Monday, April 30, 2012

Penyokong Bersih Dimalukan Wartawan Eropah


Kesian perempuan gila ni apabila dia terkedu ditempelak oleh seorang wartawan Muslim Perancis yang mempunyai taraf penduduk tetap di negara ini dalam bahasa Melayu.

Pastinya perempuan ini lebih malu lagi apabila dia tersedar bahawa dia punya bahasa Melayu lebih huduh dari wartawan itu.

Siapa yang patut keluar dari Malaysia? Hahaha!

Thursday, April 26, 2012




SMM tidak pernah berhubung dengan PTPTN - Ismail

KUALA KRAU 25 April - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah menerima sebarang memorandum atau surat menuntut pinjaman pendidikan itu dimansuhkan daripada pihak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, tidak ada wakil kumpulan itu datang berunding atau menyerahkan memorandum berhubung penghapusan pinjaman PTPTN sedangkan pihaknya sentiasa terbuka untuk membincangkan isu tersebut.
Justeru, kata beliau, kumpulan itu tidak sepatutnya mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka jika benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan isu tersebut sebaliknya berjumpa dengan pihak PTPTN secara baik.
"PTPTN sedia berunding tetapi bukan dengan hadir bersama-sama mereka pada demonstrasi itu," katanya ketika ditemui pada Program Minda Mesra anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di Kampung Penderas, Kuala Krau, di sini petang semalam.

Sunday, April 22, 2012

Kelemahan Rakyat Negara Ini

Kita kata rakyat akan marah jika minyak naik walaupun 20 sen. Tapi itu
baru jadi RM2.10. Kalau minyak negara kita sama macam Thailand, RM3.80
seliter, negara akan huru-hara.

Di Indonesia, anda boleh dapat RM1.60. Tapi RON88 lah. Kita ni RON92
pun dah tak ada. Minyak RON95 demer dah RM3.00.

Malaysia menjual RON95 dengan harga RM1.90 seliter. Jika naik sepuluh
sen, segala benda kononnya naik. Menggelupurlah hidup mereka setiap
hari.

Ini bukti kita sangat lemah dalam saingan peringkat Asia Tenggara
kerana menjadi negara kebajikan paling merugikan di dunia.

Di Indonesia, indikasi seperti di atas telah lama mereka nilaikan dan
setiap kali berlaku perselisihan negara adik-abang ini, modal mereka
'sebenarnya rakyat Malingsia miskin'.

Tetapi di Thailand aktiviti kehidupan masih seperti biasa sibuknya.
Harga teh o ais masih sahaja sama dengan RM1. Apa yang membuatkan itu
berlaku di Thailand?

Sebenarnya, di negara ini, harga minyak perlu dinaikkan bagi mengajar
warga untuk tidak merayau malam-malam melepak sana dan sini.

Di KL tidak menjadi kehairanan seseorang yang tinggal di Shah Alam
keluar makan malam di Ampang yang terletak 35km sebelah timur dan
kemudiannya pulang.

Mobiliti masyarakat perlu ditumpukan pada pengangkutan awam rel dan
rakyat juga dapat menabung dengan tidak memandu merata-rata sesuka
hati.

Kita tidak seharusnya menjadi negara yang mempunyai warga yang lembik,
lemah dan miskin.

Karim bin Yusof
Tg. Rambutan

Friday, April 20, 2012

Stok Sampingan Pemimpin Wanita Pakatan Rakyat

PAS menghantar Nizar Jamaluddin dan Mat Sabu ke Dataran Merdeka untuk memastikan 'perempuan-perempuan simpanan' mereka selamat sejahtera adanya jua. Mari kita lihat antara simpanan-simpanan mereka.

Tak ada pulak pemimpin Islam jenis ke neraka yang berani menegur maksiat mata jenis ini. Tengok pun boleh terbayang bau masamnya.

Ini mak siapa? Berapa duit PTPN dah pinjam?

Ini Melayu yang bakal menjadi pemimpin wanita Pakatan Rakyat. Perempuan macam ni kalau jerit-jerit Takbir, rasa-rasanya, Allah murka tak?

Anwar Rancang Bazirkan RM 30 Juta Wang Rakyat Selangor

Untunglah Selangor mempunyai Penasihat Ekonomi yang sangat bijak. Tetapi kebijakannya itu ialah untuk menghabiskan wang rakyat dengan cara-cara yang di luar logik dan kebiasaan.

EC: Separate polls in Selangor will cost taxpayers RM30mil

Pakatan Rakyat's proposal not to hold polls for Selangor simultaneously with the next general election will cost taxpayers RM30mil, said Electoral Commission Deputy Chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar. "It's their right to do so as long as they get consent, but what difference does it make to hold the elections later? The rakyat already know the candidates and the policies."

Maka bertambahlah ilmu kita hari ini bagaimana Anwar Ibrahim yang bukan berpendidikan ekonomi itu menambahkan lagi kecacatan kung-fu nya dalam pemerintahan ala Pakatan Rakyat.

Inilah Ketua Pembangkang pilihan Pakatan Rakyat. Inilah orang yang dicanang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa. Inilah dia orang yang menjanjikan RM200 billion yang dijanjikan kepada rakyat yang entah mana celah hendak dikoreknya. Inilah pemimpin yang hanya mampu menipu orang-orang tenging.

Percetakan Dakyah Merosak Akidah Bakal Berleluasa


Masa untuk mendidik ilmu agama yang bukan sahaja mencukupi, malah yang mapan ke atas anak-anak kita telah tiba. Dek kerana terlalu dimanjakan oleh pemerintah sebelum ini, ibubapa mengambil mudah pendidikan agama ke atas anak-anak sehingga penerbitan Injil dalam bahasa Melayu pun menjadi kekhuatiran besar sebahagian masyarakat Islam di negara ini.

Namun, apa yang diluluskan di Dewan Rakyat jam 2.20 pagi tadi seharusnya dilihat secara positif dari hasil negatif di mana ia akan menjadi kesempatan bagi sesetengah pihak untuk meniru dakyah Kristianisasi dan pluralisme di Indonesia yang sebenarnya tidakpun mengakibatkan berlaku gejala kemurtadan besar-besaran. Malah masih ramai sahaja penganut Kristian di Indonesia memeluk Islam hari demi hari.

KUALA LUMPUR: It was a significant leap for the publishing industry when the Printing Presses and Publications (Amendment) Bill 2012 was passed in the Dewan Rakyat at 2.20am on Friday.

The Bill was passed without amendments.

The Bill does not only do away with the requirement to renew a permit annually, but allows publishers to challenge in court any decision by the Home Minister to revoke or suspend permits.

The Bill, along with other legislation to broaden civil liberties, is part of the Government's political transformation efforts.


Kita pasti dapat melihat bahawa akan ada berbagai lagi risalah, akhbar, majalah dan medium bercetak dari pihak dalam atau luar negara yang akan melipatgandakan usaha untuk merosakkan pegangan Islam dikalangan umat Islam di negara ini khususnya golongan muda yang lemah pegangan Islamnya.

Inilah kehendak Allah untuk negara ini mulai saat ini. Maka janganlah ada pihak yang hendak melawan ketentuan Allah yang mengilhami mereka-mereka yang terlibat untuk meliberalisasikan hal ini kerana dari sudut positifnya, ibu bapa tidak lagi boleh lari dari tanggungjawab untuk mengisi minda dan mengisi kekosongan jiwa anak-anak mereka yang tandus ilmu keagamaan yang selama ini mereka alpakan.


Wednesday, April 18, 2012

Besarnya Istana Kadiaq

Nampaknya Kadiaq yang bercita-cita untuk bertanding di Parlimen Baling atas tiket Pakatan Rakyat perlulah menjual istananya dulu dan sedekahkan duit hasil jual istananya kepada penduduk Baling.

Bekas tunggul buruk dalam UMNO ini kini dalam kempennya memburuk-burukkan UMNO setelah nafsu mengumpul kekayaannya belum terpadam.

Lihatlah istananya di mana sebelah tiang gerbang pintu masuknya sahaja sudah seharga sebiji rumah rata-rata penduduk di Baling.

Pemimpin jenis tak sedar dek untung ini seharusnya telah dari dulu berambus dari UMNO dan menambahkan puak-puak corrupted dalam kem Pakatan Rakyat.




Baca kisahnya di SINI

Teori Darwin Ditolak Akal Yang Sihat


Teman tak pernah percaya dengan teori Charles Darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk. Kononnya evolusi jutaan tahun telah menyebabkan itu terjadi.

Jika benar, mengapa beruk masih ada lagi di muka bumi ini? Adakah beruk-beruk yang masih ada ini telah tandatangan opsyen untuk tidak terevolusi?

Tetapi teman sangat percaya jika ada yang mengatakan bahawa teori Darwin itu ialah bagi mengangkat nenek moyang orang Yahudi yang sesetengahnya telah disumpah menjadi kera pada kejadian 'Black Sabbath' akibat melanggar larangan Allah SWT.

Mereka telah mengadakan tipu daya ke atas larangan menangkap ikan pada hari Sabtu yang mana ujian Allah ke atas mereka telah mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut berbanding hari lain. Mereka menjerat ikan tersebut pada hari Jumaat dan mengutip hasilnya pada hari Ahad.

Akibat tipu daya ini, mereka disumpah menjadi kera.

Begitulah juga sepertinya bila kita dilarang mengikut ciri-ciri Yahudi yang merosak minda seperti pluralisme, demonstrasi dan melaung maki hamun penuh benci seperti orang tak beragama kerana dikhuatiri akan menjadi sebahagian mereka juga akhirnya.

Tetapi teman percaya bahawa kuasa Allah SWT jualah jika Dia berkehendakkan untuk sesetengah manusia itu mempunyai ciri-ciri seperti beruk.

Monday, April 16, 2012

Nilai PTPTN Yang Mahu Dilupus Boleh Membina 1,200 Buah Sekolah!

Kecoh dikalangan kaum pembangkang bahawa PM Najib menipu kononnya hutang yang hendak dimansuhkan berjumlah RM43 billion. Kata mereka, nilai sebenar setelah ditolak hutang yang telah dibayar ialah RM24.7 billion.

Jadi jelaslah mereka-mereka ini mahu RM24.7 billion itu dilupuskan! RM24,700 juta ! Mak bapak mereka tidak pernah ajar mereka bagaimana untuk menilai sebesar mana wang itu dan sebanyak mana manfaat yang boleh diperolehi oleh nilai sebesar itu.

Sebab itulah mereka menjadi satu-satunya bangsa di dunia yang mendesak dijalanan mahukan hutang tersebut dilupuskan. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan hatta oleh orang kafir yang dan tidak beragama sekalipun.

Jelak dengan sikap tak ada otak ini, teman ingin ceritakan sebesar mana RM24.7 billion itu kalau mereka orang-orang yang benar.

Nilai tersebut boleh digunakan untuk membina 48 buah hospital, atau membina 120 batang jambatan merentangi sungai yang lebar, atau membina 9,600km jalan raya luar bandar selebar 8 meter, atau lebuh raya bertingkat sepanjang 240km, atau 1,200 buah sekolah, atau 48 buah lapangan terbang baru.

Mahu melupuskan segalanya ini semata-mata untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang? Sungguh membuatkan pakatan pembangkang akan kalah besar dalam PRU 13 !

Anak-anak Melayu dari jenis bodoh kayu dan tidak waras sedang berdemo supaya hutang mereka sebanyak RM24.7 billion dilupuskan. Rasuah politik sebesar ini telah dijanjikan oleh Anwar yang hina itu kepada mereka.


Sah, Mahasiswa Gila Berkiblatkan Israel

Ke mana hala kiblat mereka? Dataran merdeka terletak di 3.15°U manakala Kaabah berada pada 21.42°U. Maka Kiblat dari Dataran Merdeka seharusnya terletak pada bearing 288.27° . Oleh kerana Jalan Raja menyerong lebih 10°dari paksi Utara menghala ke Timur, Qiblat di situ seharusnya hampir-hampir selari dengan ufuk barat Dataran Merdeka walaupun menyerong ke utara sedikit. Ini dibuktikan dengan Qiblat Masjid Jamek seperti yang dapat kita lihat di peta di bawah.

Dek kerana terlalu taksub dengan budaya demonstrasi yang diilhamkan Yahudi, dan budaya pluralisma seperti mengalungkan potret pemimpin seperti Hindu mengalung potret orang mati, mahasiswa yang bersolat berjemaah ini seolah-olah dipalingkan Qiblat mereka antara lebih 10° lagi ke utara dari arah Qiblat asal.

Jika yang demikian, ke manakah hala Qiblat mereka? Lihat sahaja peta yang lagi satu. Untuk rekod, Tel-Aviv berada pada kedudukan 32°U.

Benarlah, jika mereka mendirikan solat itu lebih baik bagi mereka. Tetapi jika seorang Yahudi mendirikan solat bagi menunjukkan mereka berpura-pura Islam, tidak ada yang baik bagi si Yahudi itu. Itu sekadar contohlah.

Benar jugalah, dalam surah Al-Baqarah disebutkan bahawa Qiblat Allah di mana-mana sahaja tetapi sebaiknya hadapkanlah ke Masjidil Haram selepas Masjidil Aqsa dibatalkan sebagai Qiblat orang Islam.

Tetapi dalam konteks Malaysia, tidak bolehlah lebih kurang dalam menentukan Qiblat kerana perbezaan sudut antara Israel dan Makkah agak kecil dan jika tersasar ke Israel, itu telah mengingkari arahan Allah supaya Qiblat diubah ke Masjidil Haram.

Inilah juga agaknya balasan kepada mahasiswa-mahasiswa gila ini akibat mengabaikan fungsi masjid dan lebih rela bersembahyang secara riak bagi menunjukkan kepada orang ramai di sebuah negara bermajoritikan penduduk Islam, bahawa mereka juga bersembahyang.

Walhal Masjid Jamek hanya 200 ratus meter dari situ.



Saturday, April 14, 2012

Himpunan #BNPilihanOrangMuda Dapat Sambutan

Himpunan BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri Perak mendapat sambutan menggalakkan. Himpunan diadakan di Kediaman rasmi MB Perak di Jalan Raja Di Hilir (Jalan Tambun) dirasmikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Ianya merupakan sebahagian dari persediaan BN menghadapi PRU 13 di mana pada PRU 12 , kemenangan tipis pakatan pembangkang telah membuatkan pemerintahan negeri Perak bertukar tangan.

Walaubagaimanapun penyertaan kaum Cina dalam himpunan ini amat diragui dan ini tentulah membuatkan jentera pilihanraya negeri perlu memainkan peranannya lebih lagi bagi memastikan mandat diperoleh oleh BN untuk memerintah negeri Perak sepenggal lagi.

Sebanyak 404,106 atau 47.64% dari pengundi negeri Perak memilih BN pada pilihanraya umum yang lalu.




Gambar dari Twitter Khairy Jamaluddin

Bersih 3.0 Diramal Kurang Mendapat Sambutan

Semasa keputusan kes liwat Anwar diumumkan 9 Januari lalu, teman berkesempatan berborak dengan kawan teman penyokong setia Anwar berasal dari Perak yang datang untuk memenuhkan perkarangan Mahkamah Jalan Duta. Dia datang dengan satu niat yang sebenarnya ramai tidak tahu.

Dia : "Tak best lah perhimpunan kali ni.. Tak macam Bersih 2.0 hari tu.."

Teman : "Kenapa pulak?"

Dia : "Polis tak bertindak agresif kat kita orang pun.."

Teman : "Maknanya, kamu datang sebab nak bertempur dengan polis?"

Dia : "Ya.. baru la syok!"

Itu sahaja menunjukkan bukti bahawa sebahagian besar mereka yang menyertai perhimpunan-perhimpunan anjuran pembangkang di negara ini tidak lain hanyalah untuk 'bertempur' dengan pasukan keselamatan.

Tidak seperti Bersih 2.0 yang dicegah sehabisnya oleh pihak polis, perhimpunan 901 di Mahkamah Jalan Duta dibenarkan oleh pihak polis.

Malah seruan untuk menyaksikan beratus ribu orang supaya turun memenuhi perkarangan Mahkamah Jalan Duta tidak menjadi kenyataan. Mungkin kerana perhimpunan tersebut dibenarkan, dan tidak akan berlaku 'pertempuran' dengan pihak polis.

Bagaimana pula dengan Bersih 3.0 yang diizinkan ini? Secara teorinya, kacang hantu yang suka membuat kacau ganggu dilihat tidak berminat untuk berhimpun dengan izin. Mampukah Bersih 3.0 mendapat sambutan lebih hebat?

Bijak pandai berkata, sebaik-baik perkara ialah sesuatu yang esoknya lebih baik dari hari ini dan hari ininya lebih baik dari semalam.

Setelah melihat Bersih 1 yang menyaksikan kebanjiran para pendemo, Bersih 2 menyaksikan penyusutan manakala Bersih 3 diramalkan lebih susut dari itu.

Tiada yang baik buat sesuatu yang secara progresnya mengalami pertumbuhan negatif. Hahaha.

Thursday, April 12, 2012

Australia Lebih Kerap Menggunakan Perkataan Indon


Rakyat Indonesia sangat marah apabila kita memanggil mereka Indon. Anwar Ibrahim juga menjadikan isu ini sebagai modalnya menghina Malaysia semasa di Indonesia. Tetapi sejauh manakah perleluasaan penggunaan perkataan Indon itu berlaku di Malaysia?

Lihatlah akhbar The Sydney Morning Herald menggunakan perkataan Indon sebagai tajuk berita.

Mereka menyebut Indonesia sebagai Indon sejak sekian lama. tetapi mengapa preman-preman Indonesia tidak menyerang kedutaan Australia?

Ini kerana tiada pembangkang Australia menggunakan Jakarta sebagai pengkalan untuk memburuk-burukkan negara sendiri sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin tidak bermoral Malaysia, Anwar Ibrahim.

Tuesday, April 10, 2012

Lebih Baik Penyokong Kerajaan Turut Sertai Bersih 3.0

Memang ini adalah inisiatif pembangkang. Perhimpunan Bersih walaubagaimanapun perlu ada segmen pemerintah di dalamnya.

Ini kerana laung pekik jeritan puak-puak pembangkang yang menuduh SPR sebagai agen mempertahankan kerajaan memerintah untuk kali ketiga ini cukup untuk menutup segala buruk lagu mereka ke atas sistem pilihanraya.

Dengan pengundi hantu mereka yang benar-benar wujud dan meresapi kawasan-kawasan kubu kuat Barisan Nasional, serta hembusan spekulasi tentang masyarakat Cina tidak mendaftarkan kematian bagi membolehkan pendatang China mengundi bagi pihak mereka adalah perkara-perkara yang tidak pernah dilaungkan oleh para penyokong kerajaan.

Menganggap Bersih sebagai manifestasi pembangkang semata-mata sebenarnya menutup pintu untuk kita dalam melihat salah laku pihak ini dalam proses pilihanraya.

Parti Pembangkang hakikatnya amat selesa apabila sanggahan ke atas sistem pilihanraya hanya dibuat oleh mereka dan tiada siapa dari segmen penyokong kerajaan yang mahu menyertai perhimpunan itu atas nama ianya haram dan menutup periuk nasi.

Kali ini, perhimpunan tersebut dibenarkan. Inilah masa untuk segmen penyokong kerajaan turut menyertai perhimpunan ini bagi melahirkan manifestasi tidak puas hati terhadap permainan puak pembangkang yang menyeret SPR dalam komplot politik mereka.

Siapa tahu dengan kehadiran penyokong kerajaan, ramai mereka yang mengikuti perhimpunan ini akan berada di kem kerajaan nanti. Lebih mulia, selesai perhimpunan Bersih, para penyokong kerajaan bolehlah melakukan kerja gotong-royong pembersihan tapak perhimpunan bagi menyindir tindak-tanduk moral pembangkang dalam etika perhimpunan.

Silence is no more golden.

Bersihkan Daftar Pemilih Kaum Cina

Ini bukan cakap fitnah. Ini telah lama menjadi buah mulut orang Melayu. Setiap kali banci penduduk dijalankan, mereka dari kaum mana yang enggan membuka pintu?

Mereka tidak mahu negara menjalankan proses mengenalpasti penduduk ke atas mereka. Tetapi mereka inilah yang menjerit-jerit meminta senarai daftar pemilih dibersihkan.

Heboh pada satu masa dahulu yang orang-orang Cina sesetengahnya tidak mendaftar kematian! Mereka menggunakan nama dan identiti orang yang telah mati untuk diberikan kepada pendatang dari China yang dibawa masuk. Ubahsuai identiti ini hanyalah cakap kosong tanpa bukti.

Tetapi adakah ia tidak benar. Jika Melayu di Pulau Pinang berkata perkara yang sama dengan Melayu di Ipoh dan Keala Lumpur, sudah pasti ada yang tidak kena.

Mereka-mereka ini, seharusnya membersihkan daftar pemilih dikalangan mereka ini dahulu yang dikatakan sangat kotor.

Sebab itulah mereka mempunyai idea untuk menuduh kewujudan pengundi hantu, individu yang sudah mati yang digunakan identiti mereka dan berbagai macam lagi.

Hati-hati dengan mereka yang licik ini.

Pembangkang Telah Lebih Awal Menghantui Daftar Pemilih

Hal ini teman dah kisahkan. Tetapi akan terus teman kisahkan. Pakatan Rakyat teman cabar supaya menegah pengundi-pengundi mereka menukar tempat mengundi ke kawasan yang asing bagi pengundi tersebut. Hal ini banyak dibuat dengan menukar alamat di kad pengenalan.

Selepas itulah baru mereka layak untuk bercakap tentang pengundi hantu dan reformasi sistem pilihanraya negara ini.

Seperti kisah teman dulu, si pemandu teksi yang tinggal di Pudu Ulu selepas bersara, masih lagi menjadi pengundi di tempat teman setelah menukar alamat di kad pengenalan pada tahun 2005 sejurus sebelum bersara perkhidmatan awam.

Dia yang berselera untuk menjatuhkan Ketua UMNO Cawangan pada ketika itu, teman temui di pusat mengundi pada tahun 2008 sebagai penyokong kuat PKR. Orang luar yang ingin mencampuri urusan dalaman sesuatu kawasan dan tidak berjaya seperti ini, akhirnya memilih pakatan pembangkang sebagai pilihan di hari pengundian.

Friday, April 06, 2012

Semudah Itukah Mendapat Kad Pengenalan Malaysia?

Mudahnya untuk mendapat Kad Pengenalan Malaysia menurut media Indonesia. Mereka mendakwa spekulasi berhembus menyebut Neneng Sri Wahyuni, figura yang di cari oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung kes rasuah, telah memiliki Kad Pengenalan negara ini.

Pihak berwajib di negara ini sewajarnya memberi respon yang menjawab tohmahan pihak-pihak di negara sebelah ini yang sudah pasti mengarut kerana Neneng dikatakan melarikan diri ke Malaysia tidak sampai setahun yang lalu.

Tuduhan ini memberi persepsi tidak baik bukan terhadap agensi berkaitan di negara ini bukan sahaja oleh masyarakat negara sebelah, tetapi masyarakat negara ini sendiri.

Nazaruddin Tak Tahu Neneng Sudah Miliki KTP Malaysia
Fajar Pratama - detikNews
Rabu, 28/03/2012 16:27 WIB

Jakarta Keberadaan istri Nazaruddin, Neneng Sri Wahyuni sampai saat ini masih misterius. Berhembus kabar dia sekarang sudah mendapatkan kartu tanda pengenal di Malaysia. Namun Nazaruddin mengaku tidak mengetahui hal ini.

"Saya tidak tahu. Dari mana Anda tahu dia di Malaysia," tanya Nazaruddin ketika dikonfirmasi. Hal tersebut disampaikannya di sela-sela persidangan di pengadilan negeri Tipikor, Jl Rasuna Said, Jaksel, Rabu (28/3/2012).

Alih-alih memberi jawaban, Nazar malah meminta pihak-pihak yang mengetahui keberadaan Neneng agar mencari sendiri ke Malaysia. "Kalau memang di sana, kenapa tidak dicari sendiri ke sana," ujar Nazaruddin.

Beredar kabar, Neneng yang merupakan buronan KPK dalam kasus PLTS Kemenakertrans tengah bersembunyi di Malaysia. Dia dikabarkan tinggal di sebuah perumahan dan sudah memiliki KTP di negeri jiran.

"Dia sudah memiliki KTP di sana," ujar salah seorang penegak hukum.

Neneng ditetapkan sebagai tersangka oleh KPK dalam kasus dugaan korupsi PLTS Kemnakertrans. Dalam kasus ini, kerugian negara ditaksir Rp 8,9 miliar.

Neneng sendiri saat ini tengah diburu di 188 negara oleh Interpol. Imigrasi juga sudah menarik paspor istri mantan Bendahara Umum Partai Demokrat ini.

Thursday, April 05, 2012

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XV

KHAMIS, JANUARI 01, 2009

Sandaran Resolusi Politik Perak 2009

Selamat menempuh hari-hari dalam kalendar baru tahun 2009 Masehi. 2008 telah berlalu membawa satu kegemparan bukan sahaja ke atas iklim politik negara, tetapi ke atas perubahan tatacara pengendalian manifestasi sesetengah pihak demi memperoleh sokongan walaupun terpaksa menipu penyokong-penyokong sendiri demi sokongan dari penyokong-penyokong pihak yang bersepakat dengan mereka. Resolusi politik 2009 untuk rakyat Melayu Islam Perak haruslah bersandarkan sebab-sebab berikut:

Sebab 1
Lim Guan Eng membayangkan bahawa kerjasamanya dengan PKR adalah tidak ada kena mengena dengan PAS kerana perumpamaan yang diberi ialah : DAP adalah Malaysia. PKR adalah USA dan hubungan Malaysia dan USA tidak mungkin dapat dilihat sebagai Malaysia mempunyai hubungan istiewa dengan Israel semata-mata USA adalah rakan akrab Israel. Hari ini, DAP terpaksa 'fake the whole relationship'dengan PAS demi memerintah Perak.

Sebab 2
Pilihanraya Umum 2008 merubah segala-galanya. PAS bergembira kerana dilantik sebagai MB Perak walaupun on 'puppet basis' kerana DAP tiada pilihan lain. DAP pula memasang strategi bagi memastikan negeri Perak Darul Ridzuan dapat dikawal dari belakang tabir bagi melampiaskan nafsu terhadap dendam mereka kepada Undang-Undang Tubuh Negeri yang tidak membenarkan mereka memegang jawatan MB.

Sebab 3
PAS menempelak Mufti Perak dengan menyatakan bahawa beliau telah diracun oleh UMNO Perak untuk menyeru penyatuan UMNO-PAS sedangkan mereka tahu, selama UMNO memerintah Perak, Mufti Perak lantang menyatakan pendirian yang cenderung ke arah sokongan terhadap PAS. Selang beberapa ketika, dek keberanian PAS, Ngeh Koo Ham ( Menteri Besar Perak sebenar ) telah turut menempelak Harussani dan PAS merestui seorang Mufti di tempelak oleh seorang Kristian Methodist.

Sebab 4
PAS tidak mempunyai kuasa di dalam Kerajaan Negeri Perak dan terpaksa menjadi'rubber stamp' dalam pemerintahan negeri walaupun dengan jelas, puak DAP mula membolot peluang-peluang sebagai agen pemerolehan kerajaan negeri.

Sebab 5
PAS membisu dan tidak ambil pusing soal akhlak Exco dari PKR yang dengan bangga menyebut sogokan perempuan PRC untuk kepuasan nafsunya adalah ibarat sedekah. Malah dia diberi jawatan dalam Persatuan Bolasepak Amatur Negeri Perak bagi menaikkan semula martabat seseorang yang buruk moralitinya itu.

Sebab 6
PAS Perak tidak bersikap selari dengan PAS Pusat dalam menyebut tentang isu agama. Contohnya ADUN PAS dari Taiping dengan bangga, merasmikan majlis pecah tanah kuil Hindu sedangkan ianya terang-terang merupakan langkah tidak Islamik yang semata-mata bertujuan memancing undi.

Sebab 7
Pecahan undi Melayu Perak terhadap Pakatan Rakyat membawa mesej buruk kepada masa depan Negeri Melayu Perak sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang pihak istana.

Sebab 8
Kerajaan Negeri Perak terlalu menumpukan kebajikan kaum Cina hingga kaum Melayu Islam semakin terpinggir. Pembinaan masjid-masjid baru dan sekolah-sekolah agama diperlahankan manakala sekolah-sekolah cina diberikan tanah dan kampung-kampung baru yang bersifat sementara dikekalkan.

Sebab 9
Pemberian kelulusan pendudukan tanah secara besar-besarkan kepada pekebun Cina dan pengusaha penternakan di bekas lombong telah mengakibatkan timbulnya sikap menghakmilikkan tanah kerajaan negeri yang telah mencabul peruntukan dalam Kanun Tanah Negara dan semestinya mencabul hak Raja dalam penganugerahan tanah dalam jajahannya.

Sebab 10
Penyatuan Melayu Islam di Perak dalam memberi kemenangan ke atas parti Melayu Islam yang bebas pengaruh penentang Islam dapat memberi satu impak maksimum ke atas pentadbiran kerajaan negeri yang mampu dibina dengan 100% ADUN Melayu Islam.

Fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk untuk masa depan anak-anak cucu anda.

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XIV

Ahli MPT DAP Kantoi Proses CD Haram!

The Star Online, Friday November 21, 2008

Town councillor held over production of pirated CDs

TAIPING: A Taiping municipal councillor from the DAP has been detained on suspicion of producing pirated CDs and VCDs at his home in Taman Seri Hijau.

A team from the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry enforcement division were seen taking out about a dozen boxes from the house in Jalan Kucing, including two computers and bottles of printing ink, into a van before detaining the councillor yesterday.

The handcuffed councillor covered his face with a towel and was accompanied by two officers into a car at about 7.15pm.

State enforcement chief Mohd Shahar Othman confirmed the arrest.

Ulasan

Lihatlah dunia. Ahli Majlis Perbandaran Taiping dari DAP ditangkap kerana disyakki menjadikan rumahnya markas memproses CD dan VCD cetak rompak. Ahli parti sahsiah apa ni? Apa kriteria untuk dipilih menjadi Ahli Majlis Perbandaran di negeri Perak? Cukup dengan berpihak kepada perkenan Menteri Besar sebenar negeri Perak, mewakili DAP dan mencari makan secara haram? Apa kena semua ni?

Inilah dia kerajaan negeri yang 'baik' yang 'progresif' yang 'telus' dan yang 'lebih bersih dari kerajaan dulu'. Hinggakan tauke VCD cetak rompak yang ternyata tidak mempunyai rasa hormat terhadap undang-undang pun boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Perbandaran. Moraliti tak ada. Pemikiran selekeh dan memilih rezeki haram.

Siapa pula yang akan dilantik selepas ini? Bapa ayam rumah pelacuran? Tauke judi haram? Tauke disko yang mempunyai berpuluh-puluh pelayan dari PRC? Tahniah kepada Pakatan Rakyat yang memerintah Perak kerana memulakan tradisi memilih tanpa mengkaji. Asalkan roket, mampu sampai ke bulan penuh dan bulan gerhana, bubuh sajalah. Tahniah!

Tahniah jugalah kerana berita sebegini tidak akan pantas mendapat tempat dalam media aliran pembangkang seperti Malaysiakini yang lebih gemar menyelak kain orang lain dan mencari 'button' untuk menaikkan rasa tidak senang bukan sahaja pemerintah, malah kaum majoriti

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XIII

Dek kerana mabuk kuasa, PAS tidak berjuang lagi atas nama Islam. Semua orang Islam yang tidak bersetuju dengan mereka dilabel UMNO. Jahil dan keji.


Utusan Malaysia, Khamis, 31 Julai 2008

Pas buat laporan polis terhadap Tajol Rosli

IPOH 30 Julai – Pas Perak hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini berhubung tawaran UMNO untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Norazli Musa pada pukul 3.15 petang.

Beliau mendakwa tawaran oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali pada Isnin lalu supaya UMNO dan Pas bergabung boleh disifatkan sebagai satu bentuk rasuah.

‘‘Saya minta polis membuat siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan pihak yang menyiarkan laporan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh di sini hari ini.

Analisis

Takut? Vurnarable? Bimbang Hilang Kuasa? Itulah teka-teki yang bermain di fikiran rakyat Perak apabila melihat keletah golongan muda-mudi PAS yang lekas-lekas mendakwa jemputan UMNO yang memenangi majoriti kerusi kawasan Melayu yang ditandingi di negeri ini mengajak PAS menubuhkan kerajaan BN Campuran di Jajahan Kesultanan Perak, sebagai bentuk rasuah.

Mereka rela mendampingi DAP yang membenci pertumbuhan masjid-masjid, menentang tulisan-tulisan jawi dan memberi tanah-tanah kerajaan kepada penceroboh bekas komunis yang di tangan mereka ada darah alim ulamak Islam yang mereka bunuh di zaman darurat.

Mereka rela meninggalkan golongan yang percaya keesaan Allah dan mengucap dua kalimah syahadah lalu mendampingi golongan yang tidak pernah menghormati agama Islam malahan mempunyai tekad yang besar untuk menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.

UMNO sekular? Jika UMNO sekular, tidak adalah doa-doa puji-pujian ke atas Allah SWT dan junjungan besar Rasulullah tatkala dipanggil ahlinya berhimpun. Tetapi PAS tetap utuh dengan pendiriannya bahawa UMNO itu sekular dan DAP itu Islamik. Inilah PAS hari ini. Tidak layak baginya menggunakan Islam sebagai mainan duniawi.

Tidak hairanlah seandainya PAS berterus-terusan bermuka-muka dan melanggar tatacara sahsiah Islam dalam penganjuran permuafakatan sesama saudara Islam, kemurkaan Allah akan tiba jua ke atas mereka-mereka yang menggunakan agama Allah untuk memanipulasi rakyat-rakyat demi sebuah tampuk kuasa ihsan yang menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Ketahuilah kita semua hari ini bahawa PAS merupakan sebuah parti Islam yang dahulunya bersih dan suci, kini telah dicemari oleh agen-agen dajjal yang keras hati, gelap mata dan membenci perpaduan ummah.

Proton : Dulu Kemelayuan Kini Kelatinan. Apa Ada Pada Melayu.

Beberapa tahun lalu, semasa mempamerkan kereta konsepnya, Proton menggunakan nama Tuah dan saudara-saudaranya, memberi harapan kepada jati diri bangsa yang megah di persada modenisasi antarabangsa. Tetapi adakah ianya ia sekadar gimik, polemik dan seramik. Nama 'Preve' membuktikannya.


Setakat ini, PROTON Holdings telah menerima 1,000 unit tempahan bagi model Preve sejak mula ditampilkan secara ‘teaser’ pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

Mengenai pemilihan nama, Syed Zainal berkata nama Preve yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘bukti’ atau ‘memandang ke depan’ dipilih bagi menggambarkan komitmen serius kumpulan dalam mengeluarkan produk bermutu yang memenuhi semua syarat ketat dan keperluan pasaran eksport.

“Kami mahu menjadi pembuat dan pengeluar kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata kami memerlukan nama yang boleh menunjukkan tahap syarikat hari ini dan ke mana hala tujunya di masa depan,” katanya.


Bermula dengan "Saga" yang maksud lebih kurangnya "hikayat" , Proton sentiasa muncul dengan ketidak-konsistenannya dalam memilih nama model kereta yang dikeluarkannya. Kemudian, "Iswara" pula menjadi kontroversi apabila sesetengah pihak mendakwa Iswara menyamai nama salah satu tuhan penganut Hindu.

Kemudian, teguran dari ahli akademik lingustik Melayu membuatkan Proton tampil dengan model-model bernama kemelayuan yakni "Wira" , "Putra" , "Juara" , "Tiara" , "Satria" , "Arena" , "Waja" dan "Perdana".

Dunia berubah. Proton juga mahu berubah. Kemelayuan bagi mereka ketinggalan zaman agaknya. Maka muncul pula model-model yang mencedok nama-nama Inggeris-Latin. Bermula dengan "Savvy" kemudian "Persona" , kemudiannya "Exora" dan penjenamaan semula "Saga", kini Proton muncul dengan kereta yang dipanggil sebagai penanda aras produknya, "Preve".

Sedarkah kita bahawa Proton melalui zaman kegemilangannya ketika model-modelnya menggunakan nama Melayu. Tetapi menjadi lemau saat cuba meletakkan diri di persada antarabangsa dengan nama-nama model Inggeris-Latin.

Apa salahnya dengan nama-nama Melayu untuk pasaran di negara sendiri? Tidak ada hal untuk memilih nama Inggeris, Sepanyol, Arab, Urdu hatta Fiji sekalipun jika sesuai dengan pasaran tempat ia dieksport.

Beberapa tahun lalu, semasa mempamerkan kereta konsepnya, Proton menggunakan nama Tuah dan saudara-saudaranya, memberi harapan kepada jati diri bangsa yang megah di persada modenisasi antarabangsa. Tetapi adakah ianya ia sekadar gimik, polemik dan seramik. Nama 'Preve' membuktikannya.

Wednesday, April 04, 2012

Harga RON95 Di Turki Ialah RM8.14 Seliter!!


Turki ialah sebuah negara sanjungan Anwar Ibrahim. Bukan itu sahaja, ketika drama kononnya ada pihak ingin membunuhnya, Anwar Ibrahim lari ke Kedutaan Turki. Malah ketika sidang kontroversi di India yang dihadiri Salman Rushdie, Anwar menjelaskan contoh-contoh demokrasi yang diagungkan olehnya termasuklah India dan Turki.

Sungguh indah serba-serbi negara Turki di mata Anwar. Seindah pandangannya ke atas Turki, begitulah dia mahukan rakyat negara ini melihat negara Turki.

Tetapi apa yang disorokkan oleh Anwar tentang Turki ialah bagaimana Turki meletakkan harga RON 95 pada kadar antara tertinggi di dunia. RM8.14 seliter.

Apakah yang boleh dibanggakan dengan Turki? Sedangkan kononnya negeri Florida pun tidak sedemokrasi beberapa negara Islam.

Apa lagi yang masih disorok oleh Bapa Putarbelit Negara ini?

Malaysia Cetuskan Amuk Di Indonesia Lagi!

Malaysia kembali menjadi sasaran rakyat Indonesia! Kali ini bukan maki hamunnya kepada negara ini, tetapi kepada pemerintah Indonesia yang dikatakan telah menipu mereka semasa menyebut 'petrol di Indonesia lebih murah dari di Malaysia'.

Ini berikutan dari laporan Detiknews bertajuk Pemerintah Malaysia Pilih Pertahankan Subsidi BBM untuk Rakyatnya telah mengemukakan satu fakta yang kebanyakannya baru diketahui oleh rakyat Indonesia.

Rupa-rupanya minyak gred oktan paling rendah yang digunakan di Malaysia ialah RON95! Ini berbeza dengan Indonesia yang masih menggunakan RON88 sebagai minyak paling rendah kualitinya. Maka benarlah secara harga bahan bakar paling murah boleh di dapati, Indonesia menawarkan harga lebih rendah. Tetapi bagaimana pula dengan kualiti?

Rakyat Indonesia mulai sedar bahawa perbandingan bahawa minyak di Indonesia lebih rendah harganya dari minyak di Malaysia adalah dusta semata-mata kerana kualitinya tidak disebutkan.

Ini kerana RON95 adalah setaraf petrol Pertamax Plus yang dijual pada harga Rm3.60 seliter di Indonesia dan tidak menjadi pilihan hatta oleh orang-orang kaya di Indonesia kerana dianggap 'mahal' dan tidak mampu diguna rakyat.

Lebih teruk, golongan kaya, kelas menengah, yang menaiki kereta-kereta mewah di Indonesia turut menggunakan minyak RON88 yang bersubsidi! Ini mencetuskan kemarahan berlipat ganda rakyat berpendapatan kecil.