Saturday, August 05, 2017
Hutang Negara : Cita-cita Mahathir yang gagal dan pengetahuan rakyat yang dangkal
Mahathir Mohamad semasa membentang Bajet 2003 menzahirkan cita-cita menuju laluan Luxembourg dan Switzerland dan mempelajari bagaimana Malaysia patut mencontohi KDNK per kapita kira-kira USD 40,000 yang dicapai dua negara tersebut.
Hari ini dia mengepalai pembangkang yang kempen utamanya mempertikaikan hutang negara dan memomokkan masa depan keberhutangan yang mengakibatkan kesan buruk generasi depan bla bla bla.
Dia juga tidak mungkin secara jujurnya mendedahkan kaitan cita-citanya dengan indeks keberhutangan global. Kerana Luxembourg kesayangannya jika mempunyai rakyat setenging pendedak, sudah tentu luluh lantak dironjang rakyatnya.
Mula-mula kita tinjau negara tercinta. Hutang kerajaan Malaysia berada pada kadar 53% dan apabila dicampur hutang swasta, hutang luaran negara disebut berada pada kadar 75% atau kira-kira RM900 billion.
Inilah mainan pembangkang yang pada pada fikiran mereka, rakyat negara ini bodoh. Maka berjayalah mereka mengutip orang-orang begitu menjadi batang pisang Hang Nadim.
Lihat Luxembourg kesayangan Mahathir. Dengan hutang negara mereka pada kadar $6,733,000 per kepala penduduk dan 6731% dari GDP, adakah kita perlu contohi Luxembourg? Sejujur mana Mahathir untuk menyebut jangan percayakan saya?
Bagaimana pula dengan Switzerland. Adakah rakyatnya kecoh? Tidak. Kerana mereka bukan pendedak di negara ini yang kerap dijolok panggilan 'zombie'.
Nah, bagaimana dengan Singapore yang dibangga-bangga terutamanya hampir semua etnik Cina di negara ini.
1MDB berjaya buktikan masyarakat gemar 'anut' fitnah
Sebenarnya penulis bukanlah seorang yang suka menghina dalam pertuturan. Tetapi dalam bentuk penulisan, penting untuk kita didik dengan kasar apabila fitnah dijunjung oleh orang-orang sesat.
Isu 1MDB dimainkan oleh Mahathir dalam siri jelajahnya selepas keluar UMNO kali kedua pada hari tahun lompat 2016 - merupakan rentetan polemik semata-mata yang dimainkan pembangkang. Fikirlah dengan lojik. Gali garis masa.
Ketika pembangkang memainkan peranan mempersoal '2.6 billion' dan dijaja masyarakat buta perut, Mahathir lebih cenderung menjolok kerugian-kerugian 1MDB.
Kejahatan pembangkang ialah tindakan mereka itu semata-mara rentetan tindakan pimpinan pemerintah mula celik dan mempertikai dana-dana politik dari ejen-ejen Barat (klise kalo sebut Israel) yang mempunyai dana khusus bagi mewujudkan suasana anti-establishment.
Wang sumbangan kumpulan pro-Islam di Arab Saudi kepada UMNO menjelang PRU 2013 bukan sesuatu yang salah pada sisi Mahathir yang arif mendapatkan dana luar. Dia pun dalam UMNO pada ketika itu. Bahkan ia tidak menyalahi undang-undang.
Isu wang masuk ke akaun siapa, parti atau Presiden adalah bukan urusan parti lain kerana mereka sendiri tidak dapat melakukan hal yang sama dengan jelas berhubung penerimaan dana-dana yang mereka peroleh.
Malangnya, daya fikir orang Melayu sangat lemah kerana dipimpin orang yang tak berniat memperkasa Melayu. Dia tidak menulis buku 'Jalan Keperkasaan Bangsa Kedaulatan Negara Jiwa Raga' pun. Yang ditulis adalah hinaan kepada Melayu yang disebut rogolan minda yang diterima hari ini.
Sebenarnya dipercayai kurang 10% dari rakyat negara ini telah khatam " Malay Dilemma" tulisan cerca manja beliau ke atas bangsa Melayu kekira 50 tahun lepas yang enak dibaca versi asal berbahasa Inggeris yang sarat dengan kritikan berperkataan pedas.
Kerana berpegang tulisan beliau lah teman menolak untuk menyokong beliau hari ini. Sebagai 'negarawan ulung' teman tidak salahkan beliau jika ketulah bangsa dek cerca 'mudah lupa' mengakibatkan Mahathir yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dek politik menjadi anutan kedua, penyokong pembangkang 'menabikan' kepala-kepala besar gerakan mereka dengan menjadi mesin pengulang kata-kata sedang di kepala mereka tidak berisi apa-apa keterangan yang jelas tentang khabar fitnah yang mereka bawa, sebar dan anut.
Marilah kita jadi masyarakat yang suka berfikir di atas garis tengah. Kecenderungan orang yang tidak mabuk ketum ubat nyamuk tentu memilih BN. Bukan kerana BN adalah anutan. Tetapi kerana opsyen yang ada untuk menggantikan BN adalah sebuah pakatan 'mobs' tanpa mempunyai pakaian memerintah yang dipersiapkan dengan Bajet tersendiri bla bla bla.
Mempertempang silat pembangkang, 'korupsi' Najib yang dicanang tidak dipeduli pemimpin dunia dan tiada dakwaan-dakwaan yang dilihat patut dikenakan ke atasnya melalui kacamata antarabangsa.
Bank Dunia dan IMF yakin Malaysia memasuki kumpulan ber KDNK melepasi angka USD 1 trillion pada tahun 2030.
Jangan wujudkan masyarakat pemfitnah jika kita berniat baik ke atas negara ini. Jika orang lain tidak berniat baik, setidak-tidaknya kita perlu berusaha untuk mencari kebenaran. Kerana kesalahan sebenar hakikatnya pada orang yang ade otak, hanya ditemui ketika mencari kebenaran.
Jika semua orang pulih daya fikir, ramai akan nampak mungkin sahaja Mahathir tidak mendapat bahagiannya sebagai "Pengerusi Mentor" UMNO dari dana 2.6 beliun itu lalu kemasukan dana ini digembar-gembur dan dikait-kaitkan dengan 1MDB bagi menambah ramuan masakan fitnah DAP dan PKR. Itu politik. Tugas kita pengundi adalah mengekalkan kestabilan bagi meneruskan momentum ekonomi yang baik ketika ini.
Bukan untuk mengikut rentak pemain politik yang terdiri dari muka-muka hujung belia 50 yang lalu dan masih mereka lagi hari ini.
Barangkali, berbanding 1MDB dan tuduhan klepet ke atas Najib, dunia luar secara sembunyi lebih suka mentertawakan rakyat negara ini secara keseluruhan kerana masih bergantung para pengatur dogma tua.
Mari imbau post blog ini kira-kira 2 tahun lalu.
IPOH MALAY
ملايو ايڤوه
Sabtu, Ogos 01, 2015
Dana dari sumbangan luar tak salah
KUALA LUMPUR – Susulan pendedahan video konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sumbangan dari luar negara untuk kegunaan parti UMNO, inilah jawapan paling tepat bagi memahami isu itu.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataan media pada Jumaat menjelaskan, di Malaysia bukanlah satu kesalahan pihak luar memberi sumbangan kepada parti politik.
Keadaan itu jauh berbeza dengan beberapa negara maju yang mewajibkan semua parti mengisytiharkan sumber kewangan mereka termasuk daripada derma syarikat gergasi, orang perseorangan dan pihak berkepentingan.
Beliau yang pernah menjadi ahli Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk tempoh 2008-2013 malah mendedahkan, idea untuk mewajibkan perkara itu pernah dibawa untuk dilaksanakan.
“Ironi, orang pertama menyokong idea ini ialah Najib yang mahu ia turut disegerakan tetapi tahukah anda, orang pertama membantah cadangan ini ialah pemimpin kanan DAP!” jelas ahli Parlimen Kota Belud di Sabah itu.
Abdul Rahman mengulas penyebaran video dirakamkan secara sembunyi menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa konon Najib menerima derma jutaan ringgit dari Timur Tengah.
Rakaman itu yang menjadi sensasi kebetulan disebarkan selepas beliau digugurkan daripada Kabinet nyata cuba menjejaskan imej Perdana Menteri yang melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan baharu.
Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, DAP memberi alasan, dengan mewajibkan pengisytiharan sedemikian, ia akan mendedahkan kepada umum khasnya pengundi Melayu Islam siapakah syarikat yang menyokong mereka.
Beliau memberi contoh DAP mampu membina ibu pejabat baharu di Pulau Pinang padahal parti itu tidak sampai dua tahun memerintah negeri itu hasil derma tokoh korporat tertentu kepada mereka yang terlalu banyak.
Sebaliknya Gerakan yang menguasai Pulau Pinang sebelum itu sejak 1969 pun mengambil masa 12 tahun untuk membina bangunan parti mereka dan itu pun masih lagi sebuah bangunan kecil dengan reka bentuk biasa.
Begitu juga pengalaman ketika kempen pilihan raya di Permatang Pauh yang menyaksikan jika bendera BN dipasang di situ, keesokannya bendera pembangkang jauh lebih banyak sehingga menutup langsung imej BN.
Berikut ialah kenyataan media Abdul Rahman:
Pembiayaan Politik: Menangani Realiti
Pertamanya, mari kita berbincang mengenai fakta.
Sumbangan untuk politik adalah sah dari segi undang-undang Malaysia.
Jika anda mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah parti politik dan meyakini perjuangannya, anda boleh membantu mereka mencapai matlamat dengan menyumbang wang dan/atau aset.
Sebetulnya, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang dimahukan: RM10, RM1,000 atau sejuta ringgit – malah satu bilion ringgit sekalipun – jika mampu berbuat demikian.
Mengimbas kembali, saya pernah menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima tahun (2008-2013).
Saya tahu barisan anggota SPRM berusaha keras untuk mendapatkan persetujuan parti politik dalam mewujudkan prosedur lebih telus berhubung sumbangan politik.
SPRM berhasrat mahu melihat semua sumbangan diisytihar secara rasmi atas nama ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Apabila SPRM mula-mula mencadangkan perubahan dari segi pembiayaan politik, pemimpin politik pertama yang menyokong idea itu mungkin mengejutkan anda.
Tidak lain tidak bukan, ia adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap cadangan SPRM dan mahukan ia dilaksanakan serta dimasukkan ke dalam inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Antara parti yang paling awal membantah reformasi pembiayaan adalah DAP. DAP memberi alasan yang mementingkan diri – dan itu amat mengecewakan. Pemimpin DAP bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan parti terbabit.
Dalam mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat melaporkan Tian Chua sebagai berkata: “Beliau bimbang pengisytiharan penuh akan menjejaskan penyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan bagi parti pembangkang, kebimbangan bahawa penyumbang mungkin didakwa oleh parti yang menang kerana menyokong pakatan pembangkang dalam mana-mana pilihan raya umum.
Ini dengan sendirinya akan menyebabkan pengurangan sumber kewangan bagi pakatan pembangkang.” Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Anthony Loke turut menyuarakan perkara sama menerusi Forum Majlis Peguam mengenai pembiayaan politik pada 29 September 2011.
Berdasarkan alasan sama, mengapa Pakatan Rakyat tidak boleh mendedahkan sumbangan diterima daripada ahli perniagaan dan individu sejak 2008 di dua negeri terkaya di Malaysia yang diperintahnya – Pulau Pinang dan Selangor?
Jelas sekali, kebimbangan seperti disuarakan Tian Chua dan Anthony Loke tidak lebih daripada alasan remeh dan bukannya atas nama ketelusan.
Semua pihak mengetahui parti pembangkang agak kreatif dalam meraih dana bagi menampung operasinya. Bukan rahsia juga bahwa mereka menerima pembiayaan politik daripada ahli perniagaan dan individu yang menyokong perjuangan, selain penganjuran majlis makan malam amal yang berkesan dan diadakan hampir setiap minggu (jika bukan setiap malam).
Walaupun tiada yang terkejut jika pembiayaan diterima daripada sumber domestik, ramai yang membuat spekulasi bahawa parti pembangkang turut menerima sumbangan daripada sumber luar negara. Sesetengahnya berselindung sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya membiayai bagi kemajuan aspirasi demokratik. Lebih kurang begitulah.
Kembali kepada isu diperkatakan dan dengan bantahan keras daripada DAP, inisiatif perubahan pembiayaan politik terpaksa dilupakan – tanpa sempat dimulakan. Ia tidak pernah digerakkan. Ia terbantut.
Sehingga sekarang, ramai yang sukar mempercayai mengapa DAP – parti politik yang menjulang dirinya sebagai parti reformis – tidak bersetuju dengan idea berkenaan.
Bagi kebanyakan pihak, sumbangan politik adalah amat penting bagi DAP. Justeru, sebarang gangguan terhadap aliran pembiayaan politik akan memusnahkan rancangan besar DAP ke arah membentuk Malaysian Malaysia.
Jika tidak, tentangan jelas DAP terhadap inisiatif perubahan seperti ini tentungan kelihatan aneh.
Gara-gara DAP, Malaysia kehilangan peluang keemasan untuk menangani kebimbangan banyak pihak terhadap kerahsiaan yang melingkari pembiayaan politik di negara ini.
Oleh itu, saya dapati agak menghairankan kebelakangan ini apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato’ Sri Najib mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan mereka dengan keras menentang inisiatif perubahan pembiayaan politik sejak awal.
Saya teringat perbahasan di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Saya bertanya kepada Ahli Parlimen DAP dari mana DAP mendapat wang yang banyak bagi membina ibu pejabat parti yang baru bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh 2 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.
Tambahan pula, saya katakan, Gerakan mengambil masa 12 tahun untuk membina ibu pejabatnya yang kebetulan hanya merupakan sebuah premis biasa. Saya turut mengingatkan DAP supaya tidak melupakan asal usul sosialis parti itu, termasuk menolak sebarang bentuk kemewahan.
Bagai dirancang, beberapa Ahli Parlimen DAP bangkit dan mencelah bagi mengganggu perbahasan saya. Seorang daripadanya, Ahli Parlimen DAP dari Bruas, Ngeh Koo Ham, menjerit dari tempat duduknya dan mengatakan DAP mempunyai ramai penyokong yang sanggup memberi sumbangan wang ringgit kepada DAP.
Dalam satu lagi contoh, pada Pilihan Raya Umum 2008 di Permatang Pauh (ketika Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen) buat pertama kalinya dalam kerjaya politik saya, BN benar-benar berhabis dari segi logistik dan jentera pilihan raya seperti poster, kain rentang dan aktiviti kempen.
Saya masih ingat, setiap kali pekerja parti BN memacak satu bendera BN, ia pasti ditenggelami oleh bendera pembangkang dalam tempoh dua jam. Setiap kali BN memasang kain rentang besar, pembangkang akan melakukan perkara sama dengan kain rentang yang dua kali besar saiznya pada hari yang sama.
Ternyata, tanpa pembiayaan politik yang banyak, parti pembangkang tidak mungkin dapat menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran.
Berdasarkan persekitaran pembiayaan politik sedemikian, BN juga tidak terlepas daripada amalannya. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad mengingati catatan dalam blognya yang disiarkan pada 13 Jun 2008, yang mana beliau mengaku menyerahkan lebih RM1.4 bilion – dalam bentuk tunai dan aset – kepada Presiden UMNO yang baharu ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003.
Itu adalah nilai tunai dan aset UMNO pada waktu itu.
Melangkah 12 tahun ke hadapan ke hari ini, dengan mengambil kira inflasi sepanjang beberapa tahun dan cabaran lebih hebat dalam membiayai jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri UMNO dan BN di empat negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan) sejak 2008, saya tidak akan terkejut jika pucuk pimpinan perlu bersikap lebih proaktif dalam mendapatkan pembiayaan daripada penyokong serta penyumbang.
Di akhirnya, kini wujud keperluan lebih mendesak untuk mengawasi pembiayaan politik dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh pembangkang terutama DAP.
Bagaimanapun, sementara menunggu lonjakan keyakinan itu menjadi kenyataan dalam kalangan pakatan pembangkang, tiada pihak yang berhak mendabik dada dan mendakwa dirinya lebih baik berbanding yang lain.
– MYNEWSHUB.CC