Wednesday, March 14, 2012

Segerakan Kajian Skim Perkhidmatan SSM

(Emel dari seorang penjawat awam asal Ipoh)

Pembatalan perlaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri sememangnya menggembirakan banyak pihak.

Tetapi terdapat pihak yang peluang mereka untuk memajukan diri yang ingin dibuka, ditutup oleh pihak yang yang hanya memikirkan imbuhan emolumen semata-mata.

Sehubungan itu, diharapkan suruhanjaya yang bakal ditubuhkan untuk mengkaji perjawatan dan skim perkhidmatan kakitangan awam dapat melaksanakan dengan segera kajian status jawatan yang dijumudkan dalam SBPA.

Sebagai contoh, jawatan Pembantu Penerbitan N17 yang dijumudkan dalam SBPA dan menjadi Pembantu Penerangan S4-1 memberikan peluang naik pangkat yang luas dan memudahkan penetapan bidang untuk menyambung pengajian.

Secara jujur, pembatalan SBPA bukanlah juga sesuatu yang menguntungkan kerajaan kerana kenaikan gaji kakitangan awam tetap menjadi beban perbelanjaan kerajaan.

Amatlah diharapkan agar suruhanjaya yang ditubuhkan komited dalam pembangunan modal insan untuk Malaysia yang maju, dengan mengekalkan penjumudan jawatan untuk bidang tertentu seperti mana yang dijanjikan dalam SBPA.

Ulasan

Teman simpati pada pihak-pihak yang terkesan dengan pembatalan SBPA. Omar Osman dan kawan-kawan perlu sedar bahawa dengan menjadi suara besar CUEPACS, mereka sebenarnya tidak pernah secara rasmi dipersetujui menjadi suara rasmi keseluruhan penjawat awam di negara ini.

Mulut-mulut tak pandai di kalangan pembangkang pada mulanya mengatakan SBPA dibatalkan kerana kerajaan tidak mempunyai wang. Tetapi menyedari perubahan gaji selepas SBPA dibatalkan melibatkan lebih banyak lagi perbelanjaan kerajaan kerana jumlah kumpulan pelaksana yang besar, mereka mengatakan ia adalah gimik politik kerajaan untuk meraih sokongan sebelum PRU13.

Sebenarnya, pada tahun berapakah pihak pembangkang akan berdiri di atas bumi yang nyata dengan pemikiran yang bersih dan tidak lagi kekartunan?