Friday, January 14, 2011

Mengapa PAS Politikkan Isu Azan ?

Dasar PAS, menipu rakyat sajalah kerja mereka. Kali ini dalam isu azan di Pantai Dalam. Mereka mendakwa kononnya PM Najib gagal dalam mempertahankan kedaulatan Islam. Padahal semasa isu di Puchong, mereka jelas menyokong Teresa Kok yang sebenarnya senada dengan ahli MCA seumur hidup di Pantai Dalam itu.

Berikut petikan dari Serakahdaily:

Isu Azan: Najib gagal pertahan syiar Islam
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal dengan sikap Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya mempertahankan syiar Islam dalam isu bantahan Azan di Masjid Al Ikhlasiah, Lembah Pantai.

Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sangat malang bagi rakyat Malaysia yang majoriti Islam, namun perdana menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.

"Kita merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan," katanya

PAS telah belajar mempolitikkan apa juga isu dari Anwar Ibrahim. Jika diikutkan, sebelum Anwar ditabal menjadi Panglima Penyamun sembahan PAS, tiada isu seperti ini dipolitikkan.

Contohnya Anwar dengan jahat menyebut semasa tragedi Hindu-Islam, Kg. Rawa di Pulau Pinang "akan menghentikan bunyi loceng kuil di seluruh Malaysia" pada tahun 1998 walaupun Anwar masih menjadi ayam berbulu musang dalam kerajaan.

Malah dia pada ketika itu menyeru kepada penyelesaian secara keras.

Coretan Seorang Melayu Tunggangan Lim Kit Siang

Teman sarankan supaya UiTM dan MRSM menggunakan tulisan jawi sajalah. Ini akan mendiamkan puak-puak Melayu tak sedar diri yang sentiasa mempertikaikan kewujudan MARA untuk membantu Bumiputra. Hahaha.

Malang sekali, dalam blog Lim Kit Siang, penulis artikel MRSM schools obstacle to national unity? ialah orang Melayu. Pandai betul lah Tok Guru Kit Siang ni. Lawan Melayu pakai Melayu barua.

Melayu barua bernama Azly Rahman ini lahir di Singapura, membesar di JB dan kini tinggal di Amerika Syarikat. Tak ada kemalaysiaan pun. Jika dilihat pada nama blognya sahaja, kita dapat tahu apa pegangan orang tua ni : http://azlyrahman-illuminations.blogspot.com/.

Tulisannya yang disiarkan oleh Kit Siang berbunyi :

MRSM schools obstacle to national unity?

As hypermodernising societies such as Malaysia progresses in syncrony with the advancement of capitalism, and as race and religion becomes the foundation for decision-making in education, especially in elitist well-funded schools, Malaysia is faced with another dilemma of education and national development.

Is this country creating sophisticated ethnocentrists that will continue to sustain race-based ideologies?

Maktab Rendah Sains Mara (Mara Junior Science College) schools, well-funded, well-staffed with advanced degree faculties, and well-taken care of by the Malay-centric government may be one example of a phenomena of a successful failure in the system’s 40-year evolution.

The school system prides itself in innovative curricular experimentation drawn from best practice of schools, particularly those of the United States; as its original template was based upon.

Read the rest of this entry »


Orang-orang tua banyak berkata, duit zakat yang dibayar oleh kitalah yang menghidupkan Majlis Amanah Rakyat dulu. Harini teman tak berapa ariflah sama ada itu adalah fakta ataupun auta.

Jika sekolah-sekolah persendirian Cina boleh menjadi ekslusif dengan yuran-yuran mahal, institusi pendidikan di bawah Mara juga boleh dieksklusifkan dengan digerakkan oleh wang zakat.

Tapi kalau nak diadaptasi, pastikanlah anak Melayu yang kaya dan mampu tidak ikut sama dalam 'pengagihan zakat' jenis ini. Itu salah namanya.

Sejarah Melayu Ipoh 2

Sejarah Lembah Kinta dikatakan bermula tidak kurang 1,500 tahun lalu berdasarkan penemuan relik-relik Buddha dari zaman Srivijaya di Tanjung Rambutan (1893) dan Lahat (1931) tertanam berpuluh-puluh kaki di dalam tanah. Pada ketika itu, dikatakan Kinta terletak dipertengahan jalan darat antara pusat kerajaan Melayu Buddha Srivijaya di Palembang dengan kerajaan Melayu Buddha Khmer dan Campa di Indo-China.

Kinta juga dikatakan pusat pentadbiran Gangga Negara pertama sebelum Beruas dan penemuan ini dikatakan terlambat kerana Kinta telah musnah akibat kegelojohan pelombong memusnahkan muka buminya demi bijih timah.

Timah telah dilombong di Kinta pada waktu itu untuk membuat matawang. Ia turut menjadi tumpuan pedagang India dan China yang juga mahukan logam tersebut. Tetapi pada abad ke-9 dan ke-10, Kinta telah ditinggalkan secara misteri dan terbiar sehingga dibuka semula 700 tahun kemudian oleh Sultan Perak untuk aktiviti melombong.

Kisah Datuk Panglima Kulop Kinta yang dikatakan memberi nama Kinta dari bunyi bergenta semasa memudik Sg Kinta tidak memberi apa-apa kesan ke atas penerokaan Ipoh. Keturunan beliau sebahagiannya telah berasimilasi dengan orang asli tinggal di kawasan yang lebih hilir manakala sebahagian keturunannya ada yang menyerap ke dalam masyarakat Temiar dan menduduki kawasan yang lebih hulu.

Sehingga tahun 1750, Ipoh masih dipenuhi hutan rimba di mana gajah dan badak banyak ditemui menjadikan ia tumpuan pencari hasil hutan, tanduk sumbu badak, melombong kecil-kecilan dan menjerat gajah.

Tok Tambak, cucu kepada Tok Changkat Piatu, menjadi Datuk Panglima Kinta pertama dalam sejarah bertulis pada tahun 1750an. Tok Changkat Piatu inilah yang memiliki ciri-ciri dan kesamaan yang paling jelas sebagai nakhoda Sumatera yang bergelar Datuk Panglima Kulop Kinta.

Tok Tambak telah berkahwin dengan Toh Puan Intan, generasi keenam Tun Saban. Anaknya Tok Changkat Segar, Datuk Panglima Kinta Kedua, membuka Kampung Paloh manakala anaknya lagi satu, Tok Changkat Rembia yang menjadi Datuk Panglima Kinta Ketiga, membuka Kampung Kepayang (berdekatan Stadium Perak hari ini).

Bermula dari itu, penggiliran antara kedua-dua pasak Paloh dan Kepayang menjadi tradisi perlantikan Datuk Panglima Kinta.

Dua kampung inilah yang menjadi permulaan kepada kemasukan pelombong-pelombong Melayu dari hilir dan mencetus pembukaan lebih banyak kampung dalam tempoh 50 tahun, termasuklah Kampung Ipoh yang akhirnya menjadi ibu negeri Perak.

Bersambung esok.

Sumber rujukan : Kinta Valley (2005) Khoo Salma Nasution, Abdurrazaq Lubis