Tak tahulah apa justifikasi PM Najib. Tetapi teman selalu fikirkan tentang kesetiakawanan dalam mendasari kepercayaan.
Melantik seorang persona-non-grata pada PRU 2008 sebagai Timbalan Menteri JPM pasca PRU 2013 dinilai kebanyakan orang sebagai sesuatu yang pelik.
Ini membuatkan dari 51 orang yang termasuk dalam senarai kabinet baru ini, 1 orang teman tak puas hati. Si Predisen HINDRAF ini.
Bermakna teman cuma 98% puas hati sahaja. Pun begitu kalau diikutkan sistem penilaian peperiksaan di negara ini, 98% masih dikira A.
Tapi kesetiakawanan yang mendasari kepercayaan tentulah membuatkan kita terfikir, mana lagi rakan-rakan BN yang lain? Sudah habiskah? Sudah lari kah?
Daripada kepala HINDRAF, lebih baik pemimpin Kongres India Muslim Malaysia KIMMA atau pemimpin IPF.
Mungkin alasan tersendiri seperti parti rakan BN itu belum direjuvenikasi itu menjadi ukuran.
TETAPI TAHUKAH NAJIB BAHAWA RAMAI INDIA DALAM M.I.C JUGA TIDAK BERAPA SUKA DENGAN HINDRAF INI? KERANA MEREKA MELIHAT HINDRAF MENGGUNAKAN AGAMA HINDU UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. HINDRAF MENGHENTAM M.I.C SETERUKNYA BEBERAPA KETIKA LALU.
TETAPI TAHUKAH NAJIB BAHAWA RAMAI INDIA DALAM M.I.C JUGA TIDAK BERAPA SUKA DENGAN HINDRAF INI? KERANA MEREKA MELIHAT HINDRAF MENGGUNAKAN AGAMA HINDU UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. HINDRAF MENGHENTAM M.I.C SETERUKNYA BEBERAPA KETIKA LALU.
Kalau teman jadi PM, yang lama jadi sahabat akan didahulukan. Yang baru jadi sahabat, teruskan bersahabat sehingga tahap kesetiakawanan itu dapat diukur sematangnya. Kalau mahu lihat perubahan perlakuan organisasi ini, berilah tempoh 10 tahun. Bukan 2 atau 3 tahun.
Mungkin sebab tu teman tak jadi PM. Haha.
