Friday, April 19, 2013

Aishah Ghani Meninggal Dunia


Pemergiannya di hari Jumaat, sejurus sebelum Zohor dan kini hujan turun di Lembah Klang. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


Veteran Umno Aishah Ghani meninggal dunia



APRIL 19, 2013
KUALA LUMPUR, 19 April — Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini.
Beliau meninggal pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. — Bernama