Kalau disemak statistik sehingga suku keempat atau Disember 2012, pertambahan pengundi Cina kedapatan di banyak kawasan di Selangor. Ia agak 'mencurigakan' meskipun mengikut saluran sah oleh SPR.
Di kawasan DUN Seri Serdang yang menyaksikan ketua pembangkang Selangor dari BN, Datuk Satim Diman menang di kerusi itu dengan 45 undi pada 2008, tiba-tiba pula menunjukkan pertambahan pengundi Cina di situ mencapai 10,638 orang.
Di DUN Subang Jaya, angka pertambahan itu mencecah 10,000 pengundi kaum itu. Di kawasan DUN Paya Jaras dalam Parlimen Subang yang mana penyandangnya dari UMNO, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor menang sekitar 600 undi pada 2008, gagal mengulangi kejayaan sama 5 Mei lalu. Lebih parah lagi Muhammad Bushro tewas lebih 5,000 undi di kawasannya yang turut memperlihatkan pertambahan pengundi Cina mencapai 6,000 orang.
Juga, sama ada sedar atau tidak, prinsip-prinsip asas seperti calon boleh menang di Selangor seolah-olah telah 'tercabul'. Ini ketara khususnya di kawasan Sepang. Orang yang layak bertanding, diserahkan kepada yang tidak berhak. Begitu sebaliknya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130517/re_01/Tanpa-menteri-lebih-agresif#ixzz2TVQnsbtC
© Utusan Melayu (M) Bhd
macam ada penghuni antu jeee....pihak berwajib tolong siasat
ReplyDeleteramai malayu berhijrah ke lembah kelang tapi masih mengekalkan tempat mengundi dikampung sendiri.
ReplyDeletedan ramai melayu tak berdaftar sebab sikap tak kisah.