Friday, June 15, 2012

Ini Punca KL Mula Diselubungi Jerebu

Dikemaskini

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Kecamatan Kubu, Kabupaten Rokan Hilir , Propinsi Riau, Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan dan terletak 170km ke barat daya Kuala Lumpur.

Tiupan angin telah membantu membawa kabus asap ini ke semenanjung.

Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 

Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.

Pada jam 5 petang, Kuala Lumpur telah mencatat bacaan IPU tidak sihat pada kadar 105.

Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.

Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.




P/s : Jangan-jangan ada unsur sabotaj. Siapa tau? Sentimen belah sana ke belah sini semua orang tau.

No comments: