Wednesday, February 27, 2008

Datuk Husni Menanti Angka Majoriti

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah merupakan Ahli Parlimen Tambun sejak tahun 1995. Beliau memperolehi mandat dengan majoriti besar dari pengundi-pengundi di Tambun, parlimen yang menaungi 80% Melayu Ipoh.

Pada pilihanraya umum ke 9, beliau memenangi parlimen Tambun dengan majoriti 21,000 undi mengatasi calon Semangat 46. Pilihanraya kontroversi 1999 menyaksikan beliau hampir disingkir kerana kecenderungan beliau di pihak DSAI. Namun pengekalan beliau memberi rahmat kepada BN di mana BN memenangi parlimen Tambun dengan lebih 7,000 undi. Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 melihatkan beliau mempertahankan kerusi Tambun dengan majoriti lebih 17,000 undi.

Mampukah beliau sebagai timbalan menteri kabinet untuk mempertahankan kerusi parlimen Tambun dengan majoriti yang tinggi lagi. Apakah ianya lebih kurang dari pencapaian beliau pada pilihanraya umum yang lalu.

Jika pengundi mengambil langkah untuk memasukkan PAS menjadi ketua pembangkang di parlimen, Datuk Husni mungkin lebih bergaya untuk duduk di kerusi negeri daripada tewas tipis kepada calon PAS yang mungkin memperolehi undi boikot ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan negara sekarang.

Penerangan demi penerangan perlu dibuat oleh Datuk Husni yang mempunyai karisma dan pemikiran yang hampir sama dengan para idealis globalisasi termasuk KJ dan DSAI.