Saturday, November 13, 2010

PKR Perlu Buang Anwar, PKB Perlu Buang Zaid

Setelah berjaya memerintah 5 negeri (satu runtuh : Perak) tanpa mandat rakyat, PKR yang mengaku dirinya sebagai jambatan antara PAS yang dulu menganggap DAP sebagai syaitan dan kini bersahabat, PKR menguji ahlinya dengan kepimpinan tanpa mandat ahli.

Corak pemerintahan Dajali ini memang jelas menunjukkan kuasa rakyat adalah permainan mulut semata-mata sedangkan matlamat sebenar ialah menukar corak pemerintahan negara ini kepada yang lebih liberal.

Bukan sahaja corak pemerintahan, agama turut diliberalkan sehingga wujud Ahli Parlimen PAS seperti Shah Alam dan Kuala Selangor yang memanipulasi hukum bagi menghalalkan pengharaman mereka sebelum ini.

Zaid Ibrahim menjadi mimpi buruk PKR kerana dalam 12 tahun kewujudannya, seorang menteri kabinet yang meletak jawatan dan menyertai PKR, umum letak jawatan dalam parti tersebut walaupun dilantik sebagai kepala PKR Wilayah Persekutuan akibat kekecewaan dalam merebut kerusi Naib Presiden. Umurnya dalam parti tersebut tidak sampai 2 tahun.

Chua Jui Meng tidak senasib Zaid Ibrahim kerana tiang PKR dalam kem Cina memerlukan dia dimandatkan apa juga jawatan yang perlu.

Penipuan dalam PKR jelas sekali menunjukkan PKR tidak mempedulikan mandat ahlinya. Jika dahulu mereka tiba-tiba membentuk Pakatan Rakyat yang tidak pernah wujud di hari pengundian PRU tsunami 2008 tanpa mempedulikan mandat yang diperoleh dari manifesto berbeza, hari ini, karma telah tiba di dalam parti tersebut.

Hakikatnya, Zaid Ibrahim yang mengugut untuk membuka Parti Keadilan Baru turut membuat sebuah parti tanpa mandat rakyat kecuali dari ahli PKR yang kecewa. Mereka mungkin akan terus berada di dalam Pakatan Rakyat dek kerana Zaid sendiri mendokong fahaman liberal melampau.

Pemurnian Parti Keadilan Baru mungkin turut mengambil masa 10 tahun selepas ideologi Zaid tidak lagi diterima pakai dalam negara yang pertumbuhan kaum Bumiputranya bertambah mengatasi bukan Bumiputra. Seperti PKR yang perlu membuang Anwar Ibrahim untuk kelangsungan parti tersebut di masa depan, PKB turut perlu membuang Zaid Ibrahim untuk matlamat politik yang akhirnya memanggil Melayu Islam untuk bersatu menolak gagasan samarata tanpa asimilasi.

Hakikatnya, Zaid hanya syok sendiri dalam menubuhkan PKB sedangkan dia tidak mungkin membawa apa-apa kebaikan terhadap bangsa asal rantau ini melainkan kecenderungannya meraih populariti dari kalangan keturunan imigran yang masih menonton TV Taiwan, Hong Kong dan China di bumi Malaysia.


No comments: