Apa itu PEMAKAN DEDAK dan apa itu MACAI ? Menurut asal muasal istilah ini, ia adalah kata hinaan bertujuan merendahkan moraliti antara dua pihak yang kita sedia maklum siapa.
PEMAKAN DEDAK adalah hinaan membinatangkan puak lain yang mereka anggap terlalu setia mempertahankan pemimpin mereka yang menurut mereka, meraih sokongan dengan menyuap wang ringgit.
MACAI pula adalah istilah lebih inferior dan simbol kedunguan, yang muncul tidak lama sebelum bermulanya era neo- Mahathirisma-en-oposisi (istilah rekaan sementara), hinaan yang terdahulu yang dipadankan dengan ciri-ciri istilah terbaharu PEMAKAN DEDAK yang dicetus Mahathir Mohamad setelah beliau berpatah arang berkerat rotan dengan Najib Razak berhubung isu 1MDB.
Baiklah, kedua-dua istilah ini hakikatnya sama kerana merujuk kepada hinaan atas intelektualiti dan daya fikir sekelompok yang dianggap menuruti pemimpin yang salah secara melulu.
Tetapi, pihak manakah yang benar-benar layak digelar PEMAKAN DEDAK dan MACAI ini? Maka satu sampel petunjuk indikasi dari fakta seperti di bawah :
Keterangan : Berdasarkan logika yang terserlah, kos pembinaan LRT yang bernuansa hambar dan merugikan itu lebih mahal dari MRT yang dibangunkan kira-kira 20 tahun kemudian. ( Tidak termasuk bail out RM7.3 billion nilai 2017 ke atas kerugian STAR dan PUTRA )
PEMAKAN DEDAK akan mengambil sikap tidak peduli tetapi dalam diam gelisah meminta taburan dedak-dedak dari penternak-penternak mereka dengan harapan dapat dijadikan modal dalam mematahkan pertuduhan mudah patah tersebut.
MACAI pula akan tetap komen atas dasar 'asalkan aku komen' walaupun tiada fakta mahupun kira-kira yang mampu mengalas sampukannya.
PIHAK RASIONAL pula akan diam, memberi masa untuk diri sendiri berfikir, mengkaji sendiri dalam memikirkan sebab-sebab yang mungkin seperti pemindahan teknologi, jumlah stesen, pencatutan yang tidak terkawal, dan tidak menggelarkan orang yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai PEMAKAN DEDAK dan MACAI.
Bak kata orang London, if the cap fits, wear it. Sapa makan banyak duit haram, dia la yang susah berfikir.
P/S: BR1M tidak boleh sama sekali dikatakan dedak kerana ia ditelan oleh semua para tak mampu tanpa mengira ideologi politik mereka. Hahaha.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).