Tuesday, April 09, 2013

Mengundi Di Hari Bekerja? SPR Jangan Buat Hal

Ramai orang membantah Pilihanraya Umum diadakan di hari bekerja. SPR seharusnya peka akan hal ini dan seharusnya memikirkan jalan terbaik bagi memastikan peratus keluar mengundi meningkat.

Pengerusi SPR menjelaskan bahawa pihak SPR tidak menolak kemungkinan PRU13 diadakan pada hari biasa. 

Jika penjawat awam boleh diistimewakan dengan cuti peristiwa, ketahuilah terdapat berjuta-juta lagi pekerja swasta yang tidak mungkin dapat menikmati cuti untuk keluar mengundi.

Ramai yang mahukan tarikh 27 April ditetapkan sebagai tarikh pilihanraya umum. Tidak ada sebab bagi sebuah Suruhanjaya tidak lebih peka dari kerajaan memerintah dalam mendengar permasalahan rakyat.

Adalah diharapkan SPR tidak membuat keputusan yang pelik-pelik berhubung tarikh pilihanraya. Penurunan peratusan mengundi tidak memberi impak yang baik kepada negara.


Imbasan : Kisah Politikus PR Menyokong Kemurtadan

Walaupun Group di Facebook ini telah ditiadakan, namun bekas kewujudannya kekal tersimpan di sanubari umat Islam yang sedar di negara ini. Adakah mengundi mereka membuatkan kita diredhai Allah? Faktanya, tidak usahlah menegakkan yang bathil demi kuasa politik yang sementara. Menghairankan, macai DAP beragama Islam sanggup memanipulasi hadis dan sebagainya demi menggesa agar Pakatan Rakyat disokong.


Pakatan Rakyat Bakal Izinkan Kemurtadan


Murtads In malaysia & Singapore , sebuah group di Facebook, turut disertai oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP) , ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai (PKR) , Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu (DAP), ADUN Rawang, Gan Pei Nei (PKR) , ADUN Kota Damansara, Nasir Hashim (PSM), Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye (PKR) dalam kumpulan yang berdiskusi memburukkan Islam atas komen komen yang cukup menyakitkan hati.

Kita wajar hairan mengapa politikus bukan Islam ini yang beria-ia menyokong kebersamaan mereka terhadap penghina Islam dengan kejian jahat. Memang mereka tidak memberi komen, namun kehadiran mereka di situ dengan profil rasmi sudah pasti merupakan sesuatu yang mereka kehendaki. Walhal, sebagai kafir totok, mereka tidak mempunyai kena mengena dengan kemurtadan kecuali penegak dogma sosialis yang tersisa, Nasir Hashim.

Puas hati? Betulkan jalan anda sebelum melihat permata atas jalan orang lain yang masih boleh dijual untuk dibuat duit. Tetapi sokongan terhadap Pakatan Rakyat menjual Islam dan membeli sekularisma total yang sampai bilapun anda tidak akan dapat tebus. Lihat sahaja Indonesia dengan 80% penduduk Islam. Mereka sendiri menyokong sekularisma total. Ia tidak dapat ditebus semula.



KOLEKSI ARKIB

Tabung Perajurit ke akaun parti. Hebat!

Selepas diketahui menyonglap Tabung Memali, parti paling mulia dan paling disayangi macai PR - kerana mudah ditundukkan - membuat silap mata lagi.

Kali ini dengan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu. 

Kita hairan bagaimana wang yang masuk ke akaun parti sebagai sumbangan tabung wira itu boleh diasingkan dengan mudah untuk diklasifikasikan sebagai sumbangan orang ramai bila mana ia sudah bercampur aduk.

Kita memang mahu pihak yang tidak mencetus polemik, pihak yang sistematik dan pihak yang jujur memerintah negara. 

Tetapi dalam hal sekecil ini pun mereka gagal, jangan berlapik dengan isu Rosmah lah, isu kapal selam lah, iau yang tak ada sangkut paut dengan apa yang dipertonjolkan di sesebuah entri.


Baiklah, saya tak percaya, saya check di M2U. Kononnya ATM takkan salah tulis. Parti Islam Se Melay? Tetapi hasilnya apa?



Masih memutar ? Terserah. Pemutaran hangpa bukan benda baru. 

Berita Najib Optimis BN Menang Besar Tersebar Di Indonesia

Setelah menyiarkan artikel yang dilihat cenderung memihak kepada pembangkang, rapsodi populariti BN membuka mata media di Indonesia ini dan membuatkan artikel selanjutnya lebih condong kepada sikap optimistik PM Najib atas kemenangan yang bakal diperoleh BN , tanpa apa-apa rencah tambahan seperti artikel sebelum ini. Untuk rekod, terdapat banyak agensi berita di Indonesia yang selama ini menadah mulut untuk disuap mana-mana pihak dari negara ini yang mahu imej mereka dinaikkan di sana. Anwar Ibrahim sentiasa mendapat tempat.


Kamis, 04/04/2013 16:52 WIB

Pemilu Malaysia Segera Digelar, PM Najib Optimis Menang Telak

Novi Christiastuti Adiputri - detikNews



Kuala Lumpur - Parlemen Malaysia baru saja dibubarkan dan dalam waktu dekat, pemilihan umum (pemilu) akan digelar di Negeri Jiran. Sebagai kandidat incumbent, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengaku sangat optimis akan memenangkan pemilu.


PM Najib membubarkan parlemen pada Rabu (3/4) untuk memberi waktu bagi persiapan pemilu selanjutnya, yang masih belum ditentukan tanggal pelaksanaannya. Namun demikian, PM Najib telah membujuk para pemilih untuk memberinya mandat guna kembali memimpin Malaysia. 



"Kami sangat optimistis bahwa kami mampu memang besar, yang berarti berhasil meraih dua pertiga suara mayoritas," ujar PM Najib seperti dilansirAFP, Kamis (4/4/2013).



"Kami harus bekerja keras demi menuju ke sana dan kami harus memastikan bahwa kami mampu meminimalisir seluruh permasalahan internal partai," imbuhnya. Hal tersebut disampaikan PM Najib menyikapi perpecahan yang terjadi dalam partai yang dipimpinnya, United Malays National Organisation(UMNO). 



Sejak Malaysia merdeka pada tahun 1957 silam, koalisi Barisan Nasional selalu menguasai pemerintahan Malaysia. Namun akhir-akhir ini, keberadaan koalisi yang kuat tersebut terancam dengan menguatnya dukungan terhadap kelompok oposisi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, yang juga mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia.



Kemudian juga semakin meningkatnya biaya hidup dan tingginya angka kejahatan di Malaysia, serta maraknya kasus korupsi menjadi pukulan tersendiri bagi koalisi Barisan Nasional. Untuk mencapai tujuannya, PM Najib pun menyadari dirinya harus bekerja keras mengembalikan citra baik UMNO, yang mendominasi koalisi dari 13 partai di Malaysia ini.



"Selama 4 tahun, kami telah memenuhi seluruh janji kami," ucap PM Najib.



Jadwal pemilu Malaysia akan ditentukan dalam waktu dekat oleh komisi pemilu setempat. Paling lambat, pemilu harus digelar dalam waktu 2 bulan semenjak parlemen dibubarkan. Sejumlah pihak memprediksi, pemilu Malaysia akan digelar pada akhir bulan April ini.

Formula Retorik Turunkan Harga Kereta

Katakan sahaja PR menang PRU13. Tempoh masa setahun pertama bakal dihabiskan dengan perang sesama mereka dalam merebut siapa patut dapat apa. Kemungkinan PAS keluar PR. Iklim politik suram. 

Pelabur tidak lagi berminat menanam pelaburan di negara ini dan pendapatan negara menurun seperti halnya pendapatan negeri Selangor setelah dirampas PR.

Persoalannya, dengan keadaan sedemikian, di mana justifikasi yang melayakkan mereka menunaikan janji pilihanraya mereka yang penuh gah itu?

Lihat sahaja formula penurunan harga kereta di bawah. Ini melibatkan hal kewangan negara dari unjuran pendapatan sedia ada. Pun rugi. Apatah lagi apabila pendapatan negara menurun?