangan ghaib Lim Kit Siang, tetapi yang pasti, DAP akan berusaha untuk memastikan Pakatan Harapan benar-benar mengikut seperti apa yang digariskan oleh DAP.

    Dengan kata lain, DAP mahu memastikan Pakatan Harapan kekal di bawah perintah dan arahannya!

    Semalam, 24 Julai 2017, Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir mengumumkan perlantikan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua Kiam Wee sebagah Pengerusi Biro Penerangan Pakatan Harapan, manakala Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo pula sebagai Pengerusi Biro Guaman Pakatan Harapan.

    Sikap DAP terhadap Islam dan institusi Islam di negara ini, diketahui secara meluas dan tidak berselindung-selindung. DAP secara terang-terang menyokong pergerakan LGBT dan pemurtadan umat Islam. Amat kuat menentang RUU355 serta apa-apa sahaja usaha untuk memperkasakan undang-undang syariah di negara ini. Bahkan memusuhi PAS yang telah banyak membantu mereka dalam dua PRU lepas, hanya semata-mata untuk membuktikan mereka memang anti-Islam dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

    Dengan kehadiran Tony Pua yang sudah pasti akan memastikan kelebihan penerangan berpihak kepada DAP, Gobind Singh Deo yang mengawal dan menguasai Biro Guaman pula, sudah pasti akan memastikan matlamat DAP untuk menjahanamkan Islam mengikut lompang undang-undang di negara ini dan memanipulasikannya sepertimana yang kerap dilakukan oleh DAP dalam usaha untuk menang dan dilihat sebagai juara bukan Islam.....(teruskan membaca)

    (Tok Labu)

    ReplyDelete
  2. 👍👍👍 Tok Labu. Makin haprak Tok Wan tu.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).