Darah 'dahagakan perhatian' yang mengalir dalam keluarga Haji Ali terserlah lagi apabila kehambaran menerpa prediksi umum setelah Azmin Ali yang diwawarkan merajuk dan mahu melakukan tindakan khianat ke atas partinya sendiri itu ternyata tidak berlaku.
Malah, Azmin menuduh spekulasi pihak lawan dan media menjadi punca polemik tersebut padahal dia sendiri kelmarin membidas secara terbuka dengan kiasan bahawa MB Selangor adalah dari jenis pak turut.
Tetapi, ada sesuatu yang dipertimbangkan olehnya apabila sidang akhbar di ubah dari dibuat di DePalma Ampang ke ibupejabat PKR.
Tetapi apabila difikirkan, beranikah Azmin meninggalkan PKR apabila sedang dia dalam PKR pun, tersebar video dan gambar salah laku moralnya. Apatah lagi jika dia mengkhianati PKR, pasti ejen PKR yang jijik itu akan melondehkan seluarnya selondeh-londehnya. Telurnya dicengkam kuat oleh ejen-ejen ini sebenarnya.
10 Mei 2013
PETALING JAYA - Di sebalik desas-desus perebutan jawatan menteri besar dan niatnya untuk meninggalkan parti, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, ia hanya khabar angin yang direkayasa oleh Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak berhasrat untuk letak jawatan dalam parti, jauh sekali letak jawatan ahli Parlimen dan Adun Bukit Antarabangsa," ujar Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Menurut Azmin, kesetiaannya kepada parti tidak boleh dipertikaikan dan beliau sama sekali tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat kepadanya yang memilih sebagai sebagai Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.
"Saya percaya khabar angin ini dimulakan oleh Umno-BN.
"Dari khabar-khabar angin ini mereka ingin menuduh saya sebagai individu yang tidak bertanggungjawab yang akan meninggalkan parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik," katanya lagi.
Sejak 48 jam yang lalu angin bertiup kencang kononnya orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini mahu meninggalkan PKR dan PR.
Menurut sumber parti, ahli politik berusia 48 tahun itu mahu meninggalkan PR kerana didakwa tidak berpuas hati dengan peruntukan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor di kalangan parti dalam PR.
Dipercayai 11 tokoh kanan PR yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen akan mengikut jejak langkah Azmin.
Ketiadaan Azmin pada perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" PR yang dihadiri Anwar di Kelana Jaya, Selangor pada malam kelmarin turut menarik perhatian. Begitu juga mesej tweet pedas Azmin mengenai program itu.
Kelibat Azmin juga tidak kelihatan di majlis kesyukuran sempena kejayaan besar PR terus menguasai Selangor malam tadi sekali gus menguatkan lagi dakwaan pemimpin kanan PKR itu protes.
Bagaimanapun pada sidang media hari ini yang tertangguh hampir sejam, Azmin menyangkal sama sekali dakwaan itu.
Dilihat sebagai sesi sidang media yang agak luar biasa, kelihatan barisan kepimpinan PKR Selangor yang baru dilantik rakyat pada Ahad lalu turut serta.
Mereka tiba kira-kira jam 10 pagi dan berkumpul di luar pejabat PKR. - SINAR
No comments:
Post a Comment