Saturday, January 12, 2013

Demokrasi Negara Catat Sejarah. Lanjutkan Transformasi. Undilah Barisan Nasional.

Kalau cuma seramai itu sahaja yang boleh mengisi stadium yang berkapasiti penonton 30,000 itu tanpa sekatan pihak berkuasa, jangan lagi pakai nama RAKYAT. Kalau dicampur pengundi DAP seluruh Ipoh Timor dan Ipoh Barat pada PRU lepas sekali pun, jumlahnya lebih ramai dari HKR 2012. Rakyat Malaysia bukan 100,000. Itu 0.3% dari penduduk negara ini. Itu cuma 2.5% dari pengundi Pakatan Rakyat pada PRU 2008. Mana 97.5% lagi?  Itu pun kalau benar-benar 100,000. Kalau jumlah sebenarnya kurang dari itu? Di katakan Anwar Ibrahim naik pentas jam 4.20 petang. Sangsi. Adakah peserta perhimpunan semakin susut?

Akhirnya terfikir pula betapa demokratiknya pemerintah negara ini. Negara telah berubah. Fanatik Anwar terperangkap dalam masa lalu. Jadi apa isunya untuk tidak mengundi BN atas dasar BN tidak demokratik?


Namun ini gambar yang tersebar versi Pakatan Rakyat. Mengikut ini, tidak kurang dari 100,000. Mungkin sahaja 60,000. Tetapi imej ini dipertikaikan dengan gambar tersebar selepas gambar ini.

Ini dikatakan gambar versi yang sebenar. Ikut logik, mana geng hijau dalam gambar di atas? Tak solat kah?

Ini gambar versi yang tersebar di Twitter.