Follow up: kucarkacir [msg]
17 Sep 2008, 16:30
liberalisasi media membawa kepada curahan pendapat yang tak bertapis....
yang membawa segala isu ke arus semasa tanpa wujud klasifikasi 'sensitiviti'
atas nama kebebasan bersuara... bila bertambah suara-suara pro dan kontra
berlaga di persada arus perdana... sungguh bahawa kestabilan tidak lagi mudah
dipertahankan..
mengapa ramai yang lebih menyenangi pemerintahan
diktator Tun M berbanding paklah walaupun banyak kebebasan disekat? sebab RAKYAT
umumnya lebih mahukan kestabilan politik daripada kucar kacir rektorik...
terima kasih paklah yang membebaskan anwar
terima kasih khairy, orang yang menguruskan anwar untuk ke jerman sebaik dia keluar penjara
dan terima kasih anwar sebab dogma iluminati anda membalas dendam pelobi yahudi yang
mendendami kenyataan mahathir pada tahun 2003...
tetapi.. itu hanyalah konsekuens... apakah anda tau apa penyebab asalnya? sudah tentulah TUN DR. MAHATHIR sendiri menjadi segala puncanya... apakah tiga pelakon ini sebenarnya
di kepalai oleh TUN M sendiri?
Wednesday, September 17, 2008
Empat Pembinasa ?
Berlalunya 16 September
Bukan 17 September. Yakni kununnya hari pertama kerajaan baru tertubuh. Hari ini, ular mini terus membelit rakyat Malaysia. Ular gergasi telah membelit seluruh Eropah ratusan tahun lalu dan mengakibatkan terhumbannya kuasa raja-raja dan digantikan kuasa rakyat yang dipanggil demokrasi.
Ular mini ini terus berputar-putar dalam mengejar fatamorgana bak kata Pak Lah. mende tah kata Pak Lah tu. Fatamorgana tu bukan air yang kelihatan di gurun tapi hakikatnya bukan air? Ha. Begitulah kisahnya.
Bak kata seorang forumer dari salah satu forum dari beribu-ribu forum di internet :
Follow up: rentung33 [msg]
16 Sep 2008, 22:59
Macam mana prosedur anwar nak jadi PM.????
Takkan declare kat paper atau media kata saya layak jadi PM kerana PR
sekarang dah ada simple majority.
Parlimen tak bersidang lagi.kalau tak
silap bulan oktober atau november baru bersidang lagi.
kemudiannya
kalaulah benar ada ahli parlimen nak lompat parti.Anwar kena bawak usul undi
tidak percaya pada Pak Lah.
Dalam kes yang lepas YDP Dewan menolak usul
tersebut.
Selagi YDP tak terima usul undi tak per caya selagi itu anwar
tak boleh isytihar dia ada sokongan simple majoriti.
Kemudiannya kalau
keadaan menjadi tegang di Parlimen dan anwar kat nak jumpa YD Agong.
Agong berhak untuk menolak perlantikan Anwar kerana majoriti yang beliau
perolehi adalah membelakangkan prinsip demokrasi yang mana rakyat lah yang
sebenarnya memilih parti yang mereka inginkan.
Bukankah rakyat yang
memilih ahli parlimen mereka atas tiket parti.Kemudiannya senang2 sahja ker ahli
parlimen yang rakyat lantik boleh melompat.??
Bukankah ini satu tindakan
yang mencabul pronsip demokrasi berparlimen???
YD Agong bukannya tidak
bijak membuat keputusan. Baginda boleh meminta pak lah membubarkan parlimen dan
satu pilihanraya baru diadakan untuk menentukan parti mana yang mendapat undi
majoriti yang sah daripada rakyat.
sekiranya tiada jalan penyelesaian
Baginda juga boleh mengumukan perisytiharan darurat.Dan ketika Darurat Baginda
boleh membuat SEBARANG ordinans yang perlu tanpa boleh dicabar oleh mana2 pihak.
Dengan kata lain bukan mudah untuk Anwar menjadi PM.
Begitulah. Dengan mengambil kesempatan atas keujuban, kedangkalan, kebodohan dan kerendahan akal sebilangan besar rakyat, Anwar terlalu mudah mendapat sokongan. Tetapi Anwar lupa, dia bukan Tuhan. Anwar lupa bahawa Tuhan membenci sifat-sifat takabbur, bermuka-muka dan memecahbelah yang ada dalam dirinya sehinggakan sebuah parti Islam kini berada di kakinya.
Insaflah wahai ummah. Lafazkanlah dua kalimah. Jangan manusia di jadikan tuhan. Ibarat tutur kata seorang blogger yang fanatik menjadi kasut dan selipar Anwar , " Saya rela murtad demi untuk menegakkan kebenaran." Nauzubillah Minzalik. Inikah yang PAS sekutukan?