Ramai orang membantah Pilihanraya Umum diadakan di hari bekerja. SPR seharusnya peka akan hal ini dan seharusnya memikirkan jalan terbaik bagi memastikan peratus keluar mengundi meningkat.
Pengerusi SPR menjelaskan bahawa pihak SPR tidak menolak kemungkinan PRU13 diadakan pada hari biasa.
Jika penjawat awam boleh diistimewakan dengan cuti peristiwa, ketahuilah terdapat berjuta-juta lagi pekerja swasta yang tidak mungkin dapat menikmati cuti untuk keluar mengundi.
Ramai yang mahukan tarikh 27 April ditetapkan sebagai tarikh pilihanraya umum. Tidak ada sebab bagi sebuah Suruhanjaya tidak lebih peka dari kerajaan memerintah dalam mendengar permasalahan rakyat.
Adalah diharapkan SPR tidak membuat keputusan yang pelik-pelik berhubung tarikh pilihanraya. Penurunan peratusan mengundi tidak memberi impak yang baik kepada negara.