Kegembiraan seorang nenek dari China yang datang 55 tahun lalu ke Pulau Pinang tatkala mendapat kerakyatan Malaysia jelas kelihatan.
Jika dia madih tidak mampu bercakap Melayu pun, berikan sahaja atas dasar ihsan. Lagi pun dia tidak mungkin bertanding pilihanraya dan dihantar ke Parlimen.
Melihat kepada lokasi Tanah Melayu, yang menyaksikan penghijrahan orang dari China dan menetap di sini sejak 600 tahun lalu, adalah tidak menjadi sesuatu yang diluar norma bagi kita untuk terus menerima rakyat-rakyat baru tetutamanya yang menyumbang kepada cukai dan ekonomi.
Namun haruslah kriteria-kriteria utama tidak dikompromi seperti keupayaan bertutur asas bahasa Melayu serta mampu membaca rukunegara serta menyanyikan lagu kebangsaan.
Malah bukan Melayu yang telah mengadaptasi budaya Melayu haruslah diberi status Bumiputra.
Tetapi jika jenis DAP yang bahasa Melayu macam orang hanyut, malah boleh dihantar ke parlimen, masih menganggap tidak penting untuk 'menjadi Melayu' di Tanah Melayu, dan hari ini dicium kakinya oleh seorang sosok yang dahulunya disebut ultra-Melayu, apa juga pakatan yang wujud bersamanya, harus ditolak sama sekali.
