Percayakah bahawa dalam minggu kebelakangan ini setiap 10 orang yang anda kenali, lebih separuh dari mereka mempunyai simptom demam dan batuk-batuk. Jika dahulu ia dianggap 'musim' tetapi 'musim' kali ini tiba ketika penularan wabah H1N1 menjadi tajuk dunia.
Diberitakan bahawa H1N1 mampu menjangkiti 5 juta rakyat Malaysia. Tetapi angka itu bukan disebut sebagai 'jatuh sakit serentak'. Menteri Kesihatan menyebut bahawa 98% dari mereka yang dijangkiti akan pulih.
Sehingga hari ini, bilangan mereka yang dijangkiti terus disenaraikan termasuk mereka-mereka yang telah pulih. Angka itu terus bertambah sedangkan jumlah yang benar-benar sakit hanyalah mengikut tempoh sesuatu masa sahaja.
Menakutkan ialah, kali ini, kadar 'jatuh demam' meningkat dengan mendadak sekali. Ini mungkin sesuatu yang dapat diramal sekiranya perubahan musim panas dan kering ke keadaan hujan yang kerap berlaku dengan drastik.
Tetapi, umum mengetahui bahawa negara diancam selsema babi dengan menduduki tangga 10 teratas di dunia. Apakah ini desebabkan oleh udara yang telah tercemar oleh kuman-kuman H1N1?
Ataupun, minda rakyat Malaysia yang terlalu lemah sehingga kepekaan mereka menakut-nakutkan fungsi otak dalam mengeluarkan antiibodi dan menjadikan mereka mudah diserang virus berkaitan selsema.
Jika minda rakyat menjadi lemah, apakah ia disebabkan momokan dari pihak media? Mungkin juga dari pihak kerajaan? Atau mungkin mereka tidak mempedulikan kaitan perubahan musim yang selalunya mengganggu kesihatan seseorang.
Sebenarnya, penduduk pantai Barat Semenanjung yang mencipta tsunami politik sebelum ini telah lama terdedah dengan musibah respiratori.
Cuma kali ini, musim bersin dan batuk kerana hari sudah hujan ini datang dalam musim pandemik influenza sedunia dan ditambah dengan jerebu yang datang dan pergi dengan kerap, serta sisa-sisa industri dan penerokaan tanah.
Nampaknya Pantai Barat Semenanjung tentu akan menjadi zon kawalan pandemik akibat pertambahan penduduk serta kepekaan terhadap alam sekitar yang rendah.

No comments:
Post a Comment