Bukan semua di kalangan mereka berfikiran tidak rasional berhubung isu Akta Hasutan. Cukup hairan apabila kelompok minoriti bermati-matian menentang Akta Hasutan sedangkan jika Akta Hasutan dimansuhkan, golongan inilah yang akan mendapat susah. Kau ingat orang Melayu yak pandai menghasut? Terlalu banyak point di tangan orang Melayu yang hasutable . Silap-silap, satu untung pun mereka tak dapat rasa.
Friday, November 28, 2014
Isu 200 nelayan Malaysia ditangkap Indonesia : Apabila pemain media sosial dalam negara menari-nari rentak media asing
Cubaan melagakan Indonesia Malaysia dalam tempoh awal pemerintahan Joko Widodo oleh agensi media di Indonesia dilihat tidak sehebat apa yang dilakukan oleh REUTERS.
REUTERS paling mula melaporkan bahawa Indonesia telah menangkap 200 orang nelayan Malaysia dan 'reuters-reuters' media sosial menokok tambah dengan menyebut Joko Widodo mengarahkan bot-bot mereka dikaramkan.
Ramai lah yang mengatakan Joko Widodo dengan berbagai maki hamun, kejam lah, gila lah, pembunuh lah, tanpa mengetahui duduk bangun perkara. Mereka menari-nari dengan alunan fitnah media asing lagi.
Dalam isu ini, media Indonesia sendiri tidak berani menyebut kewarganegaraan 526 'orang hanyut' atau 'manusia perahu' yang berkelana di lautan itu. Blog ini memantau berita demi berita dan tiada satupun berita menyebut mereka berwargenegara Malaysia, melainkan menyebut sebagai kumpulan tidak berwarganegara yang berpindah masuk ke perairan Indonesia dari Semporna, Sabah.
Kita juga tahu krisis Lahad Datu yang melibatkan kumpulan dari Filipina turut memaksa golongan tanpa warganegara ini melarikan diri dari timur Sabah.
Jelas sekali mereka yang ditahan di Pulau Derawan, Indonesia itu merupakan golongan yang dipercayai berketurunan Bajau Laut, tidak mempunyai kewarganegaraan dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sulu yang menjadi sebahagian Filipina yang kemudiannya menumpang di Semporna, Malaysia sebelum berpindah ke Pulau Derawan, Indonesia.
Rumah perahu milik kaum Bajau Suluk
Nelayan bukan warga Malaysia
Mereka ‘manusia perahu’ tanpa warganegara – Ketua DPD Indonesia
SAHARUDDIN MUSTHAFA
JAKARTA 27 Nov. - Kerajaan Indonesia hari ini menafikan penglibatan warganegara Malaysia dalam kes 200 nelayan yang ditahan pihak berkuasa di perairan negara itu kerana menangkap ikan secara haram minggu lalu.
Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Indonesia, Irman Gusman menjelaskan, sebaliknya kesemua nelayan yang ditahan itu merupakan masyarakat yang tidak memiliki kewarganegaraan atau di Indonesia lebih dikenali sebagai ‘manusia perahu’ yang tinggal di perbatasan negara itu.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan semua pihak menarik nafas lega kerana laporan penahanan nelayan-nelayan itu tidak ada kaitan dengan nelayan yang berasal dari Malaysia.
“Kesemua nelayan yang ditahan itu bukan warganegara Malaysia. Mereka adalah ‘manusia perahu’ yang tidak ada kewarganegaraan,” tegas Irman dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Yang hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Berdasarkan laporan portal berita Kompas.com, ‘manusia perahu’ merujuk kepada sekumpulan masyarakat yang tinggal di perairan Berau, Kalimantan Timur yang mula menjajah perairan Indonesia sejak tahun 1970-an lagi.
Masyarakat di Berau mengenali ‘manusia perahu’ ini sebagai warga Suku Bajo iaitu kaum yang bekerja sebagai nelayan dan menghabiskan masa berbulan-bulan di laut dengan membawa isteri dan anak-anak memandangkan mereka tidak mempunyai negara untuk bermastautin.
Minggu lalu, agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan, 200 nelayan Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana menjalankan penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu.
Memetik laporan wawancara Reuters dengan Setiausaha Kabinet Indonesia, Andi Widjajanto itu juga, selain 200 nelayan itu, dianggarkan 300 nelayan haram lagi akan ditahan dalam waktu terdekat.
Menurut Irman, selepas tersiar laporan mengenai penahanan 200 nelayan itu, beliau secara peribadi sudah memberikan penjelasan kepada kerajaan Malaysia melalui Duta Besar Malaysia di Indonesia bahawa dakwaan itu tidak benar.
“Sudah saya jelaskan bahawa tidak ada nelayan Malaysia yang ditahan. Kami kini dalam rangka kerja mendokong dasar negara maritim dan kerana itu penguatkuasaan di perairan ditingkatkan termasuk mengawal kemasukan nelayan haram di perairan kami,” ujar Irman.
Penahanan itu dibuat susulan daripada amaran tegas yang dikeluarkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.
“Tidak perlu menahan mereka, karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Bagaimanapun, harus beringat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu,” kata Jokowi.
Mengenai amaran supaya bot-bot nelayan haram dikaramkan seperti yang dibuat Presiden Jokowi pula, Irman menjelaskan, kenyataan itu tidak membawa maksud seperti yang difahami sebilangan besar rakyat Malaysia khususnya.
Beliau berkata, apa yang difahami mengenai kenyataan Jokowi itu sama sekali berbeza dengan maksud yang cuba disampaikan pemerintah Indonesia.
“Memang bahasa Indonesia begitu (sering disalah faham)... realitinya tidak mungkin terjadi sedemikian kerana kita (Indonesia) ada prosedur (kalau mahu mengusir kapal-kapal asing yang menangkap ikan secara haram) ,” ujar beliau.– UTUSAN
Subscribe to:
Posts (Atom)