Friday, June 22, 2012

Tolak UMNO? Tolak RM 3 Billion Dulu..



Ramai penganut agama PR di negara ini melaung-laungkan slogan Asal Bukan UMNO yang dicetuskan oleh Anwar dan antek-anteknya tanpa menyedari mereka diperbodohkan dengan satu kenyataan yang menyedihkan.


Jika Anwar benar-benar ikhlas dengan seruan menolak UMNO, mereka yang mempunyai otak dan keupayaan berfikir pastinya hairan dengan bagaimana pula wang berbillion dalam simpanan Anwar yang disapu ketika dia masih dalam UMNO?

Bapa Korupsi Negara ini tidak pernah pula cuba untuk menolak kekayaan yang diperolehinya ketika di dalam UMNO. Jika benar kebenciannya terhadap UMNO terlalu tinggi, sila lupuskan juga kekayaan yang anda peroleh semasa di dalam UMNO.

Ramai yang kini mengetahui betapa korupnya Anwar ketika menjadi TPM. Ini adalah hakikat tersembunyi yang semakin terserlah.


Thursday, June 21, 2012

Nasib Sekolah Agama Rakyat Lebih Baik Di Kawasan BN


Diskriminasi terhadap pendidikan Islam amnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya, jelas kelihatan di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kerajaan negeri dikuasai BN. Keberanian Pakatan Rakyat menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman, Pengkalan Pegoh, Ipoh menunjukkan mereka serius dalam menyekat pengembangan pendidikan Islam di negara ini walaupun mengabui pengundi Pulau Pinang dengan kenaikan elaun guru KAFA dan sebagainya.

Di negeri majoriti Melayu, PAS mempertonjolkan mereka lebih Islam antara mana-mana orang Islam dan di kawasan majoriti Cina, PAS akan meampakkan diri mereka lebih Cina dari mana-mana orang Cina.

Nilaikan melalui gambar di bawah :

Sekolah Agama Rakyat Taman Perpaduan yang terletak dalam parlimen BN.

Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman yang terletak di dalam parlimen PR. Mana sekolahnya? Belum buat kerana ditentang oleh PAS atas desakan DAP dan PKR. Kelihatan penduduk memprotes tindakan PR bermati-matian menentang pembangunan sekolah tersebut.

Untuk Rekod, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng yang membantah pembinaan SAR Taman Desa Aman ini adalah antara individu PKR yang menyokong sebuah kumpulan penyokong kemurtadan yang berpusat di Singapura di dalam Facebook.

Lagi Pembelaan Indonesia Ke Atas Penjenayah Warganegaranya.

Berbeza dengan pujian pembaca Indonesia yang mahu polis Indonesia mencontohi polis Malaysia menembak mati penjenayah bersenjata api yang terbukti melepaskan tembakan, pemerintah Indonesia nampaknya mengambil sikap sebaliknya.

Mereka membantah perompak 'kiriman' mereka ke negara ini ditembak mati. Cukup menghairankan. Kita seharusnya kini dapat memahami peranan pemerintah Indonesia sendiri dalam membantu meningkatkan indeks jenayah di negara ini.

Tetapi rakyat kita sendiri yang lalai dan terus menggaji tenaga kerja dari negara tersebut dan berputih mata apabila menjadi mangsa pembunuhan, rompakan, jenayah dan perbuatan celaka penjenayah mereka yang terang-terangan dibela oleh pemerintah Indonesia.

Bukankah ini merupakan ancaman terang-terangan kepada rakyat negara ini?


Tembak 3 WNI, Malaysia Lakukan Pelangggaran HAM Berat
Muhammad Taufiqqurahman - detikNews
Kamis, 21/06/2012 08:00 WIB 
Jakarta Tindakan aparat Malaysia yang menembak 3 warga negara Indonesia (WNI) di Selangor
terus menuai kecaman. Anggota Komisi IX DPR RI Poempida Hidayatulloh menilai tindakan Malaysia tersebut sebagai pelanggaran HAM berat. 
“Saya meminta pemerintah RI untuk segera memberikan sanksi politik terhadap pihak Malaysia dan memproses secara hukum tindakan-tindakan yang menurut sudut pandang saya terjadi pelanggaran HAM berat,” ujar Poempida saat dihubungi detikcom, Kamis (21/6/2012). 
Menurut Poempida, pemerintah harus segera bertindak, untuk mencegah hal serupa terjadi lagi. Poempida juga berpendapat agar pemerintah segera menghentikan pengiriman TKI ke Malaysia.
“Pemerintah harus segera memulangkan TKI di Malaysia sebagai tindakan protes keras bagi pemerintah Malaysia,” tegasnya. 
Sebelumnya Poempida juga sudah menyurati Kemenlu RI tentang kejadian penembakan yangh terjadi pada bulan April dan meminta klarifikasi sampai sejauh mana pihak KBRI di Malaysia menyiapkan tim advokasi untuk kasus penembakan yang terjadi bulan april lalu. 
“Sampai saat ini belum ada respon dari KBRI di Malaysia dalam isu terkait,” ujarnya.
Hal ini terjadi dikarenakan memang pada kejadian sebelumnya tidak adanya tindakan yang keras dari pemerintah Indonesia. 
“Tiadanya tindakan pemerintah RI tidak memberikan efek peringatan yang membuat jera pihak Malaysia,” tukasnya.

Rokok John dan Luffman Diseludup Melalui Singapura!

Penggunaan rokok contraband atau rokok seludup pasaran gelap di negara ini amat membimbangkan. Jenama Canyon, John, Luffman, Zon King dan Paradox menjadi pilihan perokok tegar negara ini dan kandungannya sudah tentu meragukan. Sedangkan rokok berkeizinan pun memudaratkan kesihatan, apatah pula rokok tanpa izin.

Umum mengetahui bahawa di Indonesia, pemulung atau pengutip sampah, turut mengutip puntung-puntung rokok untuk dikitar semula. Apakah rokok-rokok murah ini adalah hasil dari rokok-rokok kitar semula?

Terbaru, akhbar The Star mendedahkan dua jenama rokok seludup tersebut Luffman dan John yang dikilangkan di Batam, Indonesia masuk ke Malaysia melalui Singapura! Negara yang harga sebungkus rokoknya sekitar RM20!


Thursday June 21, 2012
Batam-produced fags imported and sold below minimum price 
BATAM (Indonesia): A factory at the Citra Buana Industrial Park here is manufacturing thousands of illicit cigarettes daily for sale in Malaysia. 
Starprobe has found that the cigarettes using the Malaysian brand John are brought in via Singapore and sold well below the mandated minimum price of RM7, which explains their popularity. 
The factory displays no signboard, only the lot number, unlike two nearby cigarette factories, which produce Luffman and Rock brands mainly for the local market. 
An official from the factory producing Luffman cigarettes said the company had also taken orders from Malaysia although its main concentration is the Indonesian market, where its packets of 20 are sold for the equivalent of between RM2 and RM5.

Wednesday, June 20, 2012

Kenyataan Akhbar Persatuan Halak Mandailing Malaysia


KENYATAAN AKHBAR
PERSATUAN HALAK MANDAILING MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 19 JUN 2012
KUALA LUMPUR 19 Jun 2012 – Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia) no daftar ROS 3637-11-NSE,  ingin membuat pencerahan atau penjelasan sejelas-jelasnya berhubung atau berkaitan isu budaya Gordang Sambilan Mandailing (Gendang Sembilan Mandailing) dan tarian Tor Tor Mandailing yang menjadi kontroversi di Indonesia mulai Sabtu lalu sehingga hari ini.
Dengan perasaan rendah diri dan keinginan yang tinggi untuk melihat hubungan Malaysia-Indonesia sentiasa baik, jernih dan akrab, maka pencerahan di pihak Mandailing Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Bahawa Persatuan Halak Mandailing Malaysia, dan kira-kira 500,000 masyarakat Mandailing di Malaysia, secara tegasnya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, yang dalam kenyataannya di Singapura semalam, menegaskan bahawa kerajaan Malaysia akan tetap mendaftarkan Gordang Sambilan Mandailing dan Tor Tor Mandailing sebagai budaya warisan masyarakat Mandailing, mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.
  2. Bahawa Persatuan Halak Mandailing Malaysia dan seluruh masyarakat Mandailing Di Malaysia sangat terharu ketegasan YB Menteri itu dalam mempertahankan perjuangan masyarakat Mandailing di Malaysia itu.
  3. Bahawa Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada semalam 18 Jun 2012 dan hari ini telahpun mengambil langkah segera dengan memberi kenyataan pencerahan atau penjelasan panjang lebar mengenai isu tersebut kepada beberapa TV, radio, akhbar dan majalah di Republik Indonesia, selain turut bekerjasama memberi input atau informasi tepat kepada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur. Antara televisyen dan radio popular Indonesia yang membuat lintas langsung perbualan dengan beliau adalah RCTI dan TV One, selain Radio Elshinta  yang terbesar jumlah pendengarnya di Indonesia.
  4. Mandailing Malaysia juga ingin menegaskan, sebagai latar belakang kontroversi yang tercetus di Indonesia berikutan berita Bernama yang memetik kenyataan YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada sidang akhbar selepas program Perhimpunan Anak-Anak Mandailing di Dewan Seri Siantan, Batu Caves, Selangor pada Khamis, 14 Jun 2012, BAHAWA laporan Bernama tersebut adalah tepat dan tiada sebarang kesalahan.
  5. Dan ditegaskan, bahawa  kenyataan YB Menteri tersebut merupakan respons beliau kepada ucapan Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada program itu, yang meminta pihak kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya mengiktiraf kebudayaan Mandailing khususnya Gordang Sambilan (Gendang Sembilan) dan tarian Tor Tor Mandailing setaraf atau setara dengan kebudayaan lain seperti Jawa, Minang, Bugis, Cina, India dan lain-lain di Malaysia.  Ketika itu, saudara Ramli juga menyatakan harapannya suatu masa nanti agar kebudayaan Mandailing terutama Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dapat ditonton atau disaksikan oleh rakyat Malaysia dalam acara besar atau program rasmi kerajaan.
  6. Bahawa dua budaya dan seni yang diperjuangkan oleh Mandailing Malaysia, dan masyarakat Mandailing di Malaysia itu adalah Gordang Sambilan Mandailing dan Tor Tor Mandailing milik suku kaum Mandailing yang berleluhur atau asalnya dari Sumatera, bukannya Tor Tor Batak Toba atau Batak Karo serta bukannya Gordang Topap di Angkola. Malah tokoh adat Batak Toba, Bapak Parangin Angin yang digandingkan dengan Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan dalam lintas langsung  siaran TV One jam 9.30 – 10.00 malam tadi, MENGAKUI  bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dengan apa yang dimiliki oleh suku kaum Batak Toba dan Karo.
  7. Sebelum mengutarakan atau mengusulkan secara rasmi permintaan mengangkat martabat kedua-duanya kepada kerajaan pada Khamis lalu, Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada Disember 2011 telah pun mendapatkan pandangan dan sikap masyarakat dan tokoh adat Mandailing  di Sumatera Utara meliputi Kabupaten Mandailing Natal (Madina), Padang Sidempuan, Padang Lawas Utara (Paluta) dan Pemerintah Kotamadya Medan. Malah beliau dan rombongan juga menemui Bupati-Bupati (Pegawai Daerah) serta Walikota (Datuk Bandar) di daerah-daerah terlibat.
  8. Hasil lawatan itu, suka cita dimaklumkan bahawa secara umumnya pemerintah di daerah-daerah Mandailing menyokong usaha Mandailing Malaysia untuk mengangkat budaya masyarakat itu di Malaysia dan ke peringkat internasional, supaya ia tidak pupus dan tinggal nama atau menjadi sejarah semata-mata. Malah, Bupati-Bupati dan Walikota terlibat atau perwakilan mereka seramai hampir 30 orang dari daerah terlibat, juga hadir untuk menyatakan sekali lagi tanda sokongan mereka pada Mesyuarat Agung (Annual General Meeting)pertama Persatuan Halak Mandailing Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Nilai, Negeri Sembilan pada 28 Januari 2012.
  9. Bahawa Mandailing Malaysia bagi pihak masyarakat Mandailing berwarganegara Malaysia yang sudah eksis atau tinggal di tanah air Malaysia yang tercinta ini sejak 200 tahun lalu, telahpun memperjuangkan Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing sejak lebih 30 tahun lalu. Dan, kami akan terus memperjuangkan supaya kebudayaan kami ini terus dikembangkan dan diangkat ke tahap yang lebih tinggi setahap dan setara dengan budaya suku kaum lain, dengan satu niat – iaitu semata-mata atas dasar menghargai, mempertahan dan mengembangkan budaya sendiri atau pendeknya mahu melestarikannya supaya ia tidak pupus atau hilang.
  10. Bahawa Mandailing Malaysia ingin merayu rakyat Indonesia, khususnya dari suku kaum Mandailing di Sumatera Utara supaya terus mendukung atau menyokong perjuangan ini. Ia tetap menjadi milik bangsa Mandailing walau di manapun mereka berada di seluruh dunia, dan kami di Malaysia mengakui bahawa kedua-duanya itu berasal-usul dari tanah kelahiran moyang kami di tanah Mandailing, Sumatera Utara. Itu pasti!
  11. Bahawa ditegaskan perjuangan kami ini tidak ubah sepertinya orang Cina di Indonesia yang memperjuangkan budaya mereka dipertunjukkan di hadapan umum. Dan ia berjaya setelah kejatuhan Orde Baru dan timbulnya reformasi serta diperakui atau diiktiraf oleh mantan Presiden Indonesia, Almarhum Gus Dur @ Bapak Abdulrahman Wahid. Adakah dengan perakuan pemerintah Indonesia itu, maka Indonesia telah “klaim” budaya Cina itu, jawabnya sudah pasti tidak. Begitu juga kami masyarakat Mandailing dalam perjuangan ini.
  12. Berhubungan dengan pendaftaran Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005,  yang disebut oleh YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia baru-baru ini, semua pihak termasuk di Indonesia boleh menyemak dan meneliti sendiri kandungan akta tersebut di Iaman web di Internet, bahawa ia secara jelas memperakukan setiap yang didaftar itu, hak pemilikannya adalah kepada pemilik asal. Itu jelas dan terang dan tidak usah dimanipulasi.
  13. Dengan perakuan dan pendaftaran itu, maka pemerintah Malaysia akan berusaha melestarikan keduanya iaitu Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dan sudah pasti menyediakan peruntukan kewangan secukupnya untuk mengembangkan dan mengangkatnya ke peringkat nasional setara dengan budaya kaum lain di Malaysia.
  14. Bahawa kami di Mandailing Malaysia berharap keributan yang tercetus di Indonesia ini tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi pertimbangan Kerajaan Malaysia dalam usaha mengangkat dan memberi perakuan kepada budaya dan keseniaan masyarakat Mandailing di negara ini.
Akhir sekali, kami bagi pihak Mandailing Malaysia berharap rakyat kedua-dua negara akan terus menjalin hubungan baik, meningkatkan keakraban silaturrahim dan memantapkan ukhuwah bersama umat di kedua-dua negara.
Horas.
Dikeluarkan oleh,
RAMLI ABDUL KARIM HASIBUAN
Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia

Anwar Nyanyi Lagu Broery Di Sabak Bernam







Jerebu Pulih Bersifat Sementara?

Walaupun jerebu tebal yang melanda minggu lalu menipis setelah kebakaran di Rokan Hilir dipadamkan oleh hujan pada pagi Ahad lalu, ia tidak memadamkan kebakaran hutan yang masih wujud merata-rata di kawasan Riau.  Kualiti udara yang pulih sementara di Semenanjung masih berupaya untuk memburuk semula kerana asap jerebu kini di alih oleh tiupan angin tenggara yang sementara.

Monsun pada waktu ini ecara konsistennya dipengaruhi oleh angin barat daya. Kelihatan dari imej satelit di bawah, asap masih lagi mencemari udara timur Sumatera dan sekembalinya angin kepada posisi tiupan asalnya yakni dari barat daya, maka jerebu akan kembali lagi, kecuali kebakaran tanah ladang dan hutan di Riau dapat dipadamkan.

Untuk rekod, musim kering sedang melanda Sumatera dan pada musim ini, aktiviti membakar luar kawalan dilakukan di ladang-ladang bagi menyuburkan tanah.


Imej dari Jabatan Meteorologi Singapura


Imej kebakaran di Riau

Pembaca Indonesia Puji PDRM Tembak Mati 3 Penjenayah Mereka

Pelik tapi benar. Peningkatan jenayah rompak ke atas pasar mini di Jakarta mendorong rakyat Indonesia memberi ulasan berbeza  berbanding kebiasaannya apabila berita 3 orang penjenayah warga Indonesia ditembak mati di Rawang semalam, sampai ke pengetahuan mereka.

Ini berbeza dengan kejadian 3 perompak Indonesia ditembak di Port Dickson Mac lalu yang menimbulkan rasa kurang senang mereka terhadap tindakan PDRM di mana Migrant Care, NGO yang dibiaya parti pembangkang negara ini menuduh berlaku pencurian organ ke atas perompak yang maut di Port Dickson itu.


3 WNI Tewas Ditembak Polisi Malaysia Saat akan Merampok

Rita Uli Hutapea - detikNews
Rabu, 20/06/2012 09:55 WIB
Kuala Lumpur, - Lagi-lagi berita buruk mengenai WNI di Malaysia. Tiga pria diyakini WNI, tewas dalam baku tembak dengan polisi saat mencoba merampok sebuah rumah milik seorang kontraktor. ( ita / nrl )


pokeriderabout an hour ago
harus ditiru polisi Indonesia tuh..  daripada menuh2in penjara, yang ngasih makan juga pemerintah. penghematan besar . Adalah suatu kemungkinan seorang penjahat bisa bertobat, TAPI ADALAH SUATU KEPASTIAN SEORANG PENJAHAT BERHENTI BERBUAT KRIMINAL DENGAN DIMATIKAN

Indra Lieabout an hour ago
ternyata maling it bukan malay, tapi indo

wahyu_muktiabout an hour ago
ya rampok-2 seperti ini harus dimusnahkan dari muka bumi ini krn membahayakan jiwa warganegara yg baik tak peduli pelakunya WNI yg nembak polisi malaysia, klu di Indonesiapun orang-2 ini juga akan nggarong 

Anti_Corruptabout an hour ago
Apa kita sewa Polisi Malaysia untuk mengamankan Minimarket dan toko emas Jakarta dari para Rampok...

Galaxie Andromedaabout an hour agobagus emang musti mampus rampok brsenjata..tiru dong polisi indon...tembak mati rampok yg bunuh satpam ipb jng kasih ampun...













Pesona Isiabout an hour ago
yang namanya rampok kalo melawan aparat apalagi dengan senjata api...ya harus di dor, emangnya Indon...polisinya cuman taunya gemukin rekening aja...ngaca diri dong skali2, tanya apa yang salah dengan negara ini, jangan langsung salahin orang lain. macam lu ga tau indon aja, untuk biaya jihad aja halal ngerampok toko mas, toko sepatu, toko alat bantu sex dll. para o'oners yang komen bela perampok...gimana kalo lu yang di rampok... 

robinson pa ladoabout an hour ago
hrusx di indonesia sprti itu jga,yg rmpok uang rakyat di tmbak mati jg..

aryannaabout an hour ago
jgn protes kalo yg mati ditembak perampok lebih baik mai dsana drpd plg jd rampok disini polisi bs tiru polisi malaysia, tegas tembak mati rampok maling

syaraf_erorabout 2 hours ago
udah bisanya cuma jadi kuli sama babu, eh, ngrampok lagi. kelakuan rakyatnya menggambarkan kelakuan pimpinan negaranya. indonesia bisa !........ hancur....

impjabout 2 hours ago
bravo untuk Polisi Malaysia...jangan sampai perampok2 itu pulang ke Indonesia dan merampok di tanah tua Indonesia hehehee

Chachink VanhelsHinkabout 2 hours ago
bagus lah hukum esekusi lsng Namanya juga rampok hukumnya ya tembak d tempat,,,,setujah lah

Rudyantoabout 2 hours ago
Nahhhh...kayak gini nehh...ini baru namanya Polisi  ...kapan ya Penjahat Koruptor Made In Indonesia di "DORRRR" kayak gene...yang ada juga "DIALEM ALEM" 

Sam1903about 2 hours ago
Ternyata polisi malaysia lebih tegas menegakkan hukum, tembak mati saja para kriminil tsb daripada ntar balik ke indonesia dan merampok juga di sini.

maling08about 2 hours ago
Kalo memang bener2 perampok,masi bs di maklumi.harap polisi indo jg brani tembak mati para perampok senpi yg kerap terjadi.lbh byk korban tewas drpd perampok yg tewas.

rejktabout 2 hours ago
Lagi2 orang indo merampok di Malaysia. Kenapa ya???




Apapun keadaan belum boleh dibanggakan kerana masih ada Migrant Care dan Irene Fernandez yang hidupnya memburuk-burukkan negara ini yang akan mengambil peluang dari kejadian ini demi kelangsungan tembolok mereka.

Untuk rekod, Mac lalu, Migrant Care menuduh 3 penjenayah yang ditembak mati di Port Dickson semasa cuba merompak, telah dicuri organnya. Hasil siasatan mendapati tuduhan tersebut adalah palsu.

Nasib SAR Berbeza Di Parlimen BN dan Parlimen PR

Diskriminasi terhadap pendidikan Islam amnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya, jelas kelihatan di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kerajaan negeri dikuasai BN. Keberanian Pakatan Rakyat menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman, Pengkalan Pegoh, Ipoh menunjukkan mereka serius dalam menyekat pengembangan pendidikan Islam di negara ini walaupun mengabui pengundi Pulau Pinang dengan kenaikan elaun guru KAFA dan sebagainya.

Di negeri majoriti Melayu, PAS mempertonjolkan mereka lebih Islam antara mana-mana orang Islam dan di kawasan majoriti Cina, PAS akan meampakkan diri mereka lebih Cina dari mana-mana orang Cina.

Nilaikan melalui gambar di bawah :

Sekolah Agama Rakyat Taman Perpaduan yang terletak dalam parlimen BN.

Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman yang terletak di dalam parlimen PR. Mana sekolahnya? Belum buat kerana ditentang oleh PAS atas desakan DAP dan PKR. Kelihatan penduduk memprotes tindakan PR bermati-matian menentang pembangunan sekolah tersebut.

Untuk Rekod, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng yang membantah pembinaan SAR Taman Desa Aman ini adalah antara individu PKR yang menyokong sebuah kumpulan penyokong kemurtadan yang berpusat di Singapura di dalam Facebook.

Demi Cium Tumit DAP, PAS Bantah Bina Sekolah Agama Rakyat


Pas, PKR bantah bina SAR

IPOH 19 Jun - Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini.

Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Namun yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah dihasut oleh pihak tertentu.

Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman (gambar) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.

KHAMIS, MEI 31, 2012 
Ahli Parlimen Gopeng Halang Pembinaan Sekolah Agama Rakyat
Tindakan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang sengaja mencetuskan huru hara di Taman Desa Aman diselar oleh penduduk kawasan itu. 
Petang semalam, Boon Chye telah membawa beberapa orang luar yang dipercayai bukan penduduk Taman Desa Aman bagi mengadakan demonstrasi bantahan ke atas pembinaan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) berhampiran taman permainan. 
Berang dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu, hampir 50 penduduk kawasan perumahan berkenaan tampil membuat bantahan selain mempertahankan pembinaan sekolah tersebut. 
Ketua Masyarakat Taman Desa Aman, Mohd Nawawi Che Eik, memberitahu demonstrasi tersebut diadakan bagi membantah tindakan Boon Chye yang dianggap menceroboh tapak SAR dan seterusnya mengganggu pembinaan sekolah tersebut. 
“Kenyataan Boon Chye petang semalam hanyalah satu pembohongan apabila dia mengatakan tapak ini belum diluluskan lagi. 
Baca selebihnya di : PERAK TODAY






Tuesday, June 19, 2012

Manohara Dakwa Tidak Pernah Menikah


Jakarta - Drama itu masih lekat di kepala kita, bagaimana sang ibu, Daisy Fajarina tersedu-sedu di televisi saat meminta bantuan agar Manohara bisa pulang ke Indonesia. Mano mengaku dirinya tak bahagia dipinang oleh putra kerajaan Kelantan Tengku Fakhry.

Selain pelecehan seksual, kala itu diakui Mano dirinya mengalami penyiksaan secara fisik dari sang suami. Melalui pernyataannya di berbagai media televisi awal 2009 lalu pun Mano mengungkapkan, ia juga sempat disekap dan tak dibolehkan pulang ke Tanah Air untuk bertemu dengan ibu dan keluarganya.

Namun setelah melewati berbagai tekanan dari pihak keluarga suaminya di sana, akhirnya ia bisa pulang ke Indonesia pada Mei 2009. Saat itu pula Mano memutuskan untuk melepaskan hubungan dan menutup cerita kelamnya selama ia tinggal di sana.

Sedikit mengenang, Mano pun menguraikan sepenggal masa lalunya tersebut. Sekejap melempar pandangannya ke jendela apartemennya di lantai 25 saat ditemui detikHOT beberapa waktu lalu, perempuan bermata cokelat ini mengungkapkan bahwa pernikahannya dengan Tengku Fachry sebenarnya tak pernah benar-benar terjadi.

Ia mengisyaratkan bahwa dirinya menikah dengan pangeran Kelantan tersebut di bawah tekanan. "Mereka punya power berlebih di sana, dan technically I was never married," ungkap Mano.

Maka ketika banyak orang mempertanyakan status dirinya, apakah benar telah bercerai dengan Fakhry, Mano pun menyatakan dengan lugas bahwa tak perlu ada proses perceraian secara resmi dari pernikahan yang menurutnya mengada-ada tersebut.

"Di Malaysia pernikahan itu pun nggak diakui. So, I don't have to get divorced," tegasnya.


Tor Tor Bukan Hanya Milik Mandailing

Keributan Tarian Tor-Tor yang 98% rakyat Malaysia tidak mengetahui apa itu Tor Tor, berpunca apabila dua ikon suku Batak di Indonesia, tarian Tor Tor dan Godang Sambilan (Gendang Sembilan) cuba diangkat oleh masyarakat Mandailing Malaysia melalui KPKK.

Klasifikasi Batak di Indonesia adalah bagi mereka yang berasal dari Tapanuli di mana majoriti suku Batak beragama Kristian. Mereka yang mendiami Tapanuli Selatan pula terdiri dari orang Islam dari suku tersebut dan berpusat di Mandailing Natal dan Padang Sidempuan. Mereka dipanggil batak Mandailing dan Batak Angkola.

Oleh kerana Tor Tor dan Gendang Sembilan dianggap milik kaum Batak secara keseluruhannya, mereka mempertikaikan usaha masyarakat Mandailing di Malaysia untuk mensinonimkan ikon tersebut dengan orang Mandailing. Bagi mereka, kedua-dua ikon tersebut bukanlah semata-mata kesenian orang Mandailing.

Tapanuli sedang mengalami proses pelahiran provinsi tersendiri, sekiranya diluluskan, menjadi provinsi ke 34 Indonesia. Krisis yang dialami kini di sana ialah masyarakat Tapanuli Selatan yakni Mandailing tidak menyokong usul ini kerana menjangkakan akan dipinggirkan oleh pemerintah propinsi Tapanuli yang majoriti penduduknya kelak adalah beragama Kristian.

Justeru mereka juga memperjuangkan satu propinsi baru yang diberi nama Tabagsel iaitu Tapanuli Bagian Selatan yang terdiri dari daerah Mandailing - Angkola.

Apa yang pasti, di tengah-tengah krisis ini menjalari rantau Tapanuli di Sumatera ini, sudah tentulah tidak bagus untuk Persatuan Mandailing Malaysia, menguji sentimen golongan yang lebih besar yang mengganggap kesenian tersebut adalah milik mereka, yakni berbagai lagi suku Batak yang mendiami Tapanuli.

Ini menyemarakkan lagi sentimen kebencian masyarakat Indonesia ke atas Malaysia yang diketahui dunia, tidak mempunyai aspirasi yang sama dengan warga dunia keseluruhannya dalam melestari dan menjaga akar kebudayaan tiap-tiap etnik di mana-mana negara.

Untuk rekod, Tor Tor dan Gendang Sembilan mungkin asing bagi masyarakat negara ini tetapi ia menjadi kemestian kaum Batak di Tapanuli dalam majlis-majlis perkahwinan dan keraian. Sebab itulah hal menjadi kecoh. 

Nasihat teman, bermesyuaratlah dengan kepala suku mengikut adat di sana dengan menghuraikan rangka apakah dan bagaimanakah pemartabatan Tor Tor dan Gendang Sembilan dan pada sudut manakah ini memanfaatkan kesenian itu secara amnya di mata dunia. Jika tidak, lupakan saja.



Monday, June 18, 2012

#MalaysiaMiskinBudaya Trending Di Twitter, Apa Tindakan Mandailing Malaysia?


Ramli Abdul Karim Hasibuan, tokoh Mandailing Malaysia yang juga editor di Utusan Malaysia perlu mengambil langkah menjernihkan suasana kerana kekeruhan yang terjadi hari ini antara Malaysia dan Indonesia adalah disebabkan oleh permintaan pihaknya agar Tarian Tortor, sebuah kebudayaan yang dinilai asing bagi rakyat negara ini, menjadi kebudayaan warisan etnik Mandailing di negara ini.


Walaupun Menteri terbabit menyebut setiap permohonan akan diproses sebelum diwartakan melalui Seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005, media Indonesia terlebih dahulu memutarbelit kenyataan tersebut sebagai TELAH diwartakan berdasalkan fasal tersebut.

Seharusnya Persatuan Mandailing Malaysia berbincang terlebih dahulu dengan tokoh Batak Indonesia berhubung perkara ini kerana yang menjadi mangsa permainan media Indonesia ialah golongan etnik lain di Malaysia dan Indonesia yang saling perang mulut di dalam twitter sehinggakan #MalaysiaMiskinBudaya menjadi trending.


Tarian Tortor : Lagi Pergeseran Budaya Dengan Indonesia


Lagi cetusan tidak enak oleh media Indonesia berhubung reaksi Pertubuhan Mandailing Malaysia yang mahukan tarian tor-tor, tarian tradisi etnik itu di iktiraf sebagai warisan kebangsaan seperti tarian budaya Cina dan India.

Akibatnya, ia membuahkan reaksi yang boleh dijangkakan oleh kalangan pembenci Malaysia di Indonesia yang seperti biasa, menghamburkan caci maki ke atas negara ini. 

Entah mengapa, baru hari ini, ketika pergeseran berhubung budaya yang dibawa menaiki sampan dan perahu ke semenanjung dari Sumatera dan Jawa telah berjaya menghangatkan hubungan dua negara, golongan Mandailing yang dikenali sebagai golongan Batak di Indonesia, dengan sengaja membuat tuntutan tersebut.

Untuk rekod, golongan Mendailing di negara ini telah masuk dari Sumatera selepas Perang Padri pada tahun 1803 hingga 1833 antara orang Minang yang kuat agama dengan orang Mandailing yang dikatakan ingkar pada seruan agama. Di sini, mereka terlibat dengan Perang Kemaman, Perang Klang dan membantu British menentang pembesar Melayu di Perak antara 1870 hingga 1885 . Kini mereka sebilangannya menjadi pemimpin dan ahli akademik di Malaysia. Figura paling popular di kalangan mereka di Malaysia ialah Saifudin Nasution.

Malaysia Segera Patenkan Tarian Tor-Tor Sebagai Warisan Budayanya

Andri Haryanto - detikNews
Senin, 18/06/2012 04:45 WIB

Kuala Lumpur, Kementerian Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia akan segera mengakui tarian Tor tor dan Gondang Sambilan yang selama ini dikenal di masyarakat Sumatera Utara, sebagai warisan kebudayaan nasional negeri jiran.

Dikutip dari Bernama.com, Menteri Informasi, Komunikasi, dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengatakan, tarian Tor Tor dan alat musik Gordang Sambilan akan didaftarkan dalam Seksyen 67 sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005.

""Namun (pengakuan) ini dengan syarat penampilan tarian secara periodik harus dilakukan dan aneka permainan gendang harus dipertontonkan di depan masyarakat," kata Rais di hadapan wartawan usai membuka pertemuan komunitas Mandailing, Kamis (14/6/2012) waktu Malaysia.

Rais menambahkan, promosi seni dan budaya Mandailing sangat penting, karena dapat membuka asal usul budaya tersebut, di samping menyatukan dengan komunitas lainnya.


(ahy/mei)

Sunday, June 17, 2012

PAS Belum Puas Hati Dengan Rakyat Johor


Hadi Awang Gelar Johor "Ekor Cicak"




Selepas Nizar mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Johor berhubung nombor WWW1, kini giliran Hadi Awang pula menghina Johor dengan umpamakan negeri itu seperti "ekor cicak".

Sebelum ini Hadi Awang pernah juga menghina masyrakat Sarawak pakai cawat lagi dalam pilihan raya kecil Manek Urai. 

11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," (baca sini). Sampai hari ini Hadi Awang belum lagi minta maaf.


Kali ini Hadi Awang menghina Johor pula. Abdul Hadi menyatakan rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti ‘ekor cicak’.

Selanjutnya baca di sini.

Entah pada waktu bilakah polis dan tentera menyokong Pakatan Haram jika mereka tidak sudah-sudah memaki hamun polis . Hadi Awang dengan konfiden menyebut bahawa mereka disokong oleh polis. Presiden PAS dibolehkan menipu oleh ajaran agama PAS.

Saturday, June 16, 2012

Ini Sebab Malaysia Perlu Bantu Padamkan Kebakaran Di Indonesia

Malaysia perlu menonjolkan upayanya dalamperkara berikut.

1. Konservasi alam sekitar
2. Mempertahankan industri pelancongan
3. Tanggungjawab kesihatan rakyat

Ini kerana Malaysia perlu mempunyai pertumbuhan ekonomi yang tidak
merudum untuk menjadi negara maju dalam masa terdekat. Dengan keadaan
berjerebu yang tercetus dari kawasan yang tidak mampu ditangani oleh
pemerintah negara jiran atas faktor kawasan tersebut terpencil,
Malaysia jugalah yang perlu membantu memadamkan kebakaran yang
terletak di kawasan Indonesia paling hampir dengan Kuala Lumpur.

Malah ia bertambah hampir lagi dengan KLIA.

Penjejasan ekonomi dari sektor pelancongan dan pertambahan peruntukan
kesihatan di negara ubat seringgit ini adalah musibah yang dibawa
jerebu ke atas ekonomi negara ini.

Malaysia perlu meyakinkan Indonesia bahawa kita perlu melakukan ini
dengan kadar segera.

Untuk rekod, Malaysia, 29 juta penduduk menerima 23 juta pelancong
asing setahun berbanding Indonesia, 250 juta penduduk, menerima 8 juta
sahaja setahun.

Friday, June 15, 2012

Nasrudin Hassan Yang Sempit Akal

Siapa yang  sempit akal? UMNO atau PAS? Terutamanya si Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat si Nasrudin Hasan.  Yang sempit akal adalah dia kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah tarikh pilihanraya telah ditetapkan. 

Apakah semua yang ke Tanah Suci itu ialah penyokong PAS? Jangan buat lawak lah. Sesungguhnya kerajaan sendiri sudah tentu mempertimbangkan untuk tidak mengadakan pilihanraya pada musim haji kerana beribu-ribu undi di pihak kerajaan turut akan hilang. 

Jadi atas dasar apakah keributan ini timbul jika tidak kerana PAS itu sentiasa mahu berbunyi walaupun tidak relevan. Mereka perlu sedar bahawa kerajaan yang memerintah telah 12 mengadakan pilihanraya dan takkanlah setenging itu pilihanraya hendak diadakan pada musim haji sedangkan mandat kerajaan masih panjang sehingga bulan April 2013.

Tetapi keterlebihan PAS dalam melihat perkara ini telah terpampang di mata masyarakat di mana mereka dengan berani mengarahkan penangguhan ibadat haji sekiranya pilihanraya diadakan pada musim haji, padahal mereka sendiri tiada kepastian berapa kerat jemaah haji musim ini adalah dari kalangan pengundi mereka.

Untuk rekod, Hari Raya Haji insya-Allah jatuh pada 26 Oktober 2012.


KUALA LUMPUR 13 Jun - UMNO didakwa menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadat haji di Tanah Suci jika benar Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada musim haji.  Justeru Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, untuk menyelesaikan masalah tersebut PRU-13 tidak wajar diadakan pada musim berkenaan. "Kenapalah UMNO jadi sempit akal ? Jangan buat pilihan raya musim haji, selesai masalah. Kalut ribut ini kenapa ? UMNO cadang nak buat pilihan raya dalam musim haji ke? Kalau tidak kenapa kalut? "Kalau UMNO nak buat pilihan raya dalam musim haji maknanya UMNO yang halang orang nak buat haji sebab fatwa Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman kata mengundi itu wajib," katanya dalam Facebook miliknya semalam. Nasrudin turut mempersoalkan apakah keutamaan kerajaan ketika ini sama ada mahu rakyat menunaikan haji atau mengundi. Beliau berkata, selama ini kerajaan telah meminta rakyat yang layak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. "Jadi mana satu ini? Nak mengundi ke nak buat haji? Kalau nak suruh rakyat buat kedua-duanya, haji dan mengundi maka jangan buat serentak. Mudah kan berfikir? "Tambahan pula, kalau buat pilihan raya musim haji, pastinya calon, wakil calon, pencadang dan penyokong di seluruh negara bagi peringkat calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengerjakan haji," katanya.

Ini Punca KL Mula Diselubungi Jerebu

Dikemaskini

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Kecamatan Kubu, Kabupaten Rokan Hilir , Propinsi Riau, Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan dan terletak 170km ke barat daya Kuala Lumpur.

Tiupan angin telah membantu membawa kabus asap ini ke semenanjung.

Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 

Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.

Pada jam 5 petang, Kuala Lumpur telah mencatat bacaan IPU tidak sihat pada kadar 105.

Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.

Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.




P/s : Jangan-jangan ada unsur sabotaj. Siapa tau? Sentimen belah sana ke belah sini semua orang tau.

Lagi Reaksi Biadap Ke Atas Sultan Johor Di Twitter





Reaksi biadap ini dikutip dari Twitter berhubung titah murka Sultan Johor ke atas Nizar  Jamaluddin semalam. Ini adalah produksi total pembangkang di negara ini yang sering mengaitkan Allah dengan pemerintah di dunia yang jelas, keduanya berada pada kedudukan yang berbeza.

Menyamakan pemerintah di dunia dengan perbandingan yang meletakkan Tuhan di atas barisnya adalah perbuatan golongan yang kurang akal. Kekurangan akal itu tidaklah menjadi sesuatu yang hina kecuali setelah empunya akal itu dengan beraninya mempamerkan kekurangan akalnya dikhalayak umum.

Memanglah taat kepada Allah dan Rasul itu menduduki peringkat tertinggi tetapi di atas bumi sebagai khalifah sudah tentulah ada tuntutan mentaati pemimpin selagi pemimpin itu tidak menzalimi, mengkebulurkan, menafikan pendidikan dan menyekat rakyatnya dari mentaati Allah dan Rasul. Ini adalah sudut fiqh yang diajar.

Sedangkan para sultan sendiri tunduk, rukuk dan sujud pada Allah SWT, mengapa Allah perlu disamakan dengan para sultan ini.

Ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah produk dari acuan pembangkang negara ini yang merasakan mereka ini pandai dan bebas menunjukkan kebodohan mereka. Sedangkan pemimpin mereka sendiri kerap menunjukkan kebodohan, apatah pula mereka ini.

Untuk rekod, Haziq Abdul Aziz ini adalah pelajar Universiti Malaya seperti mana yang terdapat dalam Twitternya.



Thursday, June 14, 2012

Facebook Najib Mangsa Troll Pembangkang Sakit Jiwa


Lewat Facebook PM Najib Minta Nama Untuk Panda, Eh..Malah Diolok-olok

Rita Uli Hutapea - detikNews
Kamis, 14/06/2012 15:12 WIB


Kuala Lumpur, Perdana Menteri (PM) Malaysia Najib Razak meminta bantuan publik untuk memberi nama sepasang panda yang akan dipinjamkan pemerintah China, sebagai simbol kuatnya hubungan diplomatik kedua negara. Permintaan tersebut diposting di page Facebook milik PM Najib. Namun gara-gara postingannya itu, pemimpin negeri jiran itu malah menjadi bahan olok-olok.

Hingga hari ini seperti diberitakan kantor berita AFP, Kamis (14/6/2012), tercatat lebih dari 300 komentar atas postingan Najib tersebut. Namun banyak yang mengecam soal korupsi pemerintah ataupun isu-isu politik yang sensitif lainnya.

Ada seorang user yang menuliskan nama "Bersih" untuk kedua ekor panda dari China yang akan dipinjamkan selama 10 tahun itu. Seperti diketahui, "Bersih" merupakan nama koalisi nonpemerintah yang mengorganisir demonstrasi besar pada 28 April lalu, yang menyerukan pemilihan yang adil dan jujur.

User lainnya mengusulkan nama "Altantuya", nama seorang wanita Mongolia yang dibunuh pada tahun 2006 lalu. Kasusnya menggemparkan Malaysia ketika itu karena diduga melibatkan seseorang yang dekat dengan PM Najib. Namun tersangka kemudian dibebaskan dari segala dakwaan dan buntutnya, oposisi punmenuding adanya upaya pemerintah untuk menutup-nutupi kasus ini.

Sejumlah user bahkan mengejek pemerintah Malaysia atas diplomasi panda ala China itu. Mereka menyebutkan, pemerintah harusnya lebih dulu memastikan perlindungan satwa-satwa langkanya sendiri, seperti harimau.

"Pemerintah tak bisa merawat kebun binatang nasional kita dan memelihara binatang-binatang malang di sana... dan kini kita bicara tentang merawat dua panda... Anda pasti bergurau! Tetapkan prioritas Anda dengan benar," demikian bunyi postingan salah satu user Facebook.

Belum lama ini, pejabat-pejabat Malaysia telah berjanji untuk lebih melindungi hewan-hewan di kebun binatang dari kelalaian dan pelanggaran. Hal ini disampaikan menyusul mencuatnya kasus-kasus satwa yang ditemukan dalam kondisi memprihatinkan di kebun-kebun binatang.