Friday, April 30, 2010

Cina Tak Undi BN Sebab Isu Arak?

Ada teman dengor yang kekalahan BN di peti undi Cina adalah dek kerana keghairahan sesetengah puak yang memainkan isu arak dan Zaid Ibrahim.

Manakala Cina ni sembahyang pun minum, meeting politik pun minum, kenduri kahwin pun minum, ceramah politik pun minum, malam minggu minum, time lunch minum, mereka merasakan bahawa arak itu adalah setaraf darah yang mengalir dalam badan.

Ha.. Ye ker sampai macam tu?

Teman dengor lagi, tindak-tanduk menyerang Zaid dengan isu arak telah membuatkan pengundi Cina bersimpati dengan Zaid. Bukan kerana Nizar. Sebab Nizar tu semua orang tau setan skizo.

Menurut sumber, orang Cina dan arak tidak boleh dipisahkan kerana bagi mereka arak itu dah diperturunkan dari zaman tok kadok untuk mereka dari singseh sampai la kopitam.

Penentangan ke atas Zaid dengan menggunakan isu arak pada mata masyarakat Cina adalah tindakan melampau, tidak rasional dan mengganggu peribadi. Kata demer la. Bukan kata teman.

Lepas tu, kronologi kemarahan mereka katanya bermula dengan isu menyerang DAP yang menentang rampasan arak di 7 Eleven. Pendek kata macam-macam lagilah.

Teman bukan la nak menegakkan yang mungkar. Cuma tak payah la timbulkan isu-isu macamtu. Sebab majlis berbotol arak bagi demer dah macam majlis doa selamat orang Melayu.

Bagi demer, orang Islam tak boleh minum. Kalau orang Islam tu minum, mereka dah jadi sebahagian demer. Bila dah jadi sebahagian demer, maka undi pun dapat kat Zaid. Sebab dia minum arak.

Nampaknya senjata dah makan tuan.

Thursday, April 29, 2010

Secebis Posting Dari Masa Lalu

Alkisah, dalam bosan-bosan... sajalah saya belek posting lama-lama.Maka terjumpalah posting bertajuk Kebiadapan Kit Siang Ditentang bertarikh 10 Mac 2008. Sepuluh hari selepas PRU12 2008. Dengan bangga seorang Melayu memberi komen :

1 ULASAN:

hafiz said...

bagi saya, perjuangan yang DAP bawa sememangnya Malaysia dari apa yang BN bawa. sebagai ahli DAP melayu, saya sememangnya da meluat dengan sikap kemelayuan yang melampau2 umno dan kejumudan yang terlalu sebahagian besar ahlinya- emosi dan mudah diprovok...memalukan melayu jeeer.. Deris jusoh lebih kurang ajor dan biadap dari karpal dan kit siang yang sememangnya bukan melayu! anta udah lupa? tak kesahlah siapapun memerintah. yang penting kita semua hidop dalam aman selamat dan berkebajikan. apa guna kalaupun 1000 tahun lagi umno a.k.a BN memerintah tapi bangsa sendiri pun tak terbela. UMNO=korup bela perut dan bawah perut je.



Melihat komennya, saya membuka profilnya. Sebab saya pernah baca komen ni dulu. Tapi profilnya tak membantu apa-apa. Tapi kali ini :

Sama ada penyakit atau trend? Idak la teman sior nak siasat dah. Pertama, kecewa. Kedua, _______ (isi tempat kosong).

Resolusi BPN 1 / 2010 : Nizar Perlu Ditangkap Akta Hasutan !!!

1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini. (video klik sini )

2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.

3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.

4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor.

5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.


Mohon resolusi ini diedarkan oleh Blogger BPN !!!


Yang benar,


Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)


28 April 2010 Hari Rabu Jam 11 malam

Wednesday, April 28, 2010

Sejarah Berulang: "Malay Leftist" Diperbodohkan Kafir.

Jika politik 1930an banyak dibawa oleh elemen mengindonesiakan jajahan British oleh orang Melayu dan mendapat sokongan besar orang Melayu pada ketika itu, hari ini, PKR dan PAS berada dalamperahu DAP untuk menyerang kolek orang Melayu.

Jika niat jahat British yang ditentang oleh orang Melayu pada ketika itu ialah niat menjadikan negara ini sebuah republik bernama Malayan Union atau United States of Malaya, sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat hakikatnya membawa kepada arah yang sama.

Hasil usaha orang Melayu menolak sistem republik telah mengekalkan survival Islam di negara ini untuk 80 tahun, sehingga hari ini.

Nampaknya kali ini, orang Melayu yang bodoh, masih lagi berani memilih untuk mengikut aliran ciptaan "British" yang dipakaikan pada DAP dan PKR.

Yang menjadi mangsa ialah makcik-makcik, pakcik-pakcik, aya-aya, aci-aci, apek-apek, nyonya-nyonya yang tak tahu apa. Buat masa ini, pertimbangan Bumiputra Sabah dan Sarawak adalah yang paling rasional berbanding Melayu, Cina dan India semenanjung yang telah dijangkiti virus politik jahat.

Maksud jahat ialah apabila kita dapat melihat dengan jelas ketegaran orang yang memperjuangkan Islam, bersemeja sebantal dengan orang yang cauvinis yang merupakan assabiah totok dan bertolong-tolong pula sesama mereka dalam menentang hukum Islam. Malah bukan mereka yang memimpin, malah dipimpin pula oleh orang yang meperolok-olokkan agama mereka.

Syaitan apakah yang merasuk mereka sehingga begitu tuli dan buta?

Tahun 1930an Berulang! Adakah Kita Menanti "Penjajahan Jepun"?

Politik tidak sihat bawaan Pakatan Rakyat terus berlaku. Kali ini dengan pembabitan tunggul PAS dari Perak, Nizar Jamaluddin. Dia dirakam membuan ceramah berunsur hasutan kepada masyarakat Cina di Hulu Selangor.

Dia juga menyebarkan kebencian dengan peluang yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa hatta pengganas komunis , al-maunah, dan jemaah islamiah.

Apakah trend ini sihat? Adakah pengganas melalui politik sentiasa terlepas untuk berbuat apa sahaja?

Adakah kita hanya diam? Seharusnya kita tahu bagaimana mengekalkan kesetiaan rakyat pada negara dengan cara mendidik dan mengawal.

Jika Malaysia mengamalkan sikap terlalu terbuka dalam membiar pengganas politik yang mungkin diangkat oleh masyarakat yang dibiarkan kebodohan akibat kesombongan mereka mereka berleluasa, Parti Komunis Malaya seharusnya di beri peluang sejak dahulu lagi.

Jika itu berlaku, demografi penduduk Malaysia mungkin berubah dan asimilasi total akan berlaku.

Namun, oleh kerana KEISLAMAN yang dipertahankan survival sebuah bangsa yang kononnya "MALAS" ini, PKM ditolak. Hari ini siapakah yang menunjukkan tanah semenanjung ini diketuai oleh parti orang-orang Islam dan memimpin Islam dan bukan Islam? UMNO atau PAS? ADAKAH PAS MENGETUAI PAKATAN RAKYAT? NIZAR SEBENARNYA ADALAH SYAITAN BESAR DALAM PERMAINAN SOSIALIS.

Hari ini kita melihat orang Melayu, sedang berubah lebih buruk sekali berbanding 1930an ketika penjajahan British, untuk memeluk 'agama' sosialis dan komunis. 'Penganut' agama ini akhirnya memerintah dengan kuku besi dan mempunyai diktator sendiri malah hingga berleluasa penghapusan puak seperti Vietnam, Yugoslavia, Chile, Argentina, Kemboja, China.

Politik hari ini kembali kepada politik Malaya sekitar tahun 1930an. Jika kita terus berada dalam kekalutan politik seperti saat tersebut, sejarah telah berulang. Sekuensnya, adakah kita sedang menantikan "Penjajahan Jepun"?

Friday, April 02, 2010

Malaysian First Chinese Second? Hipokrit!

English version attached below

Apa masalahnya jika orang Cina di negara ini menyebut mereka Cina kemudian baru menyebut mereka rakyat Malaysia bila mana mereka ini hendak membuat pantun dengan rima yang sempurna pun tidak berupaya, menolak asimilasi, mendaftar nama-nama Cina dan berlumba-lumba mempamerkan tulisan Cina di mana-mana.

Sesetengah pihak sangat bodoh kerana mempermainkan isu lapuk ini semata-mata untuk ditempelak bagi diserlahkan kebodohan mereka. Satu masa dahulu, mereka membantah penggunaan frasa "Bahasa Melayu" dan mahu ianya ditukar kepada "Bahasa Malaysia". tetapi dalam bahasa Malaysia, tiada elemen kecinaan wujud dan secara logik akal orang terpelajar, bahasa tersebut perlu disebut Bahasa Melayu. Mereka ini keliru dengan istilah Malaysia tetapi menyebut mereka Malaysia dulu, Cina kemudiannya.

Ingatlah yang kita tidak mungkin boleh menunda tanahair ini ke Asia Timur. Jadi sila bersikap regionalistik. Ya, Cina di Thailand, Filipina, Vietnam, Cambodia, Myanmar dan Indonesia adalah Cina yang benar-benar negarawan yang layak berbangga dengan frasa ' negara dahulu, barulah bangsa'.

Di negara ini, orang Cina lebih kuat mempertahankan kebudayaan, tatabicara, kesusasteraan dan amal ibadat dan ini telah dibolehkan dengan ihsan Melayu. Jika orang Melayu bersikap ultra-nasionalis seperti negara di sekeliling Malaysia di atas, nescaya mereka mendapat padah yang serupa dengan Cina di negara-negara tersebut. Jadi apa yang membuatkan mereka lebih kemalaysiaan dari sifat kecinaan mereka?

Namun tiada siapa yang dapat mengubah kebodohan DAP.


Whats wrong of being Chinese first Malaysian second when most our Chinese can,t compose a beautiful fun rhyme of pantun, reject assimilation, registrating chinese name and having zhong wen charachter everywhere. Some people are wandering on the lane of cheap old hypocrism just to get a hard hit right on their face. Previously, they wanted Bahasa Melayu to be called Bahasa Malaysia but it seems like they are chronically confused what Malaysia is at the very first place! There is no Chinese element in Bahasa Malaysia so it should be called Bahasa Melayu logically.

Remember, we can't tow this piece of land to somewhere in East Asia. So those enlightened Chinese should be sane enough to see that for Thailand, yes, they are Thailand first and Chinese the next. So do Chinese in the Philipines and Indonesia.

Here, in this country, while they are proud to retain much of their cultural pheriperal and paraphernalia, they are in fact, Chinese first, Malaysian second. Read that twice. Being in racial segregation without assimilation is a fact of race first, nation the next.

But nobody can stop DAP's stupidity.

Thursday, April 01, 2010

Tugu Negara Tidak Lagi Menjadi Kontroversi?

English version attached below

Tahniah kepada Kementerian Pertahanan yang berusaha mengubah sambutan Hari Pahlawan supaya sesuai dengan garis sempadan syarak.

Kementerian Pertahanan mengambil langkah untuk mendapatkan garis panduan bersesuaian dari Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung tatacara penghormatan simbolik di Tugu Peringatan Negara yang dikecam sesetengah pihak sebelum ini.

Kecaman itu antara lain menuduh pemberhalaan telah berlaku dengan tunduk hormat simbolik dan meletak kalungan bunga menghadap patung gangsa yang dibina bagi memperingati perajurit negara yang gugur ketika menentang pengganas komunis.
Akhirnya sambutan Hari Pahlawan ditetapkan akan dibuat di Putrajaya.


A good move my Mindef as per said by Defense Minister that they will seek guidelines from the scholars and authorized Islamic bodies so that the Warriors Day ceremony will not turned unislamic.

Guidelines sought from JAKIM and National Fatwa Council to overcome accusation that putting the ceremony at National Monument as an idolazation alike act when respect was paid by bowing head down and garlanding.

The monument was built to commemorate the armed forces personel who had died in protecting the country during the battle against the Communist terrorist.
Zahid Hamidi confirmed that this year celebration will be held at Putrajaya.

Pengundi PR Di Perak Patut Menyesal

English version attached below

Betapa buruknya kelakuan orang-orang yang tersalah pilih oleh sebahagian orang Melayu, orang Cina dan India yang bosan dengan ketenteraman, ketertiban dan kesusilaan.

Mereka menghantar monyet-monyet sarkas ke DUN Perak agar wakil rakyat mereka boleh meletakkan mereka ke tepi dan dengan demikian, agenda peribadi wakil diri sendiri ini dapat mencetus pesona huru hara secara berkumpulan.

Patutkah mereka dari jenis ini dipilih untuk ke DUN hanya untuk memperoleh pengabaian yang serius?

Apakah kuasa yang mereka mahukan itu akan memberi manfaat besar buat pengundi mereka seperti 11 bulan pemerintahan mereka yang lalu?

Terserlah sudah tindakan kemonyetan mereka apabila kerajaan BN Perak kini lebih proaktif dalam mengembalikan kekuatan ekonomi negeri.

Adakah kekayaan tiba-tiba dari hasil mahsul negeri yang diputarbelit menerusi rundingan terus dengan kroni masing-masing satu ketika dahulu memberi manfaat kepada pengundi mereka?

Hakikatnya, mereka berkelakuan seperti beruk adalah disebabkan kekusutan akibat penjarahan yang terhenti tiba-tiba.


The ugly part of civilized society is to have morons being elected to represent the society. Few Malay, most Chinese and large number of Indian that tired living in a polite, humble and tranquil conditions is happy on supporting uncivilized, uncool and useless representatives.

They voted monkeys just to have these animals forming a group that jeering, boycotting and humiliating in the state assembly sitting for the agenda of their own. It looks like their voters is just heads provided for them step on to ensure they could stand higher.

Is it worth it to vote for a person that fixed with such thought? If they aren't such, why they are wasting the precious time to represent the voice of their constituency? They are deliberately put the people in negligence.

What kind of accomodation that these monkeys ever provided for Perakians during their 11 month old reign beside a state treasury ransacking activities?

These unwelcomed tribes are now dealing with the fact that BN is working hard to cure the state enonomic illness which was an unforgiven negligence of the previous regime.

For 11 month awarding contracts for kin and clan, none had benefited anyone that vote them up.

The truth is, these idiots is having a primate like attitude that caused by their own greediness when their plunder on state treasury was put to sleep by the justice.