Thursday, September 26, 2013

Ridhwan Shafawi Tuduh Azizan Razak Dibunuh

Hanya mampu beristighfar dengan kenyataan seorang penyokong Pakatan Rakyat yang menuduh Azizan Razak dibunuh dengan suntikan ubat berbahaya atas arahan UMNO.

Sesungguhnya kebodohan tidak mengenal sempadan. Jika dikehendakki Tuhan, anak isterinya atau ibu bapanya segera mati berharaplah orang ramai akan peluang untuk kita melihat pada ketika itu siapa pula akan dituduhnya.

Sesungguhnya orang yang hilang pegangan agama telah banyak terkumpul di pihak mereka. Kerana itulah kebinatangan liar mereka semakin menjadi-jadi.


Masya-Allah! 

Ada yang menegur kononnya kematian Azizan Abdul Razak buatkan pihak yang menyokong UMNO-BN berpesta pora membuat pelbagai spekulasi. Dan teguran tersebut kemudiannya diancam dengan api neraka. 

Malangnya ia hanya nasihat untuk pihak yang tidak sebulu dengan mereka. Ianya samalah macam dalam kes fitnah. Segala KEBURUKAN yang membabitkan pemimpin UMNO dan BN, semuanya benar dan fakta.

BACAAN LANJUT : THE FLYING KICK

Mohd Azraai Khor Kekal Jurulatih Perak

Inline image 1

Azraai Khor yang selesai disiasat SPRM Perak dari jam 3 petang hingga 12:30 tengah malam semalam disahkan kekal sebagai jurulatih Perak.

Kemelut memalukan ini dinilai disingkap secara berlebihan sehinggakan menjadi kecaman sesetengah warga Sarawak di media sosial berikutan tuduhan rasuah yang dianggap turut boleh mengakibatkan integriti pasukan mereka tercalar.

Sebab itulah teman bilang, kita perlu cantas berantas dalang dan tangani isu ini secara senyap tapi tegas.

Harian Metro

Mohd Azraai kekal jurulatih Perak

 0  5 Google +0  0  0

IPOH: Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah akan terus menerajui skuad Seladang untuk musim Liga Super akan datang, walaupun pasukannya kini berdepan siasatan dakwaan rasuah.

Beliau semalam turut membantu siasatan dengan memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri dari jam 3 petang hingga jam 12.30 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/26

Azizan Razak Meninggal Dunia


Innalillahi wa inna ilaahi rooji'uunn.

Takziah dari teman kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak atas kembalinya Tan Sri ke rahmatullah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Bekas MB Kedah Meninggal Dunia


ALOR SETAR, 26 Sept (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pukul 11.10 pagi Khamis.

Timbalan Pengarah Perubatan 1 HSB Dr Norzaini Morad berkata Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi HSB.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum di sini pukul 5.30 petang.

-- BERNAMA