Assalamualaikum. Kembali menulis kerana sokongan sahabat di dunia blog dan badai yang mengganggu dah berlalu. Lagipun, jika teman tidak berblog, kepala akan terasa menjadi empangan terbesar di dunia. Teman memulakan penggal kedua di dalam dunia blog meninggalkan penggal pertama yang bertahan selama 66 bulan. Kali ini teman para pembaca merenungi isu Mesir.
Sebelum ini, ada sekumpulan Islam liberal yang dibantu puak anti Islam seluruh dunia telah cuba untuk mencetuskan perubahan kerajaan dengan cara memporak perandakan negara-negara Islam dan menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka.
Islam liberal merupakan doktrin terbaru gubahan pihak tertentu bagi membawa pecah belah kaedah terkini ke atas pegangan orang Islam selepas mereka berjaya mencipta Syiah ke atas Parsi lebih 1,000 tahun lalu.
Arab Springs yang dicetus untuk menjatuhkan pemimpin diktator di negara-negara Arab menjadi punca ini berlaku. Ada pihak yang cuba membawanya ke negara ini beberapa ketika yang lalu. Contohnya Nurul Izzah yang pernah menyatakan dengan terbuka untuk membawa Arab Spring ke Malaysia.
Maka jatuhlah Hosni Mubarak yang disebut korup dan terlalu lama di tampuk kuasa dan bergantilah dengan Mohammed Mursi melalui pilihanraya Presiden Mesir yang pertama. Aneh, Mursi yang cukup alim ini memuji negara Malaysia sebagai model pembangunan negara yang hendak dihalakan arah tujunya.
Tetapi, puak dari kumpulan Islam liberal tidak senang. Enggan menerima kekalahan dan kini kelihatan menentang seorang pemimpin Islamik yang dipilih rakyat. Dengan dibantu minoriti Kristian Koptik, mereka mula mahu menggulingkan Mursi pula. Demonstrasi demi demonstasi dibuat. Para anti-Mursi membanjiri jalan dengan muzik, arak, pergaulan bebas sementara puak pro-Mursi berzikir dan memenuhi masjid. Malangnya, pada hari Khamis 4 Julai 2013, kira-kira setahun memegang tampuk kuasa, Mursi ditumbangkan oleh tentera yang menuruti kehendak rakyat sekular Mesir yang hanya segelintir itu setelah kumpulan sekular ini menggunakan taktik demonstrasi.
Mursi yang merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokrasi digulingkan atas kehendak segelintir rakyat negara yang mempunyai 83.7 juta penduduk itu. Untuk rekod, populasi Kaherah ialah 17 juta.
Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim sejurus selepas Mesir menyaksikan kejatuhan Presiden Morsi:
“Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.Tidak kira apa pengakhirannya,caranya adalah tidak wajar.”
Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.
Anwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi.
Tetapi,berikut pula adalah laporan oleh Free Malaysia Today serta dipetik oleh AltThaiNewshttp://altthainews.blogspot.com/2013/05/us-prepares-to-overthrow-malaysian.htmlpada 15 Mei 2013,bertajuk “BN Akan diTumbangkan Tahun Ini” : Pakatan Rakyat berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui jalanraya. - MPP
Lihat apa yang telah dikatakan sebagai ''dosa'' Mursi yang beredar di Facebook :
Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman Mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport dari Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar per tahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
Dosa Mursi adalah menaikkan gaji kakitangan awam dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga kakitangan awam jadi lebih makmur.
Dosa Mursi adalah membina kilang Samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun mendatang, Mesir tidak perlu lagi mengimport kereta.
Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.
Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatnya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Sunni Syria dan Rohingya Myanmar.
Dosa Mursi yang cukup mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.
Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.
Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.
Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha membanteras salahlaku. Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.
8 comments:
Sejak bila Morsi bangunkan terusan suez ye admin? Bukan semua kita bole trima buta2.
Antara " membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia " dengan "mmembina terusan Suez bagi membolehkan kapal melaluinya" adalah dua perkara berbeza. Jika enggan menafsir dengan hati terbuka, tentulah maksud diperoleh dengan hati tertutup. Maaf.
Setuju dgn anon 7 Julai 2013 11:09 PTG
Terusan Suez dibina pada zaman pemerintahan Perancis dan menjadi laluan perdagangan antarabangsa sebelum Morsi lahir ke dunia.
Morsi hanya mengambil kredit daripada pemimpin2 sebelum dia.
Hebatla admin ni. Siap bole tau hati siapa tebuka n trtutup. Suez Canal tu dh international sblm Morsi kenal dunia lg. Tk payah nk Mesir sgt drpada org Mesir.
encik pandai, baca betul betul yer..
Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar per tahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
ok, dengar sini, terusan suez dibina pada tahun 1869. pada zaman HosniMubarak, janaan pendapatan dari terusan Suez cuma $5.6 billion per tahun dan morsi mahu membangunkan ia supaya memberi pendapatan $100 billion per tahun.
jangan la jadi grammar nazi plak. ayat tu ayat orang seberang. paham2 lah. kalau takpaham, saya malu nak sebut perkataan yang terbaik untuk encik pandai. bangsa paling bengapdalam Malaysia kebanyakannya dari pembangkang. Saya harap sedara puak sana. Hehe, BENGAP.
dah le bodoh, sombong plak tu, gi tahan komuter sana.
Ego jgak admin Ipoh Malay ni. Tk sush p0n nk jana pendapatan 100b setahun. Apa yg Morsi kene buat naekkan jer fee nk lalu kat Suez tu. Time Mubarak dh brkali-kali naek. Tamak sgt last2 kene guling. pdn muka
anon2 sekalian
wa dh merasa ddk kat mesir ni 2 taon. sepnjg wa ddk kat mesir ni,sempt gak la wa merasa lpk kat suez canal tu. wa ada gak kwn dgn staf2 yg handle suez canal. diorang cite suez canal ni tknologi lama, jd kos maintain tggi.untk cover kos maintain, cas nk lalu kat suez canal kene naekan. wa ada dgr gak pasal nk upgrade Suez canal time mubark lg tp dgn chaos kat mesir wa tk tau la bole ke tdk nk upgrade suez canal tu. ok chow.
Post a Comment