Dasar PAS, menipu rakyat sajalah kerja mereka. Kali ini dalam isu azan di Pantai Dalam. Mereka mendakwa kononnya PM Najib gagal dalam mempertahankan kedaulatan Islam. Padahal semasa isu di Puchong, mereka jelas menyokong Teresa Kok yang sebenarnya senada dengan ahli MCA seumur hidup di Pantai Dalam itu.
Berikut petikan dari Serakahdaily:
Isu Azan: Najib gagal pertahan syiar IslamNazri AbdullahKUALA LUMPUR, 14 Jan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal dengan sikap Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya mempertahankan syiar Islam dalam isu bantahan Azan di Masjid Al Ikhlasiah, Lembah Pantai.Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sangat malang bagi rakyat Malaysia yang majoriti Islam, namun perdana menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam."Kita merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan," katanya
PAS telah belajar mempolitikkan apa juga isu dari Anwar Ibrahim. Jika diikutkan, sebelum Anwar ditabal menjadi Panglima Penyamun sembahan PAS, tiada isu seperti ini dipolitikkan.
Contohnya Anwar dengan jahat menyebut semasa tragedi Hindu-Islam, Kg. Rawa di Pulau Pinang "akan menghentikan bunyi loceng kuil di seluruh Malaysia" pada tahun 1998 walaupun Anwar masih menjadi ayam berbulu musang dalam kerajaan.
Malah dia pada ketika itu menyeru kepada penyelesaian secara keras.