Tuesday, January 04, 2011

Sinar Kerajaan Perpaduan Bakal Butakan Mata PKR Dan DAP

Teman benci kalangan ahli PAS yang hari ini mengamalkan politik benci demi cinta. Benci orang Islam demi cinta kepada musuh Islam. Benci melulu sehingga apa yang dibuat pemerintah salah. Demer dah tahap Indon. Apa je pasal Malaysia, attack. Sama la dengan demer. Apa je pasal BN, attack.

Tapi tak semua. Bukan semua demer macam tu. Tapi kalau yang berpikiran positif dikalangan demer tidak memberi nasihat kepada mereka yang memikul negativiti dalam kelompok demer, maka boleh lah teman kata teman 'tak gemar'.

Negatif dengan postitif menghasilkan elemen negatif juga. Kecuali elemen negatif dengan elemen negatif bertembung sesama mereka, maka itulah yang menghasilkan elemen positif untuk kita. Macam hukum matematik pulak kan.

Walaubagaimanapun, elemen positif yang mendukung Kerajaan Perpaduan atau Unity Government dalam PAS merupakan sesuatu yang mempunyai kuasa yang sangat besar. Jauh lebih besar dari elemen negatif yang banyak bunyi secara melulu dalam PAS itu sendiri.

Mereka mempunyai kuasa untuk menenggelamkan tongkang-tongkang penentang perpaduan Melayu Islam di negara ini. Para penentang ini dikatakan rela dihempas badai Unity Government dan menanti diselamatkan oleh tongkang DAP.

Teman tak pernah lari dari konsistensi teman menulis pada Selasa 29 Julai 2008 dengan tajuk Ke Arah perpaduan Islam Hakiki seperti yang disarankan oleh Mufti Perak pada waktu itu.

Teman berani cakap, PAS akan mendapat lebih kerusi Parlimen sekiranya bersatu dengan UMNO dan Barisan Nasional walaupun berbeza parti kerana orang Melayu Islam tidak mahu mengundi PAS hanya kerana hubungan PAS dan DAP yang terlalu 'obvious' sedangkan orang Melayu Islam sedar, DAP tidak mempunyai maksud hati yang baik terhadap orang Islam di negara ini.

Maka bersyukurlah teman ke hadrat Allah SWT apabila hati beberapa pemimpin PAS dibuka untuk melihat betapa hanya dengan menyatukan Muhajirin dan Ansar, Rasulullah berjaya membina sebuah negara Islam yang mantap lagi berjaya.

Maka sinar untuk melihat BN dan PAS bergandingan memerintah negara ini melalui Unity Government semakin kelihatan. Untuk bacaan lanjut komer boleh rujuk :

The Malaysian Insider
Blog Pusaka Ayahnda
Harakahdaily

Menyingkap Buruk Laku Indonesia Terhadap Malaysia

Teman semakin hari semakin getik dengan keletah rakyat Indonesia di bumi mereka. Mereka bertindak di luar minda orang cerdik dan orang cerdik di kalangan mereka tidak pula menasihati budak-budak tak cerdik di kalangan mereka agar bersifat lebih cerdik.

Kebongokan seluruh hirarki masyarakat mereka membuatkan perkataan "Malingsia" atau 'rantau pencuri' menjadi popular digunakan oleh dosen-dosen (pensyarah-pensyarah) Universiti, hingga budak-budak SD (Sekolah Rendah).

Ini mungkin satu hari nanti bakal menjadi trend yang diizinkan. Pemimpin merelakan, rakyat menggunakan, dan kita di sini terpukul dengan penghinaan, tetapi tetap menggaji warga mereka untuk makan masakan ludahan.

Teman kesian dengan si Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat, Fakultas Kedokteran,Universitas Padjadjaran Bandung yang mengaku menanggung akibat dek perbuatan budak nakal di negara ini bermain laser dalam perlawanan penting yang teman pun tak setuju.

Tetapi teman tak pulak terfikir untuk melakukan perkara yang sama untuk 13,000 pelajar Indonesia di Malaysia. Itu dua kali ganda dari jumlah pelajar Malaysia di Indonesia. Bukan kerana takut. Sorry lah kalau kata teman takut. Tapi ini prinsip Malaysia yang bebas dan terbuka.

Bebas dan terbuka tidak bermakna kita boleh mengutuk kaum lain, bangsa lain, warganegara lain. Jika itu berlaku, teman tak jamin lah konsekuensinya. Kita hidup dalam toleransi. Bukan penerimaan total seperti adik parti PAS abang parti UMNO yang bersalam-salaman di pagi raya.

Kebanyakan pelajar Indonesia di Malaysia pula dengan berani menunjuk nasionalis mereka di tanah bebas Malaysia tanpa rasa takut. Begitu juga Karam Singh Walia yang agak kemelayuan tanpa rasa takut mengutuk Melayu sakai lancau bodoh segalanya ketika mabuk. Inilah Malaysia.

Tetapi anak Malaysia di Indonesia, ditekan para pelajar lain, pensyarah-pensyarah nasionalis buta perut dan masyarakat sekitar. Maka buat apa melangguk lagi di tempat mereka?

Teman, dalam Facebook peribadi teman, teman telah membuang lebih 90 'friends' berwarganegara Indonesia kerana sentimen nasionalis mereka tidak menghormati sesiapa pun. Teman tak rugi. Teman dengan rela membatalkan tiket penerbangan tahun ini ke Indonesia di bulan Mac dan Jun. RM200 tak dapat menebus rasa sakit hati teman pun.

Teman boikot mereka kerana teman nampak, dari tukang bakso hingga para pemimpin termasuk para profesor, dari tok imam sampai bekas narapidana (banduan) semuanya menyukai dan meredhai Malaysia dinamakan 'rantau pencuri'.

Pada mulanya memang mereka di kota-kota sahaja terpengaruh. Namun setelah doktrin ini disuntik di sekolah-sekolah, universiti-universiti, radio dan tv, maka ianya menyusup ke kampung-kampung. Yang tidak bersetuju akan diam dan mati kering.

Untuk menyuntik semangat nasionalisma kepada rakyat mereka yang semakin luntur akibat inferioriti menjadi penghuni negara terkenal korupsi dan tiada pencapaian yang hendak dibanggakan, Malaysia dijadikan kambing hitam. Ini telah bermula sejak tahun 2006 dan ini sangat tidak bertamadun bagi sebuah negara di atas bumi ini. Kalau di Marikh teman tak tahu.

Teman nak bawak contoh Thailand yang memang dalam Facebook kita, tak pernah ada atau kurang sangat kawan-kawan dari negara tersebut walaupun dari mereka yang berketurunan Melayu Islam selatan Thailand.

Walaupun kita ada sejarah berperang dengan mereka selama 500 tahun sehinggalah segalanya berakhir awal abad yang lalu, Thailand tidak pernah menuduh kita mencuri budaya melalui kebudayaan Kelantan mahupun Kedah kerana mereka tahu bahawa kebudayaan tidak mengenal batas negara di rantau ini. Walaupun mereka tidak Islam dan tidak berbahasa Melayu, mereka berpijak di bumi nyata.

Malah, jika kita melancong ke Thailand, kita dilayan sangat baik dan teman pernah naik bas berhenti-henti dari Hatyai sampai Phuket seorang diri tanpa rasa takut, malah tidak pula dihina kerana teman dari Malaysia. Layanan di motel-motel persendirian juga tidak membezakan teman dengan kaum kulit putih.

Jadi mengapa kita perlu memandang Indonesia? 'Golongan cerdik pandai' mereka pun hakikatnya tidak jelas sama sekali secerdik mana.

Harga Minyak Dunia Kembali Naik Mendadak!

Harga minyak mentah menghampiri US$92 per barrel di Asia dalam dagangan Isnin di mana para pedagang sedang menilai sejauh mana kenaikan ini akan berterusan dan mencetus inflasi sehingga permintaannya kembali menurun sekaligus memperlahankan pemulihan ekonomi dunia.

Ini merupakan paras harga tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Nilai ini merupakan kenaikan yang sememangnya di duga dan banyak negara telah mengambil langkah menaikkan harga bahan bakar tersebut.

Malaysia yang dijangkakan akan mula mengimport minyak mulai tahun ini kerana penggunaan yang melebihi pengeluaran akan berhadapan krisis harga minyak yang baru akibat kurangnya pemahaman kepenggunaan oleh masyarakat.

Sebagai negara pengimport minyak, Malaysia tidak mungkin lagi akan bertahan untuk mengekalkan harga petrol serendah hari ini kerana ianya merupakan langkah yang akan mengakibatkan negara muflis dalam tempoh yang sangat pantas.

Kenaikan harga minyak yang bersekali dengan status negara sebagai pengimport minyak, tidak dapat tidak menggambarkan bahawa harga bahan bakar untuk kenderaan akan naik dalam tahun ini melainkan trend kenaikan harga minyak dunia berubah menjadi sebaliknya.

Oil rises close to US$92 in Asia trade Monday

SINGAPORE: Oil prices rose to near US$92 a barrel Monday in Asia as traders mulled how high crude can go before it sparks inflation that slows demand and the global economic recovery.

Benchmark oil for February delivery rose 30 cents to $91.68 a barrel midday Singapore time in electronic trading on the New York Mercantile Exchange. The contract rose $1.54 to settle at $91.38 on Friday.

Oil traded in the $70 for most of last year before jumped to a two-year high above $92 in December on signs of strong crude demand in emerging economies such as China. Oil averaged $79.72 a barrel in 2010.