Tuesday, February 09, 2010

Mengapa Pakatan Rakyat Menjadi Platform?

Hilang kepercayaan: 100 ahli PKR sertai UMNO

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Gara-gara tidak lagi percayakan kepimpinan yang mementingkan agenda peribadi berbanding nasib rakyat, 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim nekad keluar parti dan menyertai UMNO.

Mereka yang merupakan ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak turut mendakwa hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap terlalu elit sehingga melupakan tugas selaku wakil rakyat.

Kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di pejabat badan itu di sini malam ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan badan itu.

Perkembangan tersebut merupakan tamparan hebat kepada parti itu apatah lagi pada saat-saat kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di mahkamah.

Sementara itu, menurut Norasidi, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang desakan.

"Kami yakin UMNO dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesejahteraan rakyat,'' katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Ulasan

Selamat pulang dan ayuh kita strukturkan UMNO di kawasan-kawasan tersebut agar ia relevan dan bersesuaian dengan masa dan isu. Namun, apakah tindakan ahli UMNO kawasan mereka ini? Melayan mereka sebagai 'saudara yang baru' atau menyambung ikatan lama yang terputus?

Atau lebih buruk, menganggap mereka sebagai orang-orang yang terbeban dek penialain lampau mereka yang merugikan UMNO kawasan tersebut? Lalu 'dikuarantinkan'?

Sebenarnya, segalanya akan lebih licin, penuh diplomasi dan akan mengundang rasa berbesar hati yang tinggi andainya pemimpin sesebuah kawasan itu silih berganti. Jika demikian, mungkin bukan angka ratus sahaja yang dicatatkan, malah mungkin ribuan.

Kebanyakan penyokong PKR adalah ahli UMNO yang terpelanting akibat ribut dalam cawan sesebuah kawasan. Dari titisan terpelanting inilah mereka mencari jalan memakai isu nasional dengan agenda setempat.

Seandainya caligula-caligula yang telah memimpin cawangan selama berbelas tahun ini berganti dengan orang yang mereka lebih senangi dan tidak ada sejarah konflik pertikaian silam, nescaya mereka akan meninggalkan perjuangan "mata dajal" yang mereka sendiri akui sebagai palsu dan ibarat dahan rapuh tempat menumpang bergayut cuma selagi belum patah untuk jatuh terduduk.

Fikirkanlah.

2 comments:

bRAVEhEART said...

Salam persahabatan dan salam ziarah ~ bRAVEhEART

IPOH MALAY said...

salam buat braveheart juga..