Tuesday, February 16, 2010

Antara Masjid Ko Phi Phi Dan Masjid Kinrara

EDISI BALIK KEMBARA

Anda pernah mendengar Ko Phi Phi? Terletak dalam wilayah Krabi dan kedudukannya antara Ko Lanta, Pekan Krabi dan Pulau Phuket, Ko Phi Phi sangat indah diciptakan Allah untuk menzahirkan kehalusan definisi pantai yang indah bagi citra selera manusia.

Di Ko Phi Phi Leh, yang merupakan 'anak' kepada Ko Phi Phi Don, iaitu Ko Phi Phi yang lebih besar, Leornado Di Caprio telah diambil untuk melakonkan watak Richard dalam filem The Beach keluaran tahun 2000 yang menceritakan pengembaraan seorang anak muda yang mencari pantai paling indah dan tak terusik oleh siapa-siapa di dunia. Lokasi filem tersebut memilih Mahyah Bay, sebuah teluk yang dikelilingi oleh tunggul-tunggul batu kapur yang terletak di Ko Phi Phi Leh.

Mahyah Bay di Ko Phi Phi Leh, lokasi penggambaran The Beach.


Berbalik kepada Ko Phi Phi, pulau yang asalnya bernama Pulau Api-Api, merujuk kepada jenis pokok bakau yang terdapat di situ, mula didiami oleh nelayan berketurunan Kedah sejak ratusan tahun lalu. Pada tahun 1940an, peladang kelapa dari tanah besar yang juga dari keturunan Kedah membuka kawasan tanaman kelapa di situ.

Hari ini, dilantai barisan pepohon kelapa berusia puluhan tahun, telah padat dengan rumah tumpangan, restoran, bilik sewa, bar, cafe, rumah urut dan berbagai lagi kemudahan pelancongan. Penduduk asal beragama Islam berketurunan Kedah di sini memperoleh pendapatan dengan membawa bot-bot panjang untuk para pelancong menyewa dengan kadar harian. Mereka tidak lagi tahu berbahasa Melayu hatta ayat paling mudah.

Apa yang menarik, di sebuah pulau yang mana umat manusia yang bertenggek di atasnya mampu mencecah 5000 orang pada satu-satu masa, hanya 500 hingga 1000 orang merupakan penduduk asal pulau ini. Namun, sebuah masjid yang agak besar dan nyata telah wujud di situ.

Lebih membingungkan, ditengah-tengah kawasan yang telah menjadi sebuah perkampungan komuniti kulit putih yang ada diantara mereka telah berbulan menyadaikan diri di situ, laungan azan dari Masjid Ko Phi Phi (lihat gambar paling atas), tidak pernah gagal untuk diperdengarkan melalui corong menara masjid, hingga seluruh kawasan landai dan padat permatang Tongsai, kawasan yang menempatkan 90% pelancong di Ko Phi Phi ini mampu mendengarnya 5 kali sehari.

Permatang Tong Sai di Ko Phi Phi sejurus selepas Tsunami, hari ini, ia kembali padat dengan premis-premis perniagaan dan penginapan.

Walaupun sepanjang 'high season' dari November hingga April, pulau ini dipenuhi dengan dengan golongan yang bukan beragama Islam berbangsa Eropah pada kadar mencapai 80% dari keseluruhan umat manusia, tiada bantahan supaya azan tidak dilaungkan.

Aneh, di negara kita Malaysia, di mana populasi penduduk Islam telah mencecah 68%, telah wujud golongan yang buta hati, kotor, busuk dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat, dipilih untuk mewakili sesebuah bangsa yang sesetengahnya mempunyai satu agenda. Hentam Islam dari setiap sudut termasuk laungan azan yang dikatakan mengganggu.

Adakah trend menolak kematangan berfikir dan mendakap sentimen perkauman ini mahu dipakai sebagai acara politik? Jika ya, kita semua mengetahui, pihak manakah yang sebenar-benarnya bersifat perkauman dan berbahaya.

Sesungguhnya, tidak seorangpun rakyat Malaysia layak untuk memakai kewarganegaraan negara ini jika mereka terus menyokong golongan chauvinist, anti-Islam, diskriminasi dan bersifat membolot apabila kuasa terlepas ke tangan mereka.

Mereka-mereka ini melindungi sifat perkauman mereka dengan lekas-lekas menuduh pihak lain bersifat perkauman agar fitnah mereka didengari terlebih dahulu sebelum fakta hujah pertuduhan menjadi ayat bela diri yang akan mereka manipulasi semata-mata. Dolak-dalik mereka sangat mudah dibaca dan mereka hakikatnya tidak pandai seni politik dan dungu.

Ko Phi Phi terus membangun walaupun 2000 orang maut semasa tsunami 2004. Azan terus berkumandang di permatang Tongsai yang umat manusianya terdiri dari 80% pelancong asing, di sebuah negara yang dikepalai oleh seorang Raja yang amat berhati-hati terhadap hati kaum minoriti yang patuh kepadanya.

Masjid-masjid baru di Krabi terus tumbuh dengan saiz yang sangat besar, sehingga sesebuah gugusan kampung-kampung yang berpenduduk 2000 orang mempunyai masjid sebesar Masjid Jamek Kuala Lumpur. Azan terus berkumandang di negara yang mengangkat ajaran Buddha-Hindu sebagai agama teratas dalam bayangan sekularisma terpimpin pada perlembagaannya.

Tetapi di Malaysia, ada pihak berjiwa syaitan yang wajar diberi ingatan dan mungkin sedikit pengajaran tidak akan menjejaskan sesiapa demi masa depan anak bangsa Malaysia yang kini diacah senakalnya oleh golongan parasit ini.

Masjid yang baru di bina di pantai peranginan Phra Nang yang masih terletak di bawah daerah Ao Nang, dalam wilayah Krabi.

Masjid di Nong Thale, Route 4034 berhampiran simpang ke Route 4023.

Masjid Al-Aman di Ao Nang yang terletak di Route 4023.

Antara Krabi Dan Pulau Pinang

EDISI BALIK KEMBARA


Amat menghairankan bila kita lihat bandar-bandar di Thailand suasananya bersih walaupun negaranya dianggap kurang maju berbanding Malaysia dari segi prasarana. Tetapi itu mungkin itu anggapan orang yang mendengar kisah dari mulut ke mulut.

Penulis baru pulang dari bercuti di Ko Phi Phi, Krabi. Sepanjang jalan dari Hat Yai ke Krabi, laluannya melewati kampung-kampung dan penempatan orang-orang Islam berketurunan Melayu tetapi hanya berbahasa Thai.

Kepadatan pelancong asing di Krabi, Ao Nang dan Phi Phi berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, kawasan paling ramai pelancong Eropah di Malaysia.

Tetapi, amat menakjubkan. Pemerintah Thai tidak pula meroboh gerai-gerai kecil peniaga Islam di sana walaupun adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap hygeniknya dengan spesifikasi yang boleh dibuat dengan pertimbangan otak.

Kita sedia maklum bahawa negara Thai mempunyai pemerintah berpaksikan bangsa Thai dan agama Buddha. Namun mereka tetap berbangga kerana memiliki rakyat yang gigih berniaga. Mereka tetap benarkan peniaga tidak kira apa agama sekalipun, untuk mencari rezeki dengan kehadiran pelancong asing yang ramai di sana.

Maka jika dilihat di pantai Ao Nang, kita akan kagum dengan kegigihan peniaga-peniaga Islam berketurunan Melayu yang menjalankan perniagaan dipinggir jalan yang penuh dengan pelancong-pelancong Eropah.

Apa ada pada Pulau Pinang? Selain pihak Majlis Perbandarannya yang sangat jauh ketinggalan kerja kerasnya jika dibandingkan hatta dengan dengan Hat Yai, (kecuali dalam memeras cukai dari rakyat) yang paling jelas ialah mereka menurut kepada kepala negeri 'import' mereka yang memerintah seperti pewaris dinasti raja.

Tanjong Tokong yang kotor lautnya, tidak rela untuk hatta dicelup kaki ke dalamnya, dan keindahannya yang tersisa sekalipun tak akan mampu menarik pelancong sepadat Ko Phi Phi, Ao Nang, Railay, Ko Lanta dan sekitar daerah Krabi. Namun banyak gerai peniaga tempatan di Tanjong Tokong sedang dan akan diruntuhkan.

Jika dibandingkan dengan pemerintah Thai, nescaya kita tidak dapat menerima hakikat bahawa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang ternyata bongkak, ingin memenuhi kantung sendiri dan tidak membawa apa-apa perubahan, malah membawa kerosakan yang lebih lagi terhada tata ketamadunan setempat.

Malah menjadi ironik pula apabila melihat kerajaan yang bergerak dengan mementingkan bahasa Cina dialek Hokkien idi sebuah negara yang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi, melakukan penindasan yang tergopoh-gapah ke atas masyarakat Melayu yang merupakan majoriti 67% penduduk di negara ini. Memang benar Melayu hanya 40% di Pulau Pinang tetapi apa yang dibuat oleh Kerajaan Hokkien pimpinan LGE membuahkan rasa benci majoriti umat Melayu di Malaysia.

Ibarat penjajahan Francis Light kembali ke Pulau Pinang. Tetapi kali ini Francis Light kuning langsat tidak berjambang dari Melaka. Penindasan terhadap peniaga Melayu Islam telahkelihatan akan bukan sahaja kepada melayu Islam, malah nanti, ke atas India Muslim dan peniaga makan India kecil-kecilan.

Untuk mengatakan bahawa pemandangan gerai buruk tidak hygenik dan segalanya dalam justifikasi meruntuhkan perniagaan orang Melayu di Pulau Pinang mungkin dusta semata-mata kerana dari perspektif umum, jelas Guan Eng mahu membolot segala peluang yang ada sementara dia belum tersingkir dari Pulau Pinang.

Jadi, mengapa ketelusannya dan CAT nya belum ada yang mahu pertikaikan dengan lantang?

Sesungguhnya, ingatlah, Lim Guan Eng amat berbahaya.



Peniaga Islam di medan selera pinggir muara Krabi


Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi.

Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi.

Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi, di kawasan yang sesak dengan pelancong asing.