Wednesday, June 29, 2011
Libya Ialah Apa Yang Mereka Ingin Contohi?
Apakah ertinya ini? Mahu negara ini jadi seperti Libya? Provokasi jenis apa ini? Jelas sekali, inilah apa yng dimahukan oleh puak-puak pendukung perhimpunan haram ini. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?
Bermula dari mahu membantah SPR dan kini mahu mengikut jejak langkah Libya? Ini adalah cara untuk menjatuhkan kerajaan tanpa kerelaan majoriti rakyat.
Gerakan ini tidak harus dibiarkan. Patutlah unsur komunisme, sabotaj, tukul dan sabit, pantas meresapi pemikiran ahli-ahli gerakan ini.
Mula-mula kita terfikir untuk diam dan lihat. Lama-kelamaan terfikir untuk bersama menentang gerakan ini secara fizikal, kerana binatang-binatang sial seperti penegak agenda kafir ini tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Dendam Ambiga Berjaya Buatkan PAS Melutut
Wardina Nafi Keras Sokong PKR, Bersih
"Jangan sertai himpunan haram BERSIH." - Wardina
Wardina Nafi Keras Sokong PKR, Bersih
KUALA LUMPUR - Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini(MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.
Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.
Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.
"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.
"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.
[ Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.
"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.
"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.
"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.
"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.
Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.
"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya.
Walaubagaimanapun, posting yang lalu tidak dipadamkan bagi menunjukkan persoalan dan jawapan yang telah tergabung menjadikannya selesai buat masa ini. Tanpa posting-posting tersebut, Wardina mungkin tidak akan merasa untuk terpaksa membuat kenyataan seperti di atas. Harap maklum.
Membenarkan Demonstrasi Jalanan Bererti Memulakan Kekacauan
Kita seharusnya mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi di Bangkok dan Jakarta. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
BANGKOK 28 Jun - Perpecahan yang melanda masyarakat Thailand akan menjadi bertambah buruk selepas pilihan raya pada Ahad ini, kecuali musuh-musuh ketat politik bersetuju menghormati keputusan pengundian, kata penganalisis, hari ini.
Menjelang pengundian pada 3 Julai ini, tidak ramai pemerhati yang percaya pemenang pilihan raya itu akan dapat mengambil alih kuasa dengan lancar dengan hanya menghadapi tentangan daripada dalam Parlimen.
Pilihan raya kali ini menyaksikan pertarungan utama antara Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dengan parti pembangkang, Pheu Thai yang diterajui dari luar negara oleh bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang menampilkan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra.
Ramai pemerhati khuatir penunjuk perasaan akan kembali melancarkan protes jalanan pada beberapa bulan akan datang.
"Pilihan raya ini akan mencetuskan lebih banyak keganasan dan kekacauan kerana tidak kira siapa yang membentuk kerajaan, sama ada Pheu Thai atau Demokrat, penunjuk perasaan yang menentang parti-parti tersebut akan membanjiri jalan raya.
"Perkembangan itu bermakna tiada satu parti pun boleh benar-benar mendakwa mendapat mandat yang sah daripada seluruh rakyat Thai," kata penyelidik kanan di Universiti Prayap, Chiang Mai, Paul Chambers.
Satu lagi faktor ialah penyelewengan pilihan raya yang sudah lama menjadi tradisi di negara ini.
Hanya sebuah pertubuhan antarabangsa dan tiada kerajaan asing akan menghantar pemerhati bagi mengikuti perjalanan pilihan raya Thailand kali ini.
Tokoh perniagaan Thai yang menduduki lembaga pengarah beberapa syarikat dan Bursa Saham Thailand, Aswin Kongsiri berkata, adalah sangat penting pilihan raya itu dilihat 'seberapa adil yang boleh'.
"Jika satu pihak menganggapnya tidak adil, disebabkan campur tangan tentera, pembelian undi, undi palsu, yang kesemua itu boleh berlaku, pihak yang kalah boleh melancarkan protes jalanan," katanya. - AFP